12 Ogos 2011

BANTULAH ISTERI DI BULAN PUASA NI

Jika kita melihat tugas seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita sememangnya memenatkan apatah lagi di zaman ini ramai para isteri yang turut bekerja bagi meringankan beban suami atau menambahkan lagi pendapatan seisi rumah.
Memang benar tugas-tugas menguruskan rumahtangga seperti mengemas, memasak,menjaga anak dan membasuh adalah tanggungjawab seorang isteri tetapi apa salahnya kalau sekali sekala suami turun padang dan 'hulurkan tangan ringankan beban'.

Satu perkara yang sering difikirkan oleh suami apabila mereka ingin membantu adalah sekali mereka tolong kerja tersebut akan terus menjadi tugasnya.Contohnya apabila suami tolong membasuh baju si isteri akan lepas tangan dan menganggap tugas tersebut adalah tugas suaminya.Maka berlonggoklah kain baju menantikan si suami datang untuk membasuhnya.Inilah yang sering terjadi dan inilah yang membuatkan seorang suami berada dalam dilema samada ingin membantu ataupun tidak.Kalau dalam dilema boleh dikira okey lagi tapi kalau dah fobia jawabnya langsung dia tak akan tolong.Jadi kepada isteri-isteri dan ibu-ibu pandai-pandailah memujuk suami ye hehe...

Apabila tibanya bulan puasa tugas isteri juga semakin bertambah.Kalau yang tak ada anak atau baru kahwin memang belum rasakan sangat bebannya tapi kalau anak dah berduyun pasti terasa kepenatanya.Bermula di awal pagi isteri atau ibu akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan hidangan bersahur.Kemudiannya membasuh pinggan, mengemas rumah,membasuh dan gosok baju sehinggalah tibanya waktu berbuka isteri juga yang sibuk menyediakan hidangan.Kalau anak dah besar mungkin lega sikit itupun kalau yang nak membantu, kalau anak masih kecil diorang pun tolong juga tapi tolong sepahkan..isteri atau maknya juga yang kena kemaskan.Lepas berbuka bersiap nak pergi surau untuk sembahyang terawih pula dan sebelum tu makan malam pun nak kena sediakan juga.


Inilah yang dapat aku bantu isteriku untuk kali ini..tolong siang ikan hehe..bantulah juga kan sebab nanti bila bangun sahur isteriku cuma gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng.
Ikan selar kuning dan ikan bulus ni memang leceh kalau nak siang sebab dia kecik..biasalah kalau sesekali menolong tu sampai terpotong kepala ikan pun ada ahakk..tapi memang sedap kalau dimakan panas-panas kerana masih garing dan bila bangun sahur inilah antara lauk yang aku suka.

Simple tak payah susah-susah nak masak kari,sambal atau sebagainya sebab masa bersahur selera kurang sikit daripada waktu makan biasa.Walaupun sumbangan yang diberikan nampak kecil at least tolonglah juga kan hehe.Hari-hari lain pun memang kita dah selalu tolong, tolong tengok dan tolong habiskan.Jadi apa salahnya kalau sesekali kita pula yang tolong sediakan.Sebaiknya kalau nak menolong biarlah ikhlas..jangan asyik tolong sebab ada makna dan nak minta upah je..

p/s - entri ini di tulis lepas siang ikan malam tadi hehe..so kepada gadis yang tak tahu siang ikan sila belajar yee..bukan susah, belah perut lepas tu tenyeh je dengan pisau

ozzy - tolong menolong amalan mulia...
  

10 ulasan:

  1. Salam Pozi, kadang kawan nak nolong juge...
    keknya bila balik rumah bender dah siap :)
    tolong juga... tolong makan ajelah :)

    BalasPadam
  2. Akuanakpahang - W'salam..Stended la tu bang hehe

    BalasPadam
  3. anda seorang yg pemarah?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

    BalasPadam
  4. bagus..bagus. Masa ni la suami kena singsing lengan membantu isteri jugak kan.

    Alhamdulillah..my pokcik pun ringan gak tulang yg sedia ringan. Dia x pandai bab masak memasak ni but dia akan basuh pinggan periuk belanga sesudah berbuka dan bersahur..

    BalasPadam
  5. SALAM,
    BANTU ISTERI, KAN TANGGUNGJAWAB KITA? LAKUKANLAH APA YANG TERBAIK DAN TERMAMPU

    BalasPadam
  6. bagus la bila suami tahu betapa penat isteri mereka...samada isteri duduk dirumah atau bekerja...sama2 membantu kan lebih baikkk...

    BalasPadam
  7. bab tolong siang ikan bersihkan ayam boleh lagi lah.. keknya, bila taim nak masak, terpaksa serah keapda isteri jugak.. saya tak reti sangat masak..

    BalasPadam
  8. Lagenda - Bagusla kalau suami ringan tulang tapi kerja cuci pinggan tu dah jadi tugas dia ke tu?

    Luahfikiran - W'salam Dato'..betul tu Dato'..sama-samalah membantu

    Eye Nee - Rata-rata suami tahu isterinya penat dan isteri pun kena faham juga suaminya pun penat bekerja

    Hisyam Muhibah - Samalah kita tolong gitu bolehlah...bab memasak tu serahkan pada yg pakar hehe..

    BalasPadam
  9. Saya suka entri ni :)

    Setuju dengan cadangan Ozzy. Tapi dalam situasi saya, suami tidak dibenarkan membantu kecuali ketika saya amat memerlukan :) Lagi-lagi sewaktu memasak. Saya lebih suka suami berikan komen supaya saya dapat perbaiki lagi kekurangan & kelemahan. Walaupun begitu, suami bukan la tidak membantu langsung. Secara tidak langsung anak-anak melihat dan jadikan contoh. Didikan ibubapa [suami], kini diwarisi kepada anak-anak. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. Zaman sekarang memang biasa tengok suami2 dok jemur kain, dukung anak bawak jalan2..ye lah, bila isteri pun bekerja, suami memang tak patut kalau tak tolong buat kerja rumah. Lain la kalau suami tu mampu nak gajikan bibik. Apapun, sikap tolong menolong dalam rumahtangga ni akan buatkan rumahtangga kita lebih harmoni dan dirahmatiNYA insya Allah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...