25 Mei 2011

MASA MERUBAH SEGALANYA

Tiada siapa yang dapat mengelak dari melalui perubahan dan peredaran masa.Kitaran masa akan bermula sebaik saja kita dilahirkan ke dunia sehinggalah tiba saatnya kita pergi meninggalkan dunia ini.

Tempat kita kemudiannya diambil alih oleh generasi baru dan begitulah seterusnya sehinggalah tibanya hari kiamat.Sepanjang tempoh tersebut pasti banyak pengalaman pahit atau manis dan pastinya zaman remaja merupakan zaman yang banyak melakar peristiwa suka dan duka.

Mungkin kita pernah menempuh zaman yang penuh gemilang di usia remaja suatu ketika dulu.Ketika itu kita bebas menggayakan apa sahaja pakaian yang kita suka untuk menonjolkan kecantikan atau ketampanan yang kita miliki.Masa terus berlalu dan usia kita kian menginjak tahun demi tahun.Seterusnya kita bakal melalui fasa baru dalam kehidupan apabila usia kita mula menjengah ke alam warga emas.Tiada siapa yang dapat mengelak hakikat tersebut kerana kita semua pasti akan melaluinya.  
Masa pasti akan merubah segalanya.Jika dulu kulit kita tegang, anjal dan licin, akan tiba masanya kedut-kedut jelas kelihatan.Perubahan fizikal pasti akan berlaku biarpun cuba disaingi oleh ciptaan teknologi dengan kemunculan berbagai produk untuk mengembalikan usia muda serta memenuhi permintaan manusia yang tidak dapat menerima hakikat dirinya semakin tua.

Mungkin ramai antara kita yang lebih gemar mengaku tua sedangkan usianya belum lagi mencapai taraf seorang yang tua.Ramai juga yang memasuki era warga emas tetapi enggan pula mengaku tua.Selagi usia belum tua tak usahlah cakap diri kita dah tua kerana akan menyebabkan kita kelihatan seperti orang tua dan penampilan serta perwatakan kita juga akan menjadi seperti orang tua.Apabila terjumpa rakan sebaya kita bertanya "kenapa dia nampak muda, aku nampak tua?" sebabnya mungkin selain dari faktor penjagaan kesihatan serta penampilan, faktor lain mungkin disebabkan minda kita sering berkata "aku dah tua"..maka penampilan kita pun turut terikut seperti orang tua. Mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "aku dah semakin tua".

Justeru itu pasti akan tiba masanya nanti kita akan jadi orang tua tetapi apabila kita dah tua jangan pula tak nak mengaku tua nanti akan dikata "orang tua tak sedar diri".Ada pula yang mengaku tua tapi perangainya mengalahkan orang muda, macam mana pulak tu...cer citer.Anda yang membaca bagaimana, dah tua ke??



ozzy - masih belum tua sewaktu entry ini ditulis...

10 ulasan:

  1. Orang katakan , orang la kata amy x kata tau tapi cuba sampaikan balik je hehehe...sentiasa la berkata diri itu muda pasti muka tidak di mamah usia, kesahihnya waallahualam..kalau hubby amy lak dia akan cakap jangan banyak fikir , benda yang tak penting tak yah fikir , so hidup x de la banyak di bebani masalah dan sentiasa happy jadi diri pun secara x langsung nampak muda dari usia..kebenarannya pun x tau la sebab amy dan hubby memang nampak amy berusia padahal amy muda pada dia , mungkin sebab faktor kerja , stress dan banyak fikir kot.

    BalasPadam
  2. Salam Ozzy...aku mengaku, aku dah semakin tua. cuma aku tidak akan mengaku bahawa aku lebih baik dari orang muda kerana aku banyak pengalaman. Pengalaman akan membuatkan seseorang itu tua tetapi ilmu akan membuatkan jiwanya sentiasa muda..hehe

    BalasPadam
  3. Saya???..sedang melalui frasa ketuaan itu...semoga Allah berikan saya merasai bagaimana Feel menjadi seorg nenek....

    BalasPadam
  4. tua atau muda tidak menggangu banyak soal kehidupan sebenarnya,tetapi manusia selalu meletakkan garis pemisah antara tua dan muda seperti air dan minyak.Aku...rasa muda memanjang walaupun sudah di panjat usia..

    BalasPadam
  5. mak pun mula melalui frasa tua..hihihi.

    BalasPadam
  6. Amy Syaquena - Saya setuju dengan pendapat hubby tu.

    BalasPadam
  7. Abang Long - Waalaikumsalam

    Pengalaman banyak mendewasakan kita...hmm jiwa muda ye abang long hehe..

    BalasPadam
  8. Aye Nee - Semoga panjang usia untuk merasai bagaimana menjadi seorang nenek.

    BalasPadam
  9. Abadi Romeo - Pastinya ada jurang pemisah antara yg tua dgn yg muda.Muda memanjang??..hmm oklah tu selagi belum betul2 tua.

    BalasPadam
  10. Lagenda - Oh yeke..pastinya semua orang akan melalui frasa tersebut.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...