5 Ogos 2011

BAZAR RAMADHAN ANTARA SAJA DAN LAGI

Rutin biasa di bulan ramadhan pastinya dengan berkunjung ke bazar ramadhan untuk memilih juadah yang kita gemari sebagai hidangan sewaktu berbuka puasa nanti.
Setiap hari seringkali kita memikirkan apakah juadah yang sesuai untuk dibeli bagi mengelakkan rasa bosan jika menghadap menu yang sama setiap hari dan dari awal lagi kita dah mula merancang kuih apa yang nak dibeli.

Terkadang sering juga berlaku asalnya nak beli dua tiga jenis saja tapi bila dah kesana kalau boleh semua nak kaut.Tengok yang tu sedap, tengok yang ni pun sedap akhirnya tangan penuh menjinjing plastik yang berisi kuih.Elok juga hari sabtu dijadikan hari tanpa beg plastik jadi tak banyak lah kuih yang dibeli kan hehe..dan kuranglah membazirnya kan.

Bagi diri aku memang mudah sebab setiap tahun kuih yang sama juga aku beli dan boleh dikatakan kuih tersebut aku beli dari penjual yang sama.Setiap tahun juga penjual yang menjual di bazar ramadhan ini terdiri dari muka-muka yang sama, maka mudah untuk aku kenali yang mana sedap dan yang mana tidak.Dengan itu juga maka tak perlulah aku meronda dari satu gerai ke satu gerai, sampai je terus pergi ke gerai yang aku ingini.

Antara kuih yang aku gemari dan boleh dikatakan wajib dibeli adalah kuih seri muka tak kiralah perisa pandan atau coklat, kuih kasui serta kuih kole kacang dan selepas itu barulah aku akan tambahkan kuih lain sebagai menu tambahan secara bergilir samada kuih karipap,murtabak,laksa atau laksam serta juadah lain sebagai juadah sampingan untuk mengelakkan rasa jemu.
Biasanya tak banyak yang aku beli sebagai tambahan pada kuih 'wajib' tadi kerana isteri aku turut memasak di rumah seperti mee atau meehun goreng serta nasi sebagai hidangan selepas berbuka.Tak perlulah nak membazir beli banyak sangat sebab kuih-kuih tu pun cuma makanan ringan sebelum makan nasi.

Semalam seperti biasa aku singgah ke gerai yang menjual kuih kole kacang.Pemiliknya adalah orang Kelantan yang turut menjual hidangan lain seperti nasi kerabu, nasi dagang dan juga laksam. Biasanya kalau nak makan nasi kerabu atau laksam memang disinilah yang biasa aku beli dan boleh dikatakan setiap hari gerainya sentiasa sesak kerana masakannya memang sedap (kalau tekak aku kata sedap maknanya memang sedaplah tu hehe..).Lepas dah bungkus kuih tersebut aku saja bertanya "berapa harga laksam ni?" dan penjual tersebut menjawab " dua ringgit setengah jah (saja) masih dua ringgit lima posen lagi".Aku menjawab sambil ketawa "aikkk..ada lagi pulak kat hujung tu..macam nak naik harga je lepas ni?" dan dia lantas menjawab "gitulah rasanya..santan naik harga lagi wehh..".hmmm..antara saja dan lagi..

Kalau diperhatikan pada laksam tu cuma sebatang atau sekeping laksam saja yang dipotong dan kemudiannya dicampurkan dengan kuah lemak bersama sedikit sambal dan sayur yang diracik. Rasanya juga banyak bergantung pada kuahnya, kalau sedap kuahnya maka sedaplah laksam tu.Tapi kalau harganya dah naik jadi 3 ringgit misalnya hmmm..rasa macam tak berbaloi je beli kecuali kalau dah teringin sangat la kot..tapi laksa boleh dikatakan standard dah harganya 3 ringgit sebungkus..apa nak buat dulu seringgit makan sorang sekarang seringgit sorang pun tak lepas.










ozzy - nak makan laksam dan laksa di pagi raya nanti...

10 ulasan:

  1. SALAM,
    TENGOK KUIH TU, SEDAP2 BELAKA ! TAPI PUASA TETAP PUASA.

    BalasPadam
  2. Assalam...

    Saya bajet rm5 jer setiapkali p param..
    Memang dah disiplinkan diri..kalau dulu
    semua benda yg teringin dek tekak saya beli..
    skang beli satu jenis jer sehari..posa ade 30 hari..boleh la beli juadah berbeza setiap hari...
    tgk kan harga makanan yg melambung mmg susah hati tapi kalau masak sendiri lg tggi kosnya..nak2 selera setiap ahli keluarga berbeza..

    BalasPadam
  3. Amy belum pergi ke bazar ramadhan lagi jadi x tahu harga di sini ada berubah atau tidak..anyway selamat berpuasa en.ozzy

    BalasPadam
  4. dah masuk hari ke 5 hari ni..belum lagi singgah
    ke mana-mana Bazar Ramadhan...berbuka suami isteri jer...anak-anak lebih selesa dirumah nenek mereka...jd tak tahu nak membezakan harga dulu dan kini...

    BalasPadam
  5. saya kalo pegi bazar just beli murtabak rm2.50 dgn roti john je rm3..sbb kuih2 basah saya dah buat sendiri utk berniaga..kira untungla jd tokey kuih..hehehe

    BalasPadam
  6. LF - W'salam...bulan puasa ni tgk semua pun sedap

    Cik Shinju - W'salam..bagus tu & satu langkah bijak utk elakkan drpd membazir.

    Amy Syaquena & Eye Nee- mungkin x sempat pergi lagi kot..harga x byk sgt beza dr thn lepas

    Nisa - Wahh tokey kuih lagi senang hehe..tapi sesekali nak juga merasa kueh org lain kan.

    BalasPadam
  7. Assalam.. nak buat goner hari ini penjual dan pengguna tertekan... nak tak kena lalu juge :( yang sedih terkadang sikap penjual ada yang mengambil kesempatan :(

    BalasPadam
  8. Akuanakpahang - W'salam..susah juga bila dua2 pihak tertekan..peniaga nak untung pengguna pula kena beringat & bijak

    BalasPadam
  9. tumpang tanya. psr ramadhan mana encik pergi? sy da lama carik kuih kole kacang ni??? - is

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama - Kuih kole kacang ni byk terdapat di Taman Medan tapi yg paling sedap tpt saya di jalan Klang Lama sebelum taman dato harun masuk simpang yg ada stesen shell..gerai yg ke 4/5 dr mula2 masuk.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...