19 Julai 2011

TV PLASMA ATAU TV LED - SESUATU YANG RAMAI PERLU TAHU

Berdasarkan traffic yang masuk melalui enjin carian, aku dapati ramai yang mencari info berkenaan pilihan antara TV plasma, LCD mahupun LED.Entri berkenaan TV LED pernah aku terbitkan DI SINI.

Aku pasti majoriti dari golongan tersebut adalah terdiri dari golongan yang berpendapatan sederhana yang rata-ratanya amat berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih model mana yang menjadi pilihan terbaik.

Mungkin ramai antaranya sedang berkira-kira untuk menggantikan TV baru maklum saja Hari Raya dah semakin hampir.Mungkin juga ada yang teringin ikut sama memilikinya selepas melihat rakan lain ramai yang dah guna atau bergaya dengan model TV yang terkini.Hati kecil mula berbisik "mana boleh jadi orang lain pakai TV LCD, aku masih pakai TV lama..malulah kalau orang datang rumah".

Ramai yang mula keliru apabila ingin membuat pilihan antara TV plasma,LCD ataupun LED.Pastinya model LED lebih mahal kerana ia adalah model terbaru ketika ini.Tidak kira apa jua model yang dipaparkan pasti kita akan terpesona dengan kualiti gambar yang dipamerkan.Lebih tinggi harganya lebih cantik dan terang gambarnya.Bagi yang mempunyai budget yang tinggi pasti pilihannya adalah yang paling cantik dan terang atau sharp gambarnya dengan saiz skrin yang besar.

Namun ramai yang mula mengeluh apabila ia dipasang di rumah kualiti gambarnya tidak sama sepertimana yang dilihat di kedai.Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan lagi apabila melihat setiap siaran termasuk siaran Astro tidak clear seperti yang dipamerkan di kedai sedangkan spesifikasinya adalah sama.Apabila disambungkan dengan DVD untuk melihat movie kualiti gambarnya juga masih menghampakan.Lalu ramai yang berang kerana merasakan mereka seolah-olah telah ditipu.

Sebenarnya kita bukan ditipu dengan barangan tersebut kerana produk yang diberi adalah produk yang sama spesifikasinya tetapi kita tidak dijelaskan secara terperinci kenapa di kedai gambarnya terang dan kenapa bila dipasang di rumah gambarnya kabur walaupun setting telah dibuat.

Sesuatu yang ramai perlu tahu adalah, apakah sistem yang mereka (penjual) gunakan sama sepertimana yang kita gunakan di rumah.Memang benar mereka menyatakan bahawa siaran yang mereka pasang adalah siaran Astro tetapi ramai yang tidak tahu bahawa siaran tersebut adalah siaran HD (high defination) yang hanya terdapat dalam beberapa channel astro sahaja dan charge sebanyak rm20 setiap bulan akan dikenakan untuk menambah siaran ini.Jika dialih channel lain selain daripada channel HD gambarnya adalah gambar biasa yang kurang clear atau sharp.

Untuk lebih cantik lagi mereka akan pasangkan DVD dan kita pasti terpesona dengan kualiti gambar yang cukup terang hinggakan rambut boleh dikira satu persatu.Sesuatu yang ramai perlu tahu adalah DVD player yang mereka gunakan adalah dari jenis 'Blu Ray' yang memancarkan gambar HD sedangkan DVD yang kita gunakan adalah dari jenis DVD player yang biasa (tiada HD).Harga sebuah player DVD 'Blu Ray' tidaklah terlalu mahal dalam anggaran rm200 - rm300 bergantung pada jenama tetapi untuk mendapatkan cakera padat (DVD) dari jenis HD yang hanya boleh dipasang pada DVD Blu Ray ini agak sukar kerana pasarannya masih baru dan harganya juga agak mahal antara rm20-rm30 sekeping tetapi kualiti gambarnya memang tip top.

Bermakna sesuatu yang ramai perlu tahu adalah untuk mendapatkan gambar yang betul-betul terang dan jelas sepertimana yang kita lihat di kedai adalah dengan bertanya sistem apa yang mereka gunakan, jika tidak hanya penyesalan dan rasa tidak puas hati akan bersarang di jiwa anda.Sesuatu yang ramai perlu tahu juga ia akan melibatkan peningkatan kos sebelum kita benar-benar puas hati.

Sedang mencari-cari atau sedang berkira-kira untuk menukar TV anda? fikir-fikirkanlah sekiranya TV lama anda masih dalam keadaan baik.

ozzy - dah tambah HD...

14 ulasan:

  1. Salam...

    Koi x bape melayan tb sangat jd x kisah la tb jenis ape pun...janji ade..heheh.. (kata2 org x bape ade duwet :P )

    BalasPadam
  2. salam..
    ada offer kat Courts Mammont
    hari tu LED tv discount 80%
    sehari keluar 30 tv..offer 3
    hari je..sold out..orang beratur
    panjang

    BalasPadam
  3. Masa mula2 beli dulu memang gambar x clear , terasa menyesal pulak beli better pakai tv kecik ,gambar sharp je last x de jalan lain terpaksa la tukar ke astro beyond baru clear..tapi perit la setiap bulan kena spent untuk astro tinggi sebab semua channel sport ambik huhuhu...ni belum ada anak kalau dah ada astro pun x langgan dah sebab x nak bazir duit kat astro.

    BalasPadam
  4. Kawan kadang nengok TV pun tak de masa...
    sudah mana sempat kawan nengok aje :)

    BalasPadam
  5. TV sekarang kalau nak di bandingkan dengan lama dulu tu jauh bezanya. contohnya kalau dulu
    beli tv untuk dengar berita semasa jer. layan movie pun bergantung pada masa intisari rancangan. dan sebab itulah kita tak sangat tengok tv nie, masa pun tak kena. kena pulak sampai rumah baru boleh bukak tv dan layan jer apa yg ada.



    sekarang nie tv bukan sahaja untuk di tonton. tapi kita boleh melayari laman internet seluruh dunia. sebagai contoh masa tsunami japan dan indonesia dahulu, kalau nak tengok live memang payah lah untuk tahu apa beritanya di sana. kena pulak tunggu berita.. kalau tv sekarang kelik jer online dah sampai sana. kalau nak kata laptop pertable boleh di bawa kemana2 jer. desktop pulak letak kt dalam bilik biasa nya untuk kegunaan downloads movie,sebab ianya lebih stabil. smart tv boleh saya kata kan untuk kegunaan express touch, yg mana apabila nak mencari maklumat dalam jangka masa yg pendek dan spotan.
    kalau kita nak buka laptop dan desktop mungkin mengambil sedikit masa.






    BalasPadam


  6. boleh saya katakan untuk setiap brand tv semuanya memang ok, cuma setiap brand ada engine masing-masing. kalau kita perhatikan
    SONY BRAVIA nama engine
    TOSHIBA REGZA
    PANASONIC VIERA
    SAMSUNG DNIE/ mungkin nama engine baru
    LG TRIPLE XD
    SHARP AQUOS

    engine TV ialah pengerak utama untuk mengeluarkan cahaya dan warna yang di keluarkan melalui back light(lampu utama tv).
    persamaan lcd dengan plasma ialah kedua-duanya mengunakan Cold Cathode Fluorescent Lamp.
    perbezaan kedua-duanya pula..
    LCD:mengunakan konsep cecair,tahap dynamic contrast ratio maksima ialah 100,000-1 untuk tahun 2012,mengeluarkan gambar yg terang,terutama sekaliHD.
    baik dari segi 1920*1080(full hd)ataupun 1366*768 standard resolution. mempunyai respond time.
    PLASMA:mengunakan konsep gas,sebab itulah ia lebih berat 20 hingga 25% daripada lcd malah panel nya pula kaca.tetapi tahap dynamic contrast ratio minimum ialah 3,000,000-1 keatas.dari segi gambar plasma tv lebih natural(tidak terlalu terang dan gelap)mempunyai resolution yg sama,tetap boleh menerima siaran digital cuma tidak setepat lcd tv.
    plasma tidak mempunyai respond time ini kerana ia mengunakan gas..

    LED:persamaan led dan lcd ialah kedua-duanya mengunakan konsep cecair.tetapi tahap dynamic contras ratio LED lebih kurang sama dengan plasma tv,iaitu 3,000,000-1 keatas. ini kerana ada perbezaan warna dari sudut ketepatan gambar.
    sudah tentu led tv teknology yg terbaik di malaysia untuk dari segi pelbagai guna,seperti 3D,smart tv dan juga kegunaan biasa. tetapi jika kita jangkau di luar negara seperti di negara-negara europe teknology tv terbaru mereka ialah ORGANIC LED (OLED)yang ketebalan mencecah 2.9mm.
    LED juga ada pelbagai konsep iaitu:
    nano LED
    full LED
    edge LED
    direct LED
    LED pluss

    spec: jika saya ingin membeli tv akan saya pastikan panelnya tidak lembut. biasanya jika lembut:
    1)dari segi ketahanan kurang.(hentakan)memang
    boleh dikatakan setiap brand tidak menangung kos
    pembaik pulih panel walaupun masih dalam waranty.
    dan ada sesetengah brand ada insuran untuk risiko
    panel yang pecah.tetapi saya tidak sanggup untuk
    menungu selama 1 atau 2 bulan di rumah untuk tv
    di baik pulih… tak mungkin bagi saya.
    2)mengeluarkan cahaya terlalu terang,menarik warna
    dari segi penjimatan tenaga elektrik kurang
    kepastian.
    3)kebiasaan nya panel lembut hanya cantik apabila
    kita tonton tv dihadapan sahaja bila kita duduk
    di sudut tepi kebanyakanya warna berubah boleh
    juga kita perasan yang warna hitam bertukar jadi
    kelabu.
    DYNAMIC CONTRAST RATIO:
    saya tidak percayakan mana-mana brand menyatakan tv mereka mengunakan mega contrast dan tidak memberi tahu contrast sebenar mereka,ini kerana DYNAMIC CONTRAST RATIO adalah amat penting untuk ada pada setiap tv.ini membolehkan kita membezakan
    antara hitam dan putih.
    sebagai contoh (arnab putih berlari di kawasan bersalji) jika dynamic contrast tv itu rendah,kita tidak akan dapat membezakan yang mana arnab dan salji..
    ciri-ciri tv PILIHAN saya:
    panel IPS tecnology(in panel switching)
    di mana jarak penglihatan dari semua sudut yang sempurna.warna hitam yang baik,mempunyai 4,000,000-1 dynamic contrast ratio keatas,sekurang-kurangnya 100hz keatas sudah cukup baik bagi saya.kadar warna natural.3D atau tidak smart atau tidak belakang cerita

    BalasPadam
  7. nano/full LED:keseluruhan panel dipenuhi lampu LED
    membuatkan ia jauh lebih jimat tenaga elektrik.
    cuma buat masa ini LG brand sahaja berjaya membuat
    nano/full led ternipis di dunia.
    LED pluss:di letakan lampu led di tepi frame tv.
    pluss bermakna terdapat 3 atau 4 lane lampu led
    di tengah panel,untuk backup cahaya diruang tengah
    panel.untuk menjimatkan tenaga elektrik.
    edge LED:di letakan lampu led di tepi frame tv
    sahaja kurang penjimatan tenaga elektrik,
    ini kerana apabila tv ini menayangkan scene yang
    terang lampu LED di sudut tepi frame terpaksa
    mengeluarkan cahaya yang amat kuat untuk sampai di
    tengah panel.penarikan tenaga elektrik berlaku di situ.
    Direct LED: bekonsep seperti LCD tv. satu kumpulan lampu LED di tengah mengeluarkan cahaya ke panel, seperti konsep panggung wayang.
    LED pluss: lampu LED di sekeliling frame dan ada 3 hingga 4 lane LED.


    LED tv:kekuatan cahaya 5 watts untuk setiap satu
    lampu LED TV.
    OLED tv:kekuatan turun ke paras minima iaitu cuma
    30 hingga ke 60 miliwatts untuk setiap satu lampu
    LED. malah pada tahun 2010 dan 2011 oled untuk
    31? inci di di jual dengan harga mencecah rm100,000. setiap satu..
    memang kita tidak mampu mengejar OLED benar-benar teknologi terbaru dengan skrin besar. Flat panel terdiri daripada berjuta-juta LED kecil. “O” dalam OLED bermaksud “organik” yang bermaksud terdapat karbon dalam molekul daripada pancaran (yang menghasilkan cahaya) lapisan panel. Panel OLED skrin besar tidak memerlukan lampu – mereka sendiri menerangi. HDTV OLED boleh menjadi nipis dan ringan daripada LED skinniest LCD, dan mempunyai beberapa kelebihan lain lebih LCD TV, tanpa mengira sama ada LCD dinyalakan oleh LED atau CCFL.


    quality brand dahulu,memang jauh bezanya
    dari brand yang sama pada sekarang ini,
    jadi saya saran kan lebih baik kita study tentang
    teknology,ketahanan,kebaikan dan keburukan malah apa sahaja.paling penting boleh pakai lama.
    brand dahulu setiap barangan itu datang dari negara asal 1pcs,tetapi untuk brand yang sama sekarang memang tidak 100% datang dari negara asal mereka.
    sudah tentu brand yang masa dahulu mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quality barangan terbaik.. walaupun jangka hayat untuk setiap tv yang lama dulu cuma 60,000jam sahaja.saya tetap percaya jika mereka kata(saya pakai tv sudah 20 tahun.)
    di bezakan dengan brand yang sama sekarang amatlah
    jauh bezanya,walaupun jangka hayat tv untuk setiap
    brand adalah 100,000jam baik plasma,lcd dan led semuanya sama.
    tetapi dari segi pengeluaran bagi saya mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quantiti yang banyak.lebih dari qualiti..
    jika kita lihat di luar negara,mereka mentelaah(study) setiap brand selama dua atau tiga bulan sebelum membuat keputusan untuk pembelian..
    begitu juga saya sekarang ini..
    moga ANDA semua berpuas hati dengan pembelian yang anda buat, hidup HOME ENTERTAINMENT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamarul Ximan..

      Terima kasih atas perkongsian maklumat dari tuan & ianya amat saya hargai

      Padam
    2. Thnx bro...nice info...

      Padam
    3. Kamarul ximan sngt bagus info yg awk kongsi kn..blh sy tahu x ape beza FULL HD DAN FULL HD LED..SY nk beli tv tp sy nk tahu ape beza nya...terima ksh

      Padam
  8. Ximan sony 42w804a dengan lg 42la7400 mana lebih baik. Apa kelebihan dua2 tv ni yang patut pilih?

    BalasPadam
  9. Sy baru jew beli tv led panasonic viera 39" tak smpai lagi sminggu power dah tak nyala huhuuu:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. amelia cantika..
      kalau baru beli seminggu masih ada warranty tu..cepat2 hantar kedai balik

      Padam
  10. bagi anda pilihan yang terbaik dari segi...
    brand
    teknology
    ketahanan

    boleh kongsikan contoh yg akan anda beli?? tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...