Berdasarkan kisah dongeng dan dipercayai oleh penduduk setempat , nama Tioman berasal dari kisah sepasang naga pada zaman dahulu kala.Sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini menuju ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalana kononnya naga ini telah tertinggal kain cindai lalu berpatah balik.Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok dan naga ini pantang sekiranya mendengar ayam berkokok.Oleh sebab terlanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukul iaitu salah sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Begitulah sedikit catatan yang aku perolehi berkenaan kisah dongeng mengenai Pulau Tioman samada betul atau tidak itu terpulang kepada kepercayaan masing-masing samada untuk menganggapnya sebagai hanya sebuah dongeng atau sebuah kisah benar.Apa jua kepercayaannya Pulau Tioman kini sudah terkenal di serata dunia dan tersenarai sebagai sebuah pulau yang paling indah dan menawan.
Mungkin ketika entri ini di publishkan (auto publish) aku sedang berada di dalam pesawat Berjaya Air yang berpengkalan di lapangan terbang Subang menuju ke Pulau Tioman bersama kawan-kawan yang lain dan waktu berlepas adalah pada jam 8 pagi.Percutian selama 3 hari ini di sponsor oleh pihak syarikat untuk semua staff termasuk penginapan dan makan minum.Beberapa aktiviti turut diatur seperti team building, scuba diving, snorkerling, water bee, kayak serta permainan valleyball. Pada awalnya aku tak nak pergi tapi kerana lemas berterusan di asak dengan berbagai pertanyaan dan alasan yang diberikan juga tidak kukuh maka nama aku telah disenaraikan pada saat-saat akhir.
Apapun aku berharap percutian buat pertama kali ke Pulau Tioman ini tetap melakarkan kenangan indah dalam hidup aku meskipun hati aku terasa agak berat untuk turut serta kerana kesihatan yang agak kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini apatah lagi aku terpaksa kena turut serta dalam setiap aktiviti lasak yang telah diaturkan.Biasanya setiap kali jika aku ingin pergi bercuti hati aku akan terasa teruja lebih-lebih lagi tempat yang tak pernah aku kunjungi tapi kali ini hati aku amat tawar.
Dalam keadaan bahu yang masih lagi perlu memakai 'supporter' (kesan dari pembedahan lama) rasanya aku tiada pilhan lain selain dari membawa bekalan 'pain killer' yang sering aku elakkan dari mengambilnya dengan kerap kerana kita semua tahu ubat tersebut mempunyai kesan sampingan yang kurang baik.Dalam keadaan seperti ini aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku selama 3 hari di sana nanti.Harapan aku semoga segalanya berjalan dengan baik.
Begitulah kehidupan, ada kalanya kita perlu berkorban untuk membahagiakan orang lain dan ada kalanya kita juga mengharapkan sebuah pengorbanan dari insan lain yang memahami untuk merasa bahagia....
jom bercuti......
ozzy - Bukan dalam mood untuk bercuti...percutian seterusnya pada Dec nanti bersama keluarga di Damai Laut Kuantan
Selamat bercutiiiiii....
BalasPadamDah 7 thn x gi Tiomannnn...
Cik Shinju - selamat bercuti..terima kasih
BalasPadam