21 Julai 2011

HINAKAH LELAKI LEMBUT

Lelaki lembut atau diistilahkan sebagai lelaki yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi memiliki sifat-sifat atau naluri seperti seorang wanita.
Antara gelaran yang diberi pada golongan ini adalah pondan,bapuk atau mak nyah dan dalam bahasa cina mereka menggelarkannya sebagai Aqua.Sifat kewanitaan ini biasanya mula dikesan sejak di zaman kanak-kanak lagi yang mana mereka lebih cenderung untuk bersifat atau bergaya seperti seorang wanita contohnya gaya dia berjalan, gaya berpakaian atau gayanya ketika berinteraksi.


Kes terbaru seorang lelaki yang bernama Mohd Ashraf Hafiz telah menukar jantina kepada wanita telah dikutuk dan dicerca.Hinaan dan cercaan kepada golongan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kelompok masyarakat kita yang tidak dapat menerima perlakuan golongan ini.Namun apa yang dikesali apabila ada hinaan tersebut yang boleh dianggap keterlaluan kerana mendoakannya supaya lebih baik dia cepat mati.Memang benar perbuatannya adalah salah disisi agama tetapi siapa kita untuk menjatuhkan hukuman seperti itu pada seorang insan dan makhluk ciptaan tuhan sepertinya?.

Aku percaya mereka semua tidak meminta untuk dilahirkan seperti ini dan ibu bapa mereka juga tidak meminta agar mereka dianugerahkan anak seperti itu.Memang mudah untuk kita menyatakan bahawa ia perlu diasuh dan dibentuk sejak kecil tetapi sekiranya hormon wanitanya yang semulajadi melebihi dari hormon lelaki apakah yang perlu dilakukan?Setakat ini ramai yang hanya memberikan teori itu dan ini tetapi sejauh manakah keberkesanannya?.Jika terbukti kaedah tersebut benar-benar berkesan maka formula tersebut perlu disampaikan dan diaplikasikan kepada keluarga kanak-kanak yang malang itu.Inilah cara yang betul untuk kita membantu sebagaimana yang dituntut oleh agama kita agar saling membantu bukan membuka lorong dan mendorongnya untuk membunuh diri. Bukankah membunuh diri itu dilarang oleh Islam?.

Jika kita tidak dapat memahami isi hati kedua ibu bapanya sekurang-kurangnya kita menghormati dan menjaga perasaan mereka.Walau selembut mana, walau sejahat mana dan walau seburuk mana sekalipun ia tetap darah daging mereka.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan berat mulut menghukum berat lagi derita yang mereka tanggung dan ini terbukti apabila kedua ibu bapanya lebih rela nyawa mereka dicabut sebelum nyawa anaknya diambil kerana mereka juga adalah sebahagian daripadanya dan tanpa mereka tidak akan wujud anaknya ini.Sebelum itu lihatlah pada diri kita apakah langsung tiada walau sekelumit dosa?apakah langsung tiada walau secalit noda?Jika ada bersediakah kita menanti hukumannya sebelum kita melihat orang lain dihukum.

Kita perlu ingat bahawa kita juga bakal menjadi ibu atau ayah yang mempunyai zuriat.Mungkin kita lebih bernasib baik kerana tidak dikurniakan anak seperti ini tetapi kita jangan lupa bahawa Allah maha berkuasa.Mungkin anak-anak kita dilihat cukup sempurna tetapi lupakah kita bahawa kita juga bakal menimang cucu dan jika ditakdirkan cucu tersebut dilahirkan dengan sifat sebegini apakah sanggup kita membunuh cucu kita sendiri?Apakah sanggup kita mendoakan agar cucu kita cepat mati?dan apakah hanya itu penyelesaiannya?.

Aku bukan menyokong atau menyebelahi golongan ini kerana sebagai lelaki aku turut mengakui bahawa aku juga geli apabila didekati oleh golongan seperti ini tetapi tidaklah sampai menghina mereka begitu sekali cukuplah sekadar menjauhkan diri dari mereka dan sebagai manusia mereka turut memahami isyarat tersebut bahawa kita tidak sukakan mereka sekiranya kita menjauhkan diri. Sewaktu bersekolah dulu pun ada antara yang kami kenali turut bersifat seperti ini dan aku berharap mereka semua berjaya dan memilih arah hidup yang diberkati serta diredhai.

Satu perkara yang aku tidak setuju adalah apabila mereka ini terjebak dengan memilih untuk menjual tubuh.Alasan seperti "kerja apa lagi yang kami boleh buat selain dari kerja ini" tidak boleh diterima kerana terdapat berbagai pilihan yang boleh mereka pilih untuk dijadikan kerjaya seperti menjadi jurujual di pasaraya, bekerja di kedai makan, menjahit , melukis atau kerja-kerja lain yang tidak memerlukan kekuatan fizikal.Namun aku percaya sekiranya ada produk tetapi tiada pelanggan atau tiada permintaan maka tidak akan wujud perniagaan ini tetapi bagaimana pula jika permintaan melebihi pasaran?.

Permintaan tersebut pula datangnya daripada siapa?Apakah spesis yang sama sepertinya atau terdiri dari manusia normal seperti kita tetapi mempunyai sifat dwisexsual?atau apakah mereka ini sebenarnya abnormal?Sekiranya ada yang mendoakan agar golongan ini cepat mati apakah wajar jika golongan yang melanggan mereka turut didoakan agar cepat mati atau yang melanggan itu sepatutnya yang lebih dulu mati?kerana mereka turut bersubahat dalam merancakkan lagi industri ini..fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

<------------------------------------------------------------------------------------------------->
30 July 2011 (Update) - Akhirnya Mohd Ashraf meninggal dunia pada jam 4.50 pagi tadi setelah dimasukkan ke wad ICU kerana mengalami serangan jantung (komplikasi jantung) dan jenazah beliau dikebumikan sebagai seorang lelaki.Al-fatihah..dan semoga mendapat keampunan dari Allah s.w.t atas segala apa yang dilakukannya di dunia ini.Mungkin ada bahagian yang baik darinya dan segalanya kita serahkan pada yang maha esa untuk mengadilinya.

Ini bermakna permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana tidak menjadi kenyataan kerana ia lebih dahulu pergi menghadap Ilahi.

13 ulasan:

  1. Mak x setuju jika pandang mereka hina dan jijik..ye, wlupun kita x setuju dgn tindakan mereka.

    Tapi, kita mesti sedar dan mengakui bahawa kejadian Allah tu kan pelbagai2. Klu kunsa tu, dah begitu takbirnya...siapalah kita untuk menghakimi dan memandang hina kpd mereka..kita sendiri blm sempurna kan

    BalasPadam
  2. salam..
    tajuk bertanya saya jawab..
    tak hina lelaki lembut
    cuma pembawaan anda dengan
    masyarakat..sampai dah tukar
    jantina sudaah melampaui kuasa
    Allah..manusia ada 3
    1-lelaki
    2-perempuan
    3-khunsa (ada 2 kemaluan)
    Tapi bab mohd Asyraf ini ternyata lapuran doktor mengatakan beliau lelaki, jadi sudah tentu salah di sisi undang-undang dan islam beliau menukar jantina.Melainkan beliau khunsa, beliau boleh memilih mengikut cara hidup pilihannya.

    BalasPadam
  3. Allah maha mengetahui...Jika dia bukan Khunza..yakni manusia yg memiliki dua kelamin dan dibolehkan memilih satu darinya...maka jatuh kepada haram hukumnya mengubah jantina...namun kita sebagai manusia yg tak pernah lepas dari berbuat dosa jgn lah pula berlebih sudu dari kuahnya...semoga Allah berikan sahabat kita tu hidayah agar dia kembali bertaubat.

    BalasPadam
  4. Ketentuan Allah itu ttp penuh dgn kebaikannya namun mengubah sesuatu yang telah ditetap adalah haram... Moralnya saya tidak menghina golongan ini cuma jangan keterlaluan.

    BalasPadam
  5. Mereka x hina selagi x melakukan perbuatan yg akan mengakibatkan kehinaan pada diri sendiri dan dilaknati Tuhan...

    Doakan yg terbaik untuk mereka...
    Mencaci maki hanya menunjukkan kebodohan dan kejahilan kita...Allah maha adil..

    BalasPadam
  6. Setuju dengan cik Shinju..kalau sekadar lembut je x pe ni sampai nak tukar sana sini tue yang x betul..

    BalasPadam
  7. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui....jika terlanjur dan berdosa kembali lah ke pangkal jalan....

    nafsu itu harus di kemudi dgn iman dan akal..bkn nafsu yang mengemudi diri...seperti org yg menghisap dadah bkn senang hendak berhenti melawan ketagiahan bergitu juga dgn lelaki lembut yg naluri lebih kepada perempuan padahal mereka sah seorang lelaki dan bukan khunsa..tetapi lemah dgn bisikan syaitan yg ingin memesongkan anak adam...
    .berjihad lah perbaikan diri..demi mendapat keredhaan illahi..

    sebagai insan kita hanya boleh berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan...agar kita sama2 beroleh taufik dan hidayah dari allah..
    doa dari kedua ibu bapa yang beroleh anak bergini adalah lebih afdal..kerna doa seorang ibu itu tampa hijab...berdoalah tampa putus asa...

    hidup ini hanya suatu persinggahan..jadi kenapa kita harus berjuang untuk sesuatu yg tidak dapat kita jadikan bekalan untuk ke alam abadi..
    wallahualam..

    BalasPadam
  8. kita sebagai manusia patut membimbing mereka bkn menghina mereka..bile seorg menhina,mencaci,memaki perasaan mereka lg membuak2..tp sy hairan pada laki2 sejati yg hina mereka tp tetap melanggan,melayan mereka seperti wanita sejati..sepatutnye laki2 sejati nie membantu mereka bkn mengalakkan lg mereka berbuat maksiat..walaupun sy wanita asli tp sy tetap kwn dgn mereka kalu leh nk bantu mereka tp pe kan daya mereka x gemar sgt pd wanita.pd laki sejati bantu lah mereka membawa pd jln yg elok bkn menhina n melanggan..sy minta maaf pd laki2 lembut bkn kehendak u all nk jd begini..kalu da tersalah bahasa maafkan sy...

    BalasPadam
  9. Tanpa nama - Terima kasih dgn ulasan tersebut & memang itulah hakikat yg perlu kita akui tetapi bukan mudah utk membimbing mrk krn naluri mrk tetap kearah itu.

    BalasPadam
  10. Salam,

    Arwah sudah lama kembali ke rahmatullah...Elok-elok stop kisah arwah ni atau delete saja nama arwah mcm mazidul wartawan yg telah ana suruh dia buang N3 pasal Arwah Mohd Ashraf Hafiz.

    Biarlah arwah bersemadi dgn tenang.

    wasallam.

    BalasPadam
  11. sampai bila pun golongan nih akan dijauhi dan dihina...biarpun diorg nih tak dress-up mcm perempuan..gelilah sapa yg nak dekat...

    BalasPadam
  12. bagus entry ni ... tp apakah cara utk membantu golongan ini ?? kalau hny beritahu sje , semua org blh lakukan ... sampaikan seorang guru pun ada yg menganjingkan muridnya yg lembut dengan kata "jalan elok2 sikit, bontot dah semakin cantik" .. hah, ni ke cikgu yg nak didik anak bangsa ?? smpai kiamat pun masalah ni x dpt diselesaikan ... sy harap mendapat maklum balas secepat mungkin ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...