Orang tua atau ibu bapa seringkali berpesan kepada anak-anaknya supaya cuci kaki sebelum tidur untuk mengelakkan mimpi yang pelik atau gangguan dari syaitan.Selain dari sebab tersebut ia sebenarnya bagus agar kita tidur dalam keadaan bersih dan mengelakkan tempat tidur atau tilam kita kotor.
Cuci kaki turut dikaitkan dengan istilah seorang gadis atau perempuan yang mendapat pasangan dari keluarga yang berada ataupun pasangannya itu telah menyediakan segala kelengkapan isi rumah termasuk perabut, barangan elektrik dan segala keperluan yang lain.Maksudnya perempuan tersebut hanya perlu cuci kaki untuk masuk kedalam rumah yang telah lengkap segalanya.Kalau orang gaji pun turut disediakan mungkin sebelum masuk cuci kaki, bila dah masuk cuci tangan jelah kan.
Siapa yang tidak suka dan terasa betapa beruntungnya kalau hanya datang cuci kaki kerana tak perlu nak fikir apa lagi yang nak dibeli.Jika adapun mungkin sedikit penambahan mengikut citarasa dan selera sendiri.Jika di zaman dahulu istilah cuci kaki ni agak popular kerana amat jarang yang bernasib baik untuk menjadi calon cuci kaki tetapi di zaman ini mungkin pihak lelaki juga bakal bergelar calon cuci kaki kerana wanita sekarang ramai yang mempunyai kerjaya yang baik dan mengumpul aset yang lengkap seperti rumah dan kenderaan.Kalau dulu calon perempuan digelar cuci kaki tapi sekarang calon lelaki nak gelar apa pula?...samalah kan.
Walau apapun tak kiralah samada lelaki atau perempuan kalau dah jodoh untuk 'cuci kaki' maka cucilah kaki dengan sebersihnya.Jangan dikotorkan rumah yang disediakan bersih dengan perangai dan hati kita yang kotor.Jangan hanya kaki yang bersih tapi hati kita kotor kerana ada niat lain disebaliknya.Jangan pula nanti kita datang hanya cuci kaki tapi kemudiannya dihalau keluar dan tak sempat nak cuci kaki.
ozzy - teringat gayung kat kampung untuk cedok air buat cuci kaki...

Betul tu bro..jgn hanya kaki yg bersih..yg lain-lain juga harus bersih..baru kehidupan suci dan bersih.
BalasPadamSalam Pozi, Kalau cuci mulut lain pulok maksudnya yak :)
BalasPadamAkuanakpahang - W'salam..banyak maksud cuci mulut tu hehe...biasa disebut pencuci mulut.
BalasPadamrezeki masing2 lah tu yek.. semoga segera sembuh..
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMoga cepat sembuh...
Saya dulu cuci jugak la kaki sikit - ada kelengkapan asas utk mula hidup berumahtangga..
Nak tidur memang wajib basuh kaki, kalau tak basuh, tak boleh nak tidur.
amy kategori cuci kaki sebelum tido je la sebab sejak dua menjak ni kerap mimpi bukan2...nak cuci kaki lagi satu idok le nampaknya...
BalasPadamHisyam Muhibah - Terima Kasih
BalasPadamIza - Terima kasih..tu dikira nasib baik lah tu kan sbb ada yg dah tersedia.
Amy Syaquena - Selain cuci kaki kena bykkan baca ayat2 suci tu sblm tidur.
Read more: http://ozzy2u.blogspot.com/2011/07/cuci-kaki.html#ixzz1TbrKowHR