28 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H & SELAMAT BERCUTI


Sempena menyambut ketibaan 1 Syawal ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua sahabat serta rakan-rakan yang mengenali diri ini samada yang sering bertemu mahupun sahabat di alam cyber ini terutama pada rakan blogger yang sering singgah mahupun pernah 'tersinggah' di sini.

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf jika penulisan aku di sini pernah menyentuh hati sesiapa atau jika terdapat apa jua kesilapan aku dalam mengukir ayat samada di dalam entri aku sendiri mahupun di dalam ruangan komen teman-teman semua.

Sebagai manusia ada kalanya dalam tidak sedar apa yang kita tulis mungkin pernah mengguris hati dan perasaan ramai insan lain terutama pada mereka yang singgah dan membaca apa jua penulisan yang pernah kita terbitkan.Tidak lupa juga aku ingin memohon maaf pada rakan-rakan di luar sana jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa sepanjang kita bersahabat.Semoga persahabatan kita semua kekal hingga ke hujung nyawa dalam suasana harmoni dan saling menghormati serta bermaafan sesama kita.

Akhir kata semoga Hari Raya ini disambut dengan meriah bersama semangat muhibbah..hati-hati memandu kepada mereka yang akan pulang ke kampung dan bersabar di jalan raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR  & BATIN

                 

ozzy - dan juga selamat bercuti....

4 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidil fitri, minal aidil walfaizin. Maaf diatas segala terkasar bahasa serta terlanjur bicara jika ada disepanjang persahabatan.

    BalasPadam
  2. Akuanakpahang...Selamat Hari Raya maaf zahir & batin dari saya juga jika ada sebarang salah & silap.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
  4. Demi semangat setiakawan,
    Salam diucap tangan dihulurkan;
    Adat insan dalam pergaulan,
    Salah dan silap harap maafkan.

    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...