Perbuatan budak-budak nakal seringkali menyebabkan kemusnahan dan juga kesusahan pada pihak lain.Perbuatan mereka ini bukan hanya melibatkan kerosakan kemudahan awam malah turut melibatkan harta milik persendirian.Pada yang menjadi mangsa pasti tertanya-tanya apa salah dan silap mereka tetapi pada yang terlepas mereka juga perlu membuat langkah berjaga-jaga agar mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.
Jika sebelum ini kereta aku menjadi mangsa, pagi ini kami dikejutkan pula dengan sebuah lagi kereta penduduk di sini yang turut menjadi mangsa khianat.Minggu lepas lampu depan dan signal kereta aku dipecahkan, mangsa kali ini telah dipecahkan cermin depan keretanya.Harga untuk menukar cermin depan pun boleh tahan juga mahalnya tambah lagi dalam keadaan sekarang ketika kita sedang mencongak budget untuk membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya yang semakin menjelang tiba.
Belum puas cermin depan dipecahkan, tayar turut menjadi sasaran apabila paku pula dipacakkan.Jika dilihat keadaan paku tersebut memang jelas ia sengaja dipacakkan oleh seseorang kerana dalam keadaan biasa paku biasanya melekat dipermukaan tayar dan bukan di tepi tayar seperti ini.
Kalau setakat diletakkan paku seperti ini tidaklah menjadi masalah besar kerana kos untuk menampal tayar pun taklah sampai rm10 pun tetapi cermin depan yang pecah paling kurang pun dalam anggaran rm400..banyak juga tu.
Apabila melihat keadaan seperti ini rata-rata penduduk akan bertanya "Anak siapalah yang buat kerja ni..kurang ajar sungguh".Maka adalah yang mula menuduh anak si polan itu dan anak si polan ini yang telah dikenalpasti sebagai mat gian atau penagih gam.Yang disebut adalah "anak siapa" bermakna nama ayahnya turut dilibatkan kerana perlakuan jahat anaknya.Jika dapat ditangkap maka ayahnya juga turut perlu bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi.Kerana sikap anak-anak nama keluarga turut tercemar dan mendapat malu tetapi bagi mereka yang terlibat mereka tidak fikirkan semua itu kerana fikiran mereka masih cetek dan terikut dengan darah muda.Mereka hanya fikirkan diri mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Sebelum ini pernah dibuat cadangan untuk memasang CCTV di kawasan parking tapi tidak mendapat sambutan kerana rata-rata penduduk di sini adalah terdiri dari mereka yang menyewa. Pemiliknya pula langsung tidak memberi respon dan tak mungkin penyewa sanggup menambah lagi kos untuk CCTV kerana kadar sewa yang tinggi.Nampaknya terpaksalah cari jalan lain..
ozzy - sabar dan terus sabar...

Apa sebab dan musabab??...seolah-olah tepu mencari jawapan...apa kepuasan yg mereka dapat dari melakukan kerja2 yg langsung tiada faedah ini...Mungkin mereka perlukan perhatian namun cara mencari perhatian amatlah salah...
BalasPadamEye_Nee - entahlah kami semua tidak tahu sebab dan musababnya..kalau untuk menarik perhatian sekalipun jgnlah sampai rosakkan harta org lain.
BalasPadamUish asal kurang ajar sangat budak tue , ni kalau sekali dapat tangkap balun sampai lembik dulu pastu baru hantar ke balai..kenapa x cuba buat kawalan sebelah malam bergilir2 mane tau efektif ke..
BalasPadamBeza budak hari nie nakal campo jahat, kita dulu2 nakal aje tak jahat .. bila ada unsur jahat tentu punah juge:)
BalasPadamOuch.. dat gonna hurt. Rumah saya pon byk kali gak. baru pasang pagar dedaun emas, seminggu lepas tu tinggal batang je, daun abis kena kopak . loceng pon asyik kena tekan, tgk depan rumah entah lari ke mana . banyak bersama yer
BalasPadamKurang ajar dah namanya tuh! Bukan nakal dah ni. Kalaulah dpt tngkap siapa yg punya kerja, bkn takat mntk ganti rugi jer..kasik lbh2 sket pengajaran utk dia!!
BalasPadamOpss..sori..mak plak terlebih emosi.