11 Julai 2011

BERSIH DAH KE ?

Berakhir sudah misi yang dirancang untuk mengadakan demonstrasi BERSIH dan turut menyaksikan bandaraya Kuala Lumpur turut dibersihkan dengan air semburan.

Samada matlamat sebenarnya tercapai atau tidak apa yang pasti matlamat untuk melihat kaum melayu berduyun-duyun turun berdemonstrasi tetap tercapai.Namun sedikit mengecewakan apabila agenda untuk melihat pertempuran antara sesama melayu tidak tercapai.

Cakaplah apa saja dan ceritalah apa saja samada yang tersurat atau tersirat, bagi penyokong demonstrasi ini ia tetap dianggap sesuatu yang baik pada mereka walau siapapun penganjurnya dan bagi yang tidak menyokongnya ia tetap dianggap sebagai suatu perkara yang tidak wajar dilakukan.Tak puas dengan berdemontrasi kita bertekak lagi di kedai kopi, di dalam blog dan juga di dalam facebook.Siapakah kita??..yang satu bangsa dan satu agama yang sama.

Putih bukan bermakna bersih..Apabila putih tercalit kuning ia tidak lagi nampak bersih sebaliknya bertukar menjadi comot.
Ramai yang sering tersilap tetapi bukan buta warna kerana sering menganggap putih itu bersih.Luarannya putih tapi di dalamnya belum tentu lagi putih dan bersih.Dah la tu tok..baik dok saja di rumah melayan cucu sambil berkarya tak ada siapapun yang menghalang.


"Ini tahun wa punya bisness boleh tahan loohh..lu olang semua mesti sokong ini bersih.Lu olang mesti beli ini baju talak mahal punya.. nanti itu demontlasi lu olang mesti kena pakai maa..wa punya bisness bersih loo talak tipu punya.Ini baju manyak tahan kalau kena sembur air tarak koyak punya..mulah saja satu rm 20 saja maa.. Kalau tak habis jangan bimbang tahun depan banyak lagi, boleh tempah awal-awal semua saiz pun boleh tarak hal punya.".

Kami semua sokong bersih..u all jangan bimbang we all support. Nanti u all semua pergi ramai-ramai buat demonstrasi sana ramai-ramai atas jalan.Kalau kena pancut air tarak apa-apa punya itu cuma air saja ma..u all jangan takut sama itu polis..kasi lawan sama dia orang.

Kitaorang ni saja seronok-seronok je..saja seronok nak buat kacau. Tengok orang ramai-ramai kitaorang ikut join sekali, boring duk kat rumah tak tau nak buat apa.Lepas ni kitaorang gi merempit pulak. Errrr..sebenarnya bersih tu apa ekk??..



Setakat kena tembak dengan pancutan air ni biasalah..barulah bersih tapi janganlah pancut guna air longkang bro jenuh pulak nanti aku nak bersihkan baju aku yang bersih ni.
Kat kampung aku dulu diaorang suka tembak guna air yang dicampur dengan air buah gatal, jangan dibuat 3 hari baru nak hilang gatalnya tu..

Lebih 'membanggakan' apabila demontrasi turut diadakan di luar negara untuk memburukkan imej negara kita dan kita dengan 'bangganya' memaparkan wajah mereka yang mungkin lahir di sini, membesar di sini dan mungkin mereka jugalah yang mengaut kekayaan di sini tanpa ada sekatan.

ozzy - suka bersihkan diri sendiri....

12 ulasan:

  1. masing-masing punya hak untuk mendefinisikan BERSIH bukan...saya pun suka bersihkan diri sendiri dan ya tak kisah kalau ada yang nak tolong bersihkan diri saya hehe..peace.

    BalasPadam
  2. Bersihkan mereka! Abes citer...


    Gunakan jenama Ozzy serai wangi untuk melancarkan proses membersih tersebut! :)

    BalasPadam
  3. Setiap org mempunyi pendpt tersendiri tentang bersih, ada yang menyertai untuk menyuarakn hak mereka yng terabai, dan ada yg hnya sekadar jadi tukang bikin panas saja...apa pun perhimpunan ni sebenarnya sudah membuatkan beberapa bangsa lain, negara lain ketawa melihat kejatuhan kepimpinan negara, ketawa melihat orang melayu yang sudah berpecah belah dan sebgainya...wallahulam...

    BalasPadam
  4. Ozzy - kalau nak buah gatal,nanti kawan carikan,payoh amat dah nak jumpa...

    BalasPadam
  5. Salam, aok pun pakai baju kuning tu pozi hehehe.. sensetif juga yak.. kalau dah kotor kena bersihkan :) bersih aje tak tentu ke sucinya yak tak :)

    BalasPadam
  6. BERSIH..Ada yg tahu apa agenda nya tanpa paksaan..ada yg hanya sekadar jd pak turut..apa pon Kebersihan wajib dipelihara..PUTIH bukan hanya jd comot dgn KUNING malah..MERAH..HIJAU...dan BIRU juga boleh mencomotkan siPUTIH..tepuk dada tanya akal...

    BalasPadam
  7. ambaoi cik shinju siap promote lagi tue tapi betul amy sokong hehe...

    BalasPadam
  8. Cik Shinju & Amy Syaquena..

    Kalau mcm tu hari-hari bersih pun tak apa hehe..

    BalasPadam
  9. otak dia kuning sbb tu dtg KL nk bersihkan dgn air pancut FRU

    BalasPadam
  10. salam..
    alahai..koi kesian
    nape ada sorang tu
    "pak lompat' cakap berdegar...
    batang hidung pun tak nampak..
    tunggu PRU-13 nanti..sapa lah nak
    bagi kerusi kat dia lagi..

    **PERKASA kan diri anda..
    :)

    BalasPadam
  11. setidaknya dulu ada
    seorang ketua pemuda
    parti merah..cakap ke
    orang yang berkumpul
    di jalanan ibarat "BERUK"
    akhirnya dia sendiri seperti
    beruk terjerit2 di jalanan..
    :)kesian...

    BalasPadam
  12. yeahhhhhh....best ulasan dan pandangan bro!!
    sangat setuju!!!!sebenarnya apa yang KOTOR? apa yang BERSIH?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...