4 Ogos 2011

SEMANGAT YANG HILANG

Semakin lama aku merasakan aku semakin menyepi, itulah hakikat yang aku sendiri perlu akui bahawa aku tidak mampu memaksa diri untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog di saat-saat begini.
Sesekali aku hanya mampu melihat beberapa tajuk yang telah aku sediakan untuk diisi dengan ulasan tapi entah kenapa semangat bagaikan hilang untuk memulakannya.

Bukan hanya dari dunia blog malah dalam kehidupan seharian juga terasa diri bagaikan terjerumus ke alam yang sepi.Kawan-kawan ada yang bertanya kenapa aku menyepi dan aku sendiri tertanya-tanya kenapa kawan-kawan juga menyepi atau mungkin ini yang dikatakan 'Sepi Itu Indah'...tapi betul ke sepi ini indah?.Ada kalanya ya dan ada kalanya tidak kerana ia bergantung pada situasi.

Mungkin ada yang merasakan update blog merupakan satu rutin yang perlu dilakukan setiap hari. Semangat yang perlu dikekalkan sekiranya kita ingin melihat pendapatan yang kita perolehi dari blog terus meningkat or at least the figure consisten.Mungkin juga ada yang seronok melayan blog bagi mengekalkan populariti dan mungkin ada juga yang gembira apabila menerima beratus komen menandakan ramai yang berminat dengan setiap entri yang ditampilkan atau mereka sememangnya berminat dengan individu itu sendiri samada berdasarkan karektor mahupun aura yang dimiliki...apa-apa jelah kan asalkan kita enjoy dengan apa yang kita buat.

Sesekali jari ini terasa rindu untuk mencoretkan sesuatu di sini tetapi baru sebaris ayat ia kemudiannya dipadam seolah-olah terasa bersalah untuk disiarkan sebagai sesuatu yang tiada isi.Terasa bagaikan ketandusan idea untuk menulis dalam keadaan diri yang lemah seperti ini. Namun perlukah aku menulis di sini hanya sekadar untuk memberitahu bahawa aku tidak sihat?Terasa malu sebenarnya kerana ia seolah-olah meminta simpati atau minta dikasihani sedangkan di sini rasanya bukanlah medan terbaik untuk meraih simpati.Jika ada ia hanya seperti angin yang berlalu kerana pembaca inginkan sesuatu berbentuk informasi,ilmiah atau sekurang-kurangnya sesuatu yang menghiburkan dan paling tidak pun gossip panas biarpun yang sengaja di reka.

Seminggu sebelum hadirnya ramadan kali ini aku diserang demam panas dan sehingga ke hari ini masuk hari ke 4 kita berpuasa badan masih panas dan terasa lemah.Semalam aku mengambil cuti untuk ke hospital memeriksa darah bimbang ada sesuatu yang tidak kena tapi hasilnya semua dalam keadaan normal.Mungkin salah aku juga kerana sewaktu demam lepas makan ubat aku makan pula buah durian tapi takkanlah sampai lama macam ni.Biasanya kalau demam dalam 3 hari je dah sembuh.Malam ni aku nak cuba pula minum air cap badak dengan 100 plus, harap-harap dapat kurang demam ni.Untuk malam ke 2 aku gagahkan juga untuk menunaikan solat tarawih dan berjaya juga habiskan 8 rakaat.Selepas 8 rakaat jemaah akan berehat seketika sambil mendengar tazkirah sebelum disambung semula selepas itu. Malam ke 3 aku terus bertahan dan alhamdulillah aku berjaya habiskan.(perlu ke aku tulis di sini ???..)

Terasa serba tidak kena untuk menulis..apa yang perlu ditulis dan apa yang tak perlu ditulis hingga meninggalkan tanda soal pada diri dan juga di sana sini.Nak siarkan juga terasa serba salah. Mungkin ini yang dikatakan semangat yang hilang dan aku berharap semangat itu akan kembali pulang kerana aku suka menulis.Walau apapun kepada rakan-rakan semua teruskan ibadah anda semua di bulan yang penuh barakah ini dan pastikan semangat untuk terus beribadah tidak akan hilang.

ozzy - aku hanya manusia biasa...

8 ulasan:

  1. Salam Pozi, Kalau dah tak brape sihat mmg tak kena berlake... jadi bawak berehat stabilkan diri dulu kebah2 demam boleh menulis.. sesekali mmg sepi itu indah kalau selalu membawa gundah :(

    BalasPadam
  2. As-Salam geng..

    Jangan Memaksa..Menulis perlukan fikiran yg tidak
    berada di Frasa punya Masalah atau tekanan juga
    gangguan...

    BalasPadam
  3. Assalam... Mungkin sbb badan tak sihat,
    maka mood utk menulis pun kurang kot..

    Selamat berpuasa...Semoga cepat sembuh,,

    BalasPadam
  4. Akuanakpahang..W'salam, betul tu..kalau badan x sihat ni mmg rasa x kena belaka

    Eye_nee ..w'salam..setuju dgn kenyataan tu

    Cik Shinju..W'salam Yun - betul tu, kalau badan x sihat mmg mood nak menulis pun kurang..selamat berpuasa juga..thanks
    .

    BalasPadam
  5. Semoga en.ozzy cepat sembuh dan kembali bersemangat..ya..sepi itu indah dari pada bising tapi kosong

    BalasPadam
  6. salam..
    ermm..dugaan awal ramadhan tu..moga tabah dan cepat sembuh..bab berbuka jangan amal minum ais..sebab ais ni berbisa.amalkan minum air yang suam.

    Aku bab blogging ni dah jadi rutin, alhamdulillah walau seringkas mana pun aku tetap updated, biarpun aku tahu bukan di kalangan yang selalu datang pun singgah balik, setidaknya apabila aku PING di sosial community aku yang beribu follower (twitter,stumbleupon,Digg,FB etc) pasti ada trafik masuk dari sana..

    bab komen.dulu aku kesah juga kalau tak de orang komen rasa tak berbaloi menulis, tapi sekarang kemasukan trafik lagi berguna dari komen di blog.Apa guna 10 orang komen masuk dan hanya 10 orang masuk kan? biar tak de komen, tapi trafik masuk beribu,syarat kena updated setiap hari (ini cara aku) :)

    BalasPadam
  7. Zulkbo..W'salam Zul - terima kasih atas pandangan tersebut..memang time berbuka jarang sangat aku minum ais kecuali kalau cuaca terlalu panas.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...