18 Julai 2011

GILIRAN AKU MENJADI MANGSA

Dalam kehidupan ini kita tidak akan lepas dari diduga dan menduga, diuji dan menguji, disakiti dan menyakiti dan mungkin juga pernah dihina dan dikeji.
Itulah realiti dan hakikat dalam kehidupan ini, kadangkala kita cuba menjaga hati dan perasaan insan lain dengan sebaiknya tetapi tidak semestinya hati dan perasaan kita diberikan layanan yang baik oleh insan lain.

Setiap dari kita pasti pernah menempuh pengalaman pahit dan manis dalam kehidupan ini.Bezanya apa yang kita tempuhi mungkin tidak sama antara satu sama lain.Ada yang diuji dengan ujian yang sangat berat dan ada yang hanya diuji dengan halangan yang mudah.Namun ada kalanya mereka yang diuji dengan ujian yang amat berat masih mampu mengharunginya dengan hati dan semangat yang cekal serta tabah sebaliknya pula ada yang diuji dengan ujian yang mudah tetapi mereka merasakan kehidupan ini bagaikan tiada ertinya lagi.

Dua minggu lepas aku ke hospital Melaka untuk menziarahi anak kakak aku yang baru saja kemalangan motorsikal.Keadaannya agak teruk juga dimana kedua-dua belah kakinya akan dibedah untuk dimasukkan besi.Balik dari hospital aku nyaris dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu membayar tol di lorong tambahan di plaza tol Sungai Besi.Sepatutnya pemandu tersebut perlu melihat dahulu kenderaan lain di sebelah kiri sebelum dia bergerak kerana lorong tambahan tersebut agak rapat.

Minggu lepas pula aku mengajak salah seorang rakan untuk bersama kami ke perjumpaan rakan-rakan lama yang telah lama terpisah.Agak terkejut juga bila dia menyatakan tangannya masih sakit dan berbalut,sangkaku mungkin dia juga kemalangan tetapi menurutya hanya terhiris pisau dan nyaris terhiris urat di lengan.Bermakna perjumpaan pada malam minggu itu antara aku dengan 7 lagi rakan yang lain tanpa kehadirannya.Biasalah kalau dah jumpa kawan lama yang dah lebih 20 tahun terpisah pasti banyak perkara yang kami bualkan sedar tak sedar jam sudahpun menunjukkan satu pagi sebelum kami semua mengakhiri pertemuan tersebut.

Keesokan paginya bila aku turun ke bawah alangkah terkejutnya bila aku lihat lampu depan kereta aku telah dipecahkan.
Melihatkan pada keadaannya aku pasti ia sengaja dipecahkan menggunakan objek yang keras dan sasarannya memang pada lampu serta signal kerana bahagian lain tidak meninggalkan apa-apa kesan.Jika dilanggar pastinya bumper serta bonet akan kemek.

Sebelum ini telah beberapa kali berlaku kereta penduduk di sini telah dirosakkan samada lampu atau cermin dipecahkan atau kereta dicalar dan aku tidak pernah lagi menjadi sasaran tapi kali ini nampaknya tiba giliran aku pula menjadi mangsa.Motifnya hanya perangai budak-budak jahat yang hanya suka-suka rosakkan kereta orang lain.Boleh dikatakan setiap pagi pasti ada tin gam yang dibuang merata dan kerja ini mereka lakukan pada awal pagi sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur.

Sebelum ini pencuri motorsikal telah berjaya kami tangkap bersama sedikit 'habuan' untuknya dan selepas itu kes kecurian motorsikal tidak lagi kedengaran.Untuk kes pecahkan kereta seperti ini agak sukar dipasang jerat kerana perbuatan mereka tidak dapat dijangka kerana ia dilakukan tanpa apa-apa tujuan.Memang kerja yang tak ada berfaedah tetapi kalau dapat tangkap mungkin dia bakal akan dapat 'faedah'.

Bila aku pandang ke cermin kereta..hmmm cukai jalan akan tamat tempoh awal bulan depan.Bulan depan juga kita akan mula berpuasa dan hujung bulan pula kita akan sambut Hari Raya.Kalau nak sambut raya bermakna nak kena sediakan duit raya,nak beli baju raya untuk anak-anak dan segala perbelanjaan untuk menyambut hari raya.

Begitulah kehidupan ....Ada yang tak sakit tapi sengaja mencari penyakit.

ozzy - boleh tahan juga harga signal dan lampu origional yang pecah tuu..ohh July.

12 ulasan:

  1. sama lah kita..keta en somi akak tu di pecahkan dengan sengaja lampu signalnya..jiwa kacau betullah budak2 ni..

    mmm..akak lagi parah nak siapkan perbelanjaan..nak raya lagi pastu lepas raya nak hantar anak masuk U.dua orang sekali lak tu...adeh sakit poket jap..

    BalasPadam
  2. Salam OZ..mmg sakit gila hati bila kerosakan kereta tu sengaja dilakukan oleh manusia2 x de otak tu kan OZ.

    Udah la duit sedia ada pun x ckp, inikan plak nk mengganti lampu dan signal tu plak..isk..mak pun sakit ati!

    BalasPadam
  3. Bila ujian dtg silih berganti begini...hati tu akan berkata juga..mengapa lah aku yg kena...namun begini lah rona-rona kehidupan yg kita kena akur melaluinya...kita tiada pilihan..

    BalasPadam
  4. betul,kita xtahu takdir hidup kita camne.
    zmn skg sumenya duit tp insyallah kalu kita berusaha,rezeki akan dtg.

    BalasPadam
  5. salam..
    memang dugaan tu..
    moga tabah..dah dekat
    nak puasa ni..Allah duga
    kesabaran la tu..selamat
    berpuasa bro..


    ***ko ngeteh tak ajak aku ye?

    BalasPadam
  6. sabor je la. ada hikmah disebalik kejadian..

    BalasPadam
  7. uish x patut betul la .awat la depa tue x de keje cari keje.menyusahkan orang lain je. sabar ye en.ozzy kita sama di duga cuma cara kita di duga tue je x sama..harap en.ozzy bersabar..

    BalasPadam
  8. Salam Pozi, hidup ini kalau diberi dugaan ada hikmahnya setidak kita bersyukur dan mengetahui baik buruknya suatu hal itu.

    BalasPadam
  9. Akuanakpahang - w'salam ...setuju sangat dgn kenyataan tu & setuju juga dengan pendapat yg lain..hidup kita tak pernah sunyi dari diuji

    BalasPadam
  10. Khabar baik Ashrafi..terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...