6 Mei 2011

TERIMA KASIH SAHABAT


Sebagaimana yang dirancang akhirnya impian kami untuk bertemu dan berkumpul kembali setelah terpisah selama lebih 20 tahun akhirnya dimakbulkan...Alhamdulillah.
Meskipun tidak semua rakan sekelas dapat menghadirkan diri, kami semua akur dengan tuntutan tugas serta tanggungjawab masing-masing yang perlu diberi keutamaan.

Kronologi dari pertemuan ini bermula ketika aku pulang ke kampung beberapa tahun dulu.Sebenarnya aku cuba menjejaki rakan-rakan sekelas sewaktu bersekolah dulu terutamanya setiap kali tibanya hari raya.Malangnya hanya beberapa orang rakan sahaja yang berjaya aku jejaki kerana 'contact number' mereka gagal dikesan.

Setiap kali pulang ke kampung hati aku bertanya " kemana hilangnya semua rakan-rakanku ini, apa khabar mereka semua dan di mana mereka semua berada?".Akhirnya sekitar 2 tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang ke KL, aku singgah di pasar malam untuk membeli sedikit juadah untuk dimakan di dalam kereta.Salah seorang dari peniaga yang menjual air dan kuih memang aku kenal kerana dia merupakan abang kepada salah seorang sahabatku.Hatiku tergerak untuk bertanya di mana sahabatku yang bernama Mohd Aini iaitu adiknya berada.Setelah diberikan nombor telefon aku segera mendail kerana tidak sabar lagi untuk mendengar berita darinya.

Melalui Mohd Aini dia kemudiannya memberikan nombor telefon rakanku bernama Ramli.Seterusnya melalui Ramli dia memberikan pula nombor Azri.Aku kemudiannya menghubungi rakanku bernama Nasir kerana nombornya aku ada simpan sebelum ini dan melaluinya aku mendapat nombor Zul (Zulkbo) dan dari Zul beliau memberikan pula nombor Mawi.Kami kemudiannya berkumpul di ruangan forum di www.pahangcommunity.com dan dari situ aku berjaya menjejaki dua orang lagi rakan bernama Nordin dan Wan Mohammad.Dalam masa yang sama salah seorang rakan perempuan yang sekelas dengan kami iaitu Halimah pula muncul di dalam ruangan forum tersebut. Melalui Nordin aku berjaya pula memperolehi nombor Tusirin dan Hasbullah.Melalui Hasbullah aku berjaya pula mendapat nombor Mazlan dan Roslan.Melalui Halimah pula aku berjaya mendapat nombor Sahabudin, Shahriman dan Razak.

Aku merasa puas setelah hampir kesemua rakan-rakanku telah berjaya dijejaki dan terakhir sekali rakanku bernama Mohd Noh dan Ismail yang bekerja di johor.Rakan perempuan, kami cuma harapkan pada Halimah sebagai wakil kerana kami semua sebenarnya kurang rapat dengan rakan perempuan cuma sesekali mengusik tu biasalah.Sememangnya geng kami agak nakal dan kurang rapat dengan perempuan sekelas apatah lagi perempuan dari kelas lain, lagi aku tak kenal.Kalau kenal pun mungkin yang 'special' sikit la kut oppsss!!! hehehe...

Hanya inilah sahaja barisan rakan yang hadir pada hari 'reunion' kami yang bertempat di Muara Beach Resort Kuantan pada 1 May yang lepas.Apa yang membanggakan ada antara kami yang menempa kejayaan cemerlang dalam kehidupan mereka.Paling cemerlang adalah Ramli yang berdiri paling kanan bersama syarikatnya Alaf  Teras Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar tunggal E-kamus untuk sekolah-sekolah di negara kita.Congratulation my friend..di sebelahnya ialah Halimah yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Kuantan diikuti oleh Razak yang juga bertugas sebagai guru dan baru saja berpindah ke sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Sebelahnya pula adalah Ismail yang telahpun bergelar Haji kerana telah menunaikan haji beberapa tahun yang lepas ..Alhamdulillah.Beliau bekerja sebagai pegawai Bank di salah sebuah bank yang terkemuka bertempat di Johor.Sebelahnya pula Asmawi atau lebih mesra dengan panggilan Mawi dan bekerja disalah sebuah syarikat swasta di Kulim Kedah.Sebelah Mawi itulah Ozzy yang sedang menulis ni hehe dan di sebelah aku adalah Faizah surirumah sepenuh masa yang hadir bersama suami di sebelahnya.Di sebelah suami faizah pula adalah Sahabudin yang juga bertugas sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah di Kuantan.Diikuti dengan Ruzi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Zimark' yang bertugas di HUKM Cheras.Terakhir sekali adalah Azri atau lebih dikenali dengan panggilan Jerry yang kini bertugas disalah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya.Beliau kini semakin mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya sendiri dan aku doakan semoga beliau juga bakal menempa kejayaan yang cemerlang.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan ingin aku tujukan pada Halimah yang bersusah payah mencari dan menempah chalet.Biarpun beberapa orang rakan terpaksa menarik diri di saat akhir namun hasrat kami akhirnya terlaksana juga.Beliau turut mengatur beberapa acara sukaneka bagi memeriahkan lagi suasana pada majlis tersebut dan di malamnya kami berhibur bersama-sama dengan berkaraoke.

Terakhir sekali kami semua menerima cenderahati berupa sebuah tuala mandi yang tertulis "re-union gamma" iaitu sempena nama kelas kami dahulu untuk disimpan sebagai kenangan.Sebuah kenangan yang amat bermakna setelah sekian lama kami terpisah.Semoga ikatan ukhwah ini terus kekal berpanjangan sehingga ke hujung nyawa..insyaallah.

fuhhhhh!!!...love u all my friend...

Akhir kata semoga pertemuan ini bukanlah yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk kita semua.Aku juga berharap agar pertemuan seterusnya dapat menemukan lebih ramai lagi sahabat yang lain termasuk guru yang pernah mengajar kami dahulu..jika boleh.Di sini aku sekadar mencatatkan sebuah perjalanan untuk dijadikan memori dalam kehidupan ini. Kita perlu sedar betapa tanpa rakan serta sahabat di sisi ada kalanya hidup kita terasa sunyi maka hargailah semua sahabat kita yang memahami erti sebuah persahabatan yang luhur.Hargailah sahabat kamu selagi mereka menghargai kamu dan sayangilah sahabat kamu selagi mereka menyayangi kamu ...Assalamualaikum.


ozzy - kenang daku dalam doamu...
Jamal Abdillah - Di Sudut Kamar Hati


10 ulasan:

  1. Salam pozi, best dapat jumpa kekawan lama, member kawan entoh dimana puas jejak haram tak nampok tapak huhuhu :)

    BalasPadam
  2. waaa ozy, beshnya jumpe kawan2 lama...

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Bestnya dpt jumpa kawan2 lama...

    BalasPadam
  4. salam..
    aku balik j3 hari jumaat tu sekejap
    tapi balik KL balik malam tu..sabtu kerja
    tak dapatlah nak singgah sana..apapun tahniah
    apa yang di rancang berjaya juga..tanpa aku
    pun korang mesti happy juga kan..?he he..

    BalasPadam
  5. ok lah tempat muara beach resort tu kalau buat reunion.. dekat jugak nak mandi pantai balok.. yang penting gambar masa sekolah tu rock kapak habis.. dan sangat jaug bezanya dengan gambar sekarang.. tahniah bro..

    BalasPadam
  6. tahnnah kerana berjaya menganjurkan reunion tu dengan jayanya.Inilah kebaikan laman sosial..yang jauh semakin rapat..yang rapat semakin dekat.Aku kalau tengok pic 5 Gammma nak tergelak pun ada..rock kapak campur beliung...Bila la pula aku nak buat reunion 5 Beta..junior setahun..

    BalasPadam
  7. kwn tumpang gembira aje la n sorry bebanyak kerana tak dapat joint, mem kwn ada majlis kawin yg tak boleh excuse. sorry bro fauzi, lu mmg cool

    acey J3

    BalasPadam
  8. tanpa nama) ..Nasir

    Tak apalah mungkin lain kali kita dapat bersua lagi...insyaallah.

    BalasPadam
  9. wah bestnya en.ozzy dapat berjumpa kawan2 lame...

    BalasPadam
  10. Syiok ar lepak ngn rodong2 lama...
    Tabik kat Sis Aini yg berjaya menjayakan percutian ni...Kalau abg Zul join mesti lg meriah yek..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...