31 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54

Tepat jam 12 malam ini kita semua seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita yang ke 54.Tahun ini mungkin suasana sambutan hari kemerdekaan agak suram kerana ramai warga kota yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pastinya kemeriahan sambutan hari kemerdekaan kali ini juga tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang dipenuhi dengan kaum Melayu di kawasan tumpuan utama iaitu di Dataran Merdeka.

Jika kita perhatikan setiap tahun sambutan hari kemerdekaan ini majoriti yang nampak bersungguh hanyalah kaum Melayu atas semangat patriotik manakala kaum lain lebih berminat untuk menjadi pemerhati.Kita boleh perhatikan bagaimana sambutannya di tempat lain yang di dominasi oleh kaum bukan Melayu ketika sambutan ini suasana serta gaya sambutannya adalah berbeza sebagai contoh di Sunway Lagoon.Memang nampak meriah tapi kemeriahannya hanya berupa pesta dan bukan seperti menyambut satu hari yang penting atau hari yang bersejarah.

Apa yang diharapkan adalah semoga negara kita yang tercinta ini terus mencapai kejayaan yang cemerlang agar kita sebagai rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang tenang dan damai. Hargailah apa yang kita perolehi hari ini.Sejak akhir-akhir ini hadir berbagai bentuk ancaman untuk mengikis kepercayaan rakyat dan merubah fakta sejarah demi kepentingan politik serta untuk mencapai impian mereka biarpun kita semakin lama semakin berpecah.Begitu bersungguh kita cuba menjaga hati dan perasaan orang lain biarpun kita bermusuh sesama sendiri.Untuk mencapai dan mengecapi kemerdekaan bukanlah mudah tetapi untuk menghancurkannya tidaklah terlalu susah.

Kita sering mengucapkan syukur kerana dilimpahi keamanan dan kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini tetapi apa maknanya syukur kalau kita berterusan cuba dan teringin sangat untuk memusnahkannya.Apabila segalanya musnah bukan mudah untuk kita membinanya semula tapi beginilah sikap kita selagi belum terhantuk selagi itulah kita teruskan juga tapi bila dah terhantuk kita salahkan pula orang lain.

Ozzy - Semoga negara kita terus aman... 

4 ulasan:

  1. Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54 daripada blog akuanakpahang Dengan temanya pada kali ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Kita sebagai Rakyat Malaysia marilah berdoa agar negara kita akan senantiasa aman dan muhibbah tak kira agama, bangsa dan warna kulit.

    "Selamat hari raya maaf zahir dan batin."

    BalasPadam
  2. Penting menghayati erti kemerdekaan..merdeka dari penjajahan,merdeka budaya,merdeka pemikiran,intelektual dan merdeka jiwa.Laungan dan bendera hanyalah kosmetik yang tidak bermakna jika penghayatan erti sebenar gagal dimengertikan.

    BalasPadam
  3. Abadi romeo..

    Negara kita telahpun merdeka dari dijajah..dari segi budaya,pemikiran,intelektual & jiwa itu adalah pilihan individu..sekurang2nya laungan & kibaran bendera sebagai tanda semangat rakyat yg merdeka & tahu bersyukur bukannya asyik mempersoalkan erti merdeka walau hidup aman & senang.

    BalasPadam
  4. Ozzy, selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...