14 Julai 2011

JULAI DATANG LAGI

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sedar tak sedar kita kini telahpun berada di dalam bulan Julai atau bulan 7.

Pada mereka yang lahir pada bulan julai aku ucapkan selamat menyambut hari lahir serta selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada mereka yang menyambutnya pada bulan ini.

Selain itu apa yang menariknya dengan bulan Julai?.Apa yang aku perhatikan setiap tahun bulan Julai banyak mencatatkan insiden yang menyedihkan atau kemalangan yang mungkin antaranya turut melibatkan kehilangan nyawa tetapi itu bukan bermakna bulan Julai dianggap sebagai bulan yang membawa malang kerana mungkin juga apa yang berlaku atas kecuaian kita sendiri atau mungkin insiden itu berlaku secara kebetulan.Mungkin sesiapa yang mempunyai catatan diary peribadi, cuba perhatikan catatan pada bulan Julai setiap tahun...

Namun seringkali juga aku perhatikan, apabila tibanya bulan Julai ramai yang mengeluh kerana serba serbi bagaikan tidak kena atau tidak menjadi.Kereta tiba-tiba meragam, barangan elektrik tiba-tiba rosak, perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang dan bermacam perkara yang melibatkan kos atau duit.Apabila terjadinya perkara ini ia pastinya akan mengganggu emosi serta turut mempengaruhi mood seseorang itu.Kerana itu bukanlah sesuatu yang pelik apabila kita perhatikan ketika tibanya bulan Julai rakan-rakan akan mula menyepi atau mendiamkan diri.

Paling mudah cuba perhatikan juga status rakan-rakan anda di dalam facebook.Jika sebelum ini riuh-rendah tetapi suasana tiba-tiba mula suram dan masing-masing menyepi bagaikan menghilangkan diri pada bulan ini.Walauapapun biarlah kita bersangka baik dan mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan kerana mungkin ada sebab mereka semua membisu dan ada kalanya juga diam itu lebih baik...

Mungkin ia untuk menguji keimanan dan mungkin juga untuk menguji kesabaran atau mungkinkah ia hanya suratan atau kebetulan...





ozzy - tak sedap hati setiap kali tibanya bulan Julai...

8 ulasan:

  1. Salam Pozi. ada kebenaran kata-kata anda tu... sebab kawan juga ada mengalaminya :( bila dengor aje lagu tu.. akurlah juga kerana suratan dan ketentuanNYA jua.

    BalasPadam
  2. SAlam en.ozzy ,

    Mungkin secara kebetulan je kot.So far buat masa nie ia x pernah terjadi lagi pada amy.Minta di jauhkan la ,takut pula nak berdepan dengan situasi macam tue. Bagi amy July adalah bulan lucky pada amy selain dapat projek baru , amy juga telah bebas dari ketumbuhan alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Ada kebenaran pada kata2 kamu ni..namun jika di fikirkan semula .semua bulan dalah sama...berlakunya sesuatu perkara baik atau buruk tidak mengira bulan pada asalnya..namun setalah kamu mneulisnya terkenang pula saya..July thn ini Biras lelaki saya pergi selamanya dan hari ini dalm July juga..seorg Biras wanita sedang berada didalam ICU...ini semua takdir kan...semua di Bulan July....

    BalasPadam
  4. saya lahir bulan julai .. tima kaseh yg encik ozzy. hihihi.

    BalasPadam
  5. Salam. Bulan bukan penyebab. Biasalah hidup ni ada pasang surutnya...

    BalasPadam
  6. Assalam...

    Alhamdulillah,takat ni koi ok lagi...
    Cuma bila tiba bulan July,petanda kita dah nak masuk ke penghujung tahun,suku ketiga,.. masa tu la belek2 smula plan dr awal tahun..mana2 yg belum setel tu, itu yg mendatangkan kerisauan kot..bila asik difikir,kurang pokes ke benda lain dan kdg2 membawa kepada petaka... (teori pedooh dr koi :P )

    BalasPadam
  7. Akuanakpahang - w'salam ..harap dpt bersabar itu semua mungkin hanya suratan atau kebetulan juga

    Amy Syaquena - bersyukurlah dgn kurniaannya.. rezeki yg Allah nak bagi x kira bulan berapa ye tak..

    Eye Nee - Al-fatihah buat arwah & semoga biras kamu tu segera sembuh

    Kakchik@Ella - selamat hari lahir

    Muhammad Burn - w'salam..setuju bulan bukanlah penyebab, sekadar mencatatkan peristiwa yg sering terjadi pada bulan julai

    Cik Shinju - Terima kasih dgn teori tersebut hehe..moga sihat & ceria2 selalu

    BalasPadam
  8. salam hari jumaat en.ozzy.nampaknya hari nie agak kelewatan en.ozzy mengupdate blog.x pe nanti amy datang singgah lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...