18 Januari 2012

MURAH TAPI TAHAN LAMA

Biasanya bila nak beli barang faktor utama yang sering kita fikirkan adalah jenama barangan tersebut.Tapi biasalah kalau barangan yang berjenama harganya juga tentu mahal kan?.Seperti peribahasa "alah membeli menang memakai", selalunya macam tulah kalau barang tu mahal dan berjenama memang kita puas hati sebab kita anggap ianya berkualiti dan tahan lama.

Zaman sekarang ni kalau beli barangan yang berjenama pun belum tentu kita dapat yang origional dan tahan lama.Tengok pada rupabentuk dan kualitinya memang sebiji macam origional tapi bila dah beli, guna tak lama mana dah rosak.Kalau beli yang origional sekalipun habis je tempoh warranty selama 1 tahun dah rosak sana sini seolah-olah barang tu memang dibuat untuk dipakai selama setahun je kan..

Kadang tu dengan tak di sangka barang yang kita beli dengan harga murah pun boleh tahan lama.Macam jam dinding yang aku beli ni cuma berharga rm 10 (sepuluh) sahaja dan aku jangkakan kalau tahan pun paling lama mungkin setahun je.Aku sendiri pun dah tak ingat kat mana aku beli jam ni samada di pasar malam atau di Chow Kit masa mula² kahwin dulu.Biasalah waktu susah masa mula² kahwin dulu guna jelah tak kisahlah berapapun harganya.

Oleh kerana dah selalu berpindah randah sampai talinya pun dah putus (bentuk asalnya macam jam tangan) tapi aku tetap sayang nak buang sebab ia masih berfungsi dengan baik.Dari mula² kahwin jam ini setia berada di bilik aku sampailah ke hari ini ia masih tetap setia tergantung di bilik aku.Ini bermakna masuk tahun ini usia jam ini yang cuma berharga rm 10 dan tidak berjenama ini sudahpun berusia 18 tahun!..siapa sangka kan?Agaknya kalau jam ni boleh rakam tentu dia boleh jadi saksi utama semua apa yang aku buat dalam bilik sepanjang tempoh perkahwinan aku sampailah ke hari ini hehe..ssyyyyyy.

Teringat aku pada jam tangan yang aku beli di Singapura jenama Casio, warranti yang diberi adalah selama 2 tahun tetapi ngam-ngam masuk je 2 tahun terus rosak!!!..repair sana rosak sini, repair sini rosak sana..last² sedekah jelah kat tong sampah.

ozzy - semakin banyak yang tiruan...manusia pun dah macam tiruan..pakai kejap je dah macam-macam masalah timbul.

5 ulasan:

  1. Salam, le nie barang murah pasti tak tahan lama
    kalau barang dulu2 mmg boleh tahan lama yak :)

    BalasPadam
  2. kenapa yer brg2 lama2 dahulu boleh tahan lama...la ni dgn harga yg mahal tapi mutu so so jer...

    BalasPadam
  3. salam Ozzy..
    mentaliti manusia..yang murah mesti tak
    bagus..yang mahal baru tahan lama..

    realiti ada yang benar dan ada yang
    tidak dengan pemikiran mereka..yang
    utama adalah kita sendiri..beli untuk
    keperluan bukan kemahuan :)

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Bagus kan barang lama ni, tak macam barang sekarang, beli mahal2, rosak juga.

    p/s:
    Jam tangan saya dah rosak lama dah tapi masih sayang nak buang sebab belum berganti baru..huhu..

    BalasPadam
  5. Susahla nk cr brg yg berkualiti,ada satu brand bju,nama je brand,bsuh skali kolar dh kembang,warna dah lusuh,brand pe benda..tp x salah kalo nak beli brand,sbb qualitinya berbeza dr biasa,sbg cth jeans levis,lambat reput,ada 1seluar tu dah tjuh thun,still bgus dan nampak baru..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...