Berbagai jenis dan model dapat kita saksikan dalam pasaran hari ini dari jenis 3 bilah hinggalah 5 bilah atau dari jenis manual yang menggunakan 'speed control' hinggalah yang menggunakan 'remote control'.
Setiap individu tentunya mempunyai pandangan yang berbeza dalam memilih model yang ingin digunakan.Selain dari keunikan rekabentuknya serta fungsinya faktor harga turut diambilkira oleh pengguna atau pembeli.Bagi yang tidak mempunyai budget yang besar kipas angin biasa atau dianggap 'konvensional' sudah memadai bagi reka bentuk rumah mereka yang mungkin dalam kategori sederhana.
Jenama kipas angin yang popular antaranya KDK ,PANASONIC dan kini jenama Elmark semakin popular bersama rekaan 'blossom' yang berjaya menarik minat ramai pembeli.Model atau jenama dari China juga semakin bertambah dan turut memberi saingan dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain yang lebih terkenal.Pastinya kita sebagai pengguna sebolehnya memilih produk yang berjenama dan berkualiti kerana beranggapan selain tahan lama alat gantinya juga mudah diperolehi.Namun demikian ada juga yang tidak kisah dan memilih produk yang lebih murah meskipun bukan dari yang berjenama.
Walau apa juga model yang digunakan kadangkala berlaku juga masalah yang tidak diduga.Kita mungkin tertanya-tanya kenapa kipas angin yang dulunya laju tapi kini terasa semakin perlahan walaupun 'speed control' berada di paras maksimum.Antara faktor yang menyebabkan kipas semakin perlahan adalah kerana permukaan kipas tersebut dipenuhi dengan habuk yang tebal. Habuk yang melekat jika jarang dicuci lama-kelamaan akan semakin menimbun dan turut memberi kesan pada kelajuan kipas angin.
Selepas bilah kipas dibersihkan jika kita dapati kipas masih berpusing dengan perlahan perkara ke dua yang perlu dilakukan adalah memeriksa samada 'speed controller' (untuk mengawal kelajuan kipas) yang biasanya dipasang pada dinding berfungsi dengan baik atau bermasalah.Cara mudah adalah dengan membuat 'direct connection' antara wayar 'incoming supply' dengan wayar yang disambungkan pada 'controller' ini.Pastikan elektrik ditutup ketika membuat penyambungan ini (tidak digalakkan buat sendiri jika anda tidak yakin).
Sekiranya selepas penyambungan ini dibuat kipas berpusing dengan laju (tetapi tidak boleh lagi dikawal oleh 'controller' kerana penyambungan telah dibuat secara 'direct') ini bermakna 'speed control' tersebut telah rosak dan perlu di ganti baru.
Sekiranya kipas tersebut masih bergerak perlahan besar kemungkinan 'speed controller' tersebut masih elok dan perkara seterusnya yang perlu diperiksa adalah pada 'capasitor' atau lebih dikenali sebagai 'condensor'. 'Condenser' ini dilengkapi dalam unit uF (microfarad) dan ianya berbeza diantara setiap model.Ketika ingin menukar 'condensor' ini pastikan anda membeli mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan tercatat pada 'condensor' tersebut.Harga 'condensor' ini juga tidaklah mahal sekitar 4-5 ringgit.Biasa aku beli harganya cuma 4 ringgit. 'Condensor' ini juga dilengkapi pada kedua-dua jenis kipas angin yang kita biasa gunakan samada kipas ceiling ataupun kipas meja.
Biasanya jika kita pergi ke kedai dan bertanya masalah ini mereka akan memberi alasan kipas tersebut telah rosak dan alasan yang sering kita dengar mereka akan berkata 'bearing' kipas telah rosak (kipas ceiling).Apabila 'bearing' di sebut kita terbayangkan harga 'bearing' tersebut yang mungkin harganya sama dengan harga sebuah kipas baru maka kita pun layu dengan pujukan "Lu beli kipas baru laa.. kasi angkat baru punya itu kipas tarak boleh guna lagi lorrr" padahal kos sebenar hanyalah 4 ringgit sahaja.
Cara paling mudah pastinya tukar saja kipas baru.Bagi yang ingin mencuba bukan saja pada diri sendiri tetapi juga boleh membantu rakan-rakan atau saudara mara yang mengalami masalah ini kerana mungkin kipas tersebut masih baru dan masih dalam keadaan baik.Ada kipas yang tahan lama sehingga lebih 20 tahun tetapi ada juga kipas yang baru setahun digunakan sudah mula bermasalah.Jika masih dalam 'warranty' mungkin kita bernasib baik tetapi jika tarikhnya telah 'luput' maka pilihlah samada ingin mencuba atau tukar saja yang baru."Hak anda..anda tentukan".
Terima kasih berkongsi info menarik ini.
BalasPadamBaru nie kipas ceiling rumah kawan nyer buat selor gitulah ..bender kawan x tahu hal tukor ajelah :)
kena rajin bersihkan kipas daripada habuk2.. kalau dah tebal sangat, nanti lekat pulak habuk tu pada bilah.. dah tak cantik kipas tu.. tq 4 da info
BalasPadamBaru arini koi tahu. Takpe, ade 3 biji kipas kat rumoh tu yang tersadai. Nanti koi try tuko dia punya condensor...
BalasPadamlepas nie kene tukar la condenser lam kipas tue..
BalasPadambawu arinie taw bnd nie..ngeee
Salam sifu...
BalasPadamkoi ni antara golongan yg salu kena tipu dek tokey kdai letrik..huhuhu..x reti lalu mende2 gitu..
asal rosak jer anto kedai..
tq la...3 bilik kipas slow...kene g tkr condensor ni...baru budget2 gaji nak tukar kipas 2 bilik ni...mujur dpt info disini...
BalasPadam2 buah kipas ceiling brand PANASONIc..bru 1 tahun lebih pakai tp da slow (kipas berpusing tp x de angin)...baru tahu info ini...baru bercadang nak beli yg baru...sib baik jumpa ngan blog ni...klu tak melayang wit aku beratus-ratus...tq v m...
BalasPadammacam mana nk lajukan kipas siling yg lembab jadi laju macam kapal terbang.........???????????
BalasPadamMuhammad Syafiq..pasang kipas kapal terbang blh la kut laju mcm tu hehe
Padamassalamualaikum..tengah cari info pasal kipas perlahan, jumpa blog ni..terima kasih untuk info..cuma nak tanya..aku tak reti sangat pasal elektrik-elektrik ni jadi soalannya:
BalasPadam1. condenser tu cuma cabut dan pasang saja ke macm plug dengan soket..ke kena panggil wireman buat?
sori soalan 'murahan'
terima kasih
shariful hafizi..
BalasPadamboleh buat sendiri cuma pastikan arus elektrik di padamkan terlebih dahulu (off kan MCB)..MCB yg dekat kotak main supply tu (biasa kalau kilat MCB tu akan trip)
- condenser hanya ada 2 wire (blh sambung mana2 wire ke tempat wire yg lama setelah condenser lama dikeluarkan)..x perlu panggil wireman blh buat sendiri cuma kalau takut tandakan wire tersebut sebelum dicabut dan kemudian gantikan dgn wire condenser baru.
tq untuk respons tuan..
PadamSama-sama..kalau berjaya boleh maklumkan semula di sini untuk dikongsi bersama pembaca yang lain
PadamKlu kondensor kipas meja susah tk nk tkr
BalasPadamKipas meja lagi senang prosesnya
Padammohon bantuan..kipas panjang(stand fan) saya mula2 jadi perlahan,,n satu hari bila saya on kan suis kipas..terus blackout(tendang) saya off suis kipas n on kan semula tapi kipas tak berfungsi,,Adakah ini di sebabkan oleh capasitor? saya cek fius kat plug kipas xde kesan terbakar..cuma ada bau hangit pada belakang kipas(dkt motor kipas)mohon penjelasan,,
BalasPadamTanpa Nama..
PadamBiasanya masalah mcm ni bkn disebabkan oleh capacitor atau condensor tapi disebabkan oleh motor kipas tersebut..kalau motor rosak mmg tak berbaloi repair lebih baik beli yg baru
tuan , kipas jenis remote dirumah sya tiada kapasitor just bord control speed ja mcmner yer nak gi laju??
BalasPadamTanpa Nama,
PadamMaaf..saya sendiri blm tengok sistem dlm kipas tu sbb saya cuma gunakan kipas manual jenis lama (konvensional x ada remote)..sila rujuk pada yg pakar ye..
As salam...tengah musykil ni.kipas meja saya tak berfungsi.capasitor saya dh tukar.tp tak ok jgk.check punya check ada wayer hitam takada aliran elektrik.wayer lain ok ja.macamana saya nak perbaikinya.jenis kipas saya panasonic
BalasPadamnajdiah yusak..w'salam
Padambiasanya kalau kipas meja bila kita dah tukar condensor masih x berfungsi mungkin motornya dah terbakar.Kalau nak tukar motor harganya memang mahal dan agak rumit kalau nak buat sendiri.Nasihat saya beli saja yang baru atau hantar ke kedai untuk confirmkan apa masalah sebenar
Aslkm..ty admin kerana sudi share ilmu..
BalasPadamMasaalah saya ialah...
Remote control hilang.kipas slow maybe ditetapkan kelajuan step 1..paling slow..
Jenis kipas panasonic..tapi x tau model yang mana 1..so bagaimana jalan penyelesaian..klu boleh nak tetapkan terus pada high speed terus..ty admin..
agh59
Padammaaf sbb saya kurang mahir dgn kipas yg guna remote control dan x pernah tgk dalamannya..rasanya x susah nak set tu cuba explore lagi
assalam.ada x kedai yg jual pcb board untuk kipas siling jenama panasonic bayu.saya dah tkar kodenser tapi masih slow juga.apabila saya tukar guna pcb board dari kipas brand yg sama,kipas yg rosak tu boleh pusing laju.
BalasPadamjika tukar kodenser baru, pastikan nilai uf dia sama...biasanya 2uf untuk panasonic. Tapi kalau ori...1.8uf...masih boleh guna yg 2uf...untuk pcb board pula... kena tengok model.... ada kondensernya jenis kaki(dipetrikan) ke pcb, dan ada jenis yg wire..mmg agak cerewet nak test kondensernya ... kena buka dan test guna multitester. Sebab tu tokey kedai malas nak repaire dan dia suggest beli baru.... jika tahu capasitor/codenser mana yg boleh repaire, murah jer harganya rm4-5
PadamPcb blh beli trus dr kilang panasonic kt sek 16 shah alam x silap sy.sb sy pernah beli pcb kt situ..dlm harga rm60
BalasPadamNak tanya..kalu kipas dinding tak berpusing kenapa yer? Org letrik kata bearing rosak, kena cas rm30..betoi kah?
BalasPadammohon bantuan tuan...kipas siling remote x berpusing selepas kilat yg kuat...bila tekan remote kontrol ada bunyi tapi kipas tetap x berpusing..tmkasih
BalasPadamBagaimana cara untuk menukar kipas yang asalnya guna remote control kepada guna regulator?
BalasPadamSalam...kesian lak bila baca komen di atas....ok gni...sy ajarkan mcmana nak baiki kipas angin klu anda dah Tukar kapasitor aka kondenser kat kipas tapi kipas tetap Tak berputar gak...Sbnrnya winding motor terlalu susah nak rosak atau terbakar kecuali anda potong windingnya walaupun seurat....begini....utk kipas kdk atau Panasonic...jenama ni di built in dgn satu fius yg di namakan termal fius...yg akan cut off bila temperature motor kipas ni panas...utk kedua2 jenama ni dan jenama lain memang fius ni disembunyikan dalam casing winding supaya sukar di ganti...(strategi pemasaran kot)...bukak casing Blakang kipas stand atau kipas meja atau kipas dinding tu....dgn bermodalkan seurat core wayer yg halus spt rambut tu....bypasskan kat fius tu InsyaAllah kipas anda akan berfungsi semula...utk kipas jenama yg lelain aka from china brand...pun sama...n sy kutip kipas yg telah di buang di tong sampah atau tempat pelupusan....alhamdulillah hampir 80% dpt di baiki.semula.....#JGNBUANGKIPASANGINYGTAKBERFUNGSI...tq
BalasPadamAsslmkm semua..sekadar berkongsi pendapat..utk soalan yg kene kilat tu, kemungkinan starting capacitor..sbb lps tekan remote ade bunyi tit..utk info lanjut berkenan kipas siling atau meja bleh wassap or call 0194171762
BalasPadamSalam semua..
BalasPadamuntuk penduduk di sekitar Kuantan,saya ada menyediakan servis kipas dari rumah.xperlu hantar ke kedai...cas upah serendah RM30
0199088460 Call/Whatsapp