19 Ogos 2011

KITA MUDAH SIMPATI PADA PEMINTA SEDEKAH

Saban hari kita dapat melihat kebanjiran pengemis dan peminta sedekah terutamanya di tempat yang sibuk dan tempat yang menjadi laluan utama seperti di persiaran kaki lima.
Walaupun kerap kali operasi dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membenteras masalah ini namun bilangan pengemis ini masih lagi berleluasa dengan kaedah yang berbeza.

Walaupun seringkali didedahkan dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh segelintir dari pengemis ini dan ada antaranya didalangi oleh sendiket yang tertentu tetapi kita tetap diselubungi dengan rasa simpati apabila melihat keadaan mereka lebih-lebih lagi sekiranya mereka cacat dan turut sama menggendong anak kecil.

Melalui kiriman email yang aku terima dari seorang rakan, ia mendedahkan keadaan sebenar segelintir daripada mereka hasil pendedahan oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek.Sedikit sebanyak pendedahan ini menjawab berbagai persoalan yang bermain di fikiran aku setiap kali melihat pengemis seperti ini yang sering ditemui samada di Pasar Malam atau di kaki lima.Apa yang sering aku fikirkan adalah bagaimana dia boleh berada di sini dalam keadaan cacat seperti ini? di mana dia tinggal? dari mana dia datang? dan berbagai lagi persoalan yang lain.


Pengemis yang cacat ini berada disalah sebuah lokasi di bazar ramadan ketika umat Islam sedang sibuk memilih juadah untuk berbuka puasa.

Melihat pada keadaan fizikalnya yang cacat pasti mengundang rasa simpati pada setiap pengunjung apatah lagi di bulan yang mulia ini kita digalakkan bersedekah untuk menambahkan lagi amal jariah.Kita beranggapan apa salahnya hulurkan seringgit dua untuk membantunya dengan ikhlas dan menambahkan lagi pahala kita dengan bersedekah pada golongan yang kurang berkemampuan seperti ini.
Setelah kira-kira sejam berada di situ beliau diminta menunjukkan hasil yang diperolehi dan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak rm 60 tidak termasuk duit syiling yang masih belum dikira.Satu jumlah yang agak lumayan untuk 'kerja' selama satu jam berbanding peniaga di situ yang belum tentu memperolehi jumlah atau keuntungan yang sama untuk jangkamasa selama satu jam.

Beliau kemudiannya dilihat bergerak kesatu lokasi setelah merasakan 'tugasnya' sudah selesai untuk hari ini dalam tempoh kira-kira satu jam bersama hasil yang agak lumayan.Tapi kemana arahnya?inilah persoalan yang bakal terjawab.




Dari bawah sebuah kenderaan beliau dilihat mengeluarkan kaki palsunya yang disembunyikan disitu dan kemudian memakainya.


Beginilah keadaannya setelah kaki palsunya siap disarungkan dan troli serta kopiah yang digunakan semasa meminta sedekah disimpan ke dalam begnya untuk digunakan semula selepas ini.Maka terjawablah persoalan aku sebelum ini bagaimana mereka yang cacat ini boleh berada di sini.


Kemudiannya beliau diminta kembali semula ke bazar ramadan dalam keadaan 'normal' untuk membeli juadah sambil disaksikan oleh pengunjung yang mungkin antaranya telah memberi sedekah kepada 'seorang yang cacat dan tidak berkeupayaan'.Apa perasaan kita apabila melihat adegan seperti ini??..Nak maki hamun rasa macam sia-sia je amal jariah kita sebentar tadi kan..

Setelah itu beliau kemudiannya berlalu untuk menuju ke destinasi lain dan meneruskan lakonan yang serupa bagi meneruskan hidup melalui skrip yang sama.






Sempat melambaikan tangan sebelum menahan sebuah teksi untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.






Apa yang kita fikirkan apabila melihat adegan seperti ini?.Mudah bukan untuk meraih simpati dari penduduk negara ini hanya melalui lakonan seperti ini dan kita juga berada dalam keadaan serba salah apabila melihat keadaan mereka seperti itu.Memang benar kita bersyukur kerana kehidupan kita mungkin lebih baik darinya jika diukur dari segi fizikal.Namun apabila melihat keadaan ini mungkin kita akan beranggapan kita sebenarnya membuat amal pada individu dan tempat yang salah kerana sebenarnya ada insan lain yang lebih mengharapkan sumbangan dari kita berbanding pemuda tersebut.Pemuda ini dikatakan berasal dari Kemboja dan telah mendapat kecacatan sewaktu negara mereka diserang dahulu.

Kita sebenarnya berada dalam keadaan serba salah dan sering keliru apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini atas faktor perikemanusiaan serta belas kasihan.Agak sukar untuk kita menilai perlakuan setiap dari mereka samada mereka benar-benar memerlukan bantuan atau apakah sebenarnya yang kita lihat itu hanyalah lakonan daripada mereka untuk meraih simpati dari kita. Seringkali kita diingatkan dan diasuh agar bersangka baik dan membuang sikap curiga pada orang lain apatah lagi seseorang yang kita anggap seagama dengan kita walaupun kita tidak pasti status agamanya yang sebenar.

Begitu juga dengan pengemis 'buta' yang seringkali berlegar di warung-warung makan untuk meminta sedekah.Kita beranggapan apalah sangat nilai sekeping kertas satu ringgit yang diberikan pada mereka namun dalam tidak sedar kita sebenarnya menggalakkan lagi 'kerjaya' ini terus bercambah.Kita juga sering beranggapan bahawa kita menderma dengan seikhlas hati selebihnya kita serahkan pada Allah yang maha kuasa kerana kita merasakan amat sukar untuk menilai manusia sesama manusia.

p/s - kredit pada wartawan Mazidul Akmal Sidek yang membuat pendedahan ini..

ozzy - selalu rasa tak sampai hati ... tak beri salah nak beri pun rasa serba salah

14 ulasan:

  1. woo. mcm nie upernyeee.. huh

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    sekadar hiburan
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/sekadar-hiburan.html

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, gitu warna warni kehipuan... berbagai gaya dan cara utk meneruskan kehidupan halal haram tolak tepi dah.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..

    BalasPadam
  4. Akuanakpahang - betul tu..mcm2 cara nak hidup zaman skrg ni..tapi sebaiknya biarlah kita berusaha utk dptkan rezeki yg halal

    Abadi Romeo - Itulah ungkapan yg biasa kita dengar memang betul cuma sebaiknya lebih baik pemberian tersebut mengikut jalan yg betul

    BalasPadam
  5. salam Ozzy..
    tak pe lah kalau kita nak sedekah
    dia nak nipu dia tanggung lah makan
    duit tu..aku lebih suka bersedekah
    di masjid, rasa ikhlas je bila bagi.

    BalasPadam
  6. gua pernah tengok dulu ada seorang ibu buta yang selalu ditemani oleh anak perempuan beliau minta sedekah disekitar bangsar. lepas tu gua terserempak dua beranak ni berbelanja di cold storage supermarket bangsar shopping centre sedangkan gua pada masa tu bekerja di supermarket tu. Wow byngkan ler berapa banyak depa dapat duit sampai mampu berbelanja di supermarket mewah kawasan elite.

    BalasPadam
  7. sama juga anak anak yang menjual minyak angin dan cd di stesyen minyak....
    hal ini berulang semula...

    BalasPadam
  8. Pernah baca entri berkenaan dengan pengemis nie , bagi amy la kita sudah menjalankan tanggungjawab kita tapi kalau dia menipu itu antara dia dengan allah...

    BalasPadam
  9. ada gak baca kat blog mazidul..kita yang ikhlas nak kasi pun jadi tak ikhlas bila tengok macam nie..

    BalasPadam
  10. Nak menjemput semua rakan2 blogger Pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

    BalasPadam
  11. ermmm..inilah sandiwara dunia...walau apa pun kita ikhlas...itu sebaiknya...dan jgn kerana alasan mencari ikhlas itu membuatkan kita terlalu lokek untuk menghulurkan pada jangka masa waktu yg lama...sesungguhnya iblis itu penuh tipu daya....

    BalasPadam
  12. Assalam...

    Kalau org mengemis cenggitu saya jrg bagi,tp kalau dia jual barang mmg saya beli...

    BalasPadam
  13. SALAM,
    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

    BalasPadam
  14. Trend sekarang minta sedekah nak isi petrol kereta. Saya menolak cara baik dan beritahu pandu Lalamove nak dapat RM 100 pun susah. Cukup utk is minyak kereta sendiri jer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...