21 Jun 2012

CADANGAN AKU BAGI MENGELAKKAN TRAGEDI ROMPAKAN DI PLAZA TOL BERULANG

Sudah kerapkali kita dengar berita tentang rompakan melibatkan jurutol yang ada antaranya turut melibatkan kecederaan parah.
Biasanya sasaran perompak adalah pada jurutol yang ingin memindahkan hasil wang kutipan samada ke pejabat atau kaunter pungutan hasil ataupun mungkin ingin terus di bawa ke bank yang berdekatan.Situasi ini pasti mengundang padah jurutol sekiranya tiada kawalan pihak keselamatan untuk mengiringi atau mengawal mereka ketika proses pemindahan ini dilakukan.Lebih memudahkan lagi misi rompakan ini sekiranya jurutol tersebut menunggang motorsikal di kawasan yang terbuka.

Aku pasti pihak pengendali tol tentu ada memikirkan untuk menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan jurutol tetapi ia sudah tentunya akan melibatkan penambahan kos pada pihak mereka sekaligus akan mengurangkan keuntungan di pihak mereka.Namun, bagi pihak jurutol pula mereka tiada pilihan dan terpaksa melaksanakan tugas tersebut mengikut arahan meskipun sedar yang mereka berhadapan dengan risiko yang tinggi ketika proses memindahkan wang tersebut.  


Sebelum masalah menjadi lebih serius dan melibatkan lebih banyak kes yang mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa aku ada beberapa cadangan antaranya :i) - Menggunakan 'Vacuum system' atau sistem penyedut untuk menyedut hasil wang kutipan terus ke kaunter  pungutan yang terletak di plaza tol tersebut.
Meskipun ia melibatkan kos yang agak tinggi untuk membeli 'Vacuum pump' tersebut termasuk 'hose' yang saiznya mungkin agak besar tetapi cara ini lebih selamat cuma mungkin ada sedikit masalah untuk menyedut duit syiling yang agak berat berbanding wang kertas yang mudah untuk disedut kecuali jika sistem penyedut tersebut mempunyai keupayaan atau spesifikasi yang tinggi.





ii) - Cadangan ke dua adalah dengan menggunakan sistem 'conveyor' dan kaedah ini dirasakan lebih praktikal serta menjimatkan kos.Mungkin ada yang tak kenal conveyor? paling mudah kalau nak lihat adalah ketika kita berada dikaunter juruwang pasaraya besar.Biasanya pasaraya ini menyediakan sistem tersebut untuk memudahkan pengguna dan cashier ketika proses pembayaran dilakukan.
Sistem ini pastinya lebih mudah kerana wang kutipan yang dikumpulkan dimasukkan kedalam satu bekas atau plastik dan dilekatkan untuk disalurkan terus ke kaunter pungutan termasuk duit syiling.

Sudah tiba masanya pihak yang terlibat patut memandang serius masalah ini samada di pihak kerajaan mahupun di pihak konsesi lebuhraya yang dilantik sebelum ia menjadi lebih parah dan sebelum ia mencatatkan kes yang lebih tinggi.

Pada pihak yang terlibat sekiranya berminat dengan cadangan aku ini boleh menghubungi aku melalui email ozzy2u@gmail.com untuk perbincangan lanjut dan proses seterusnya termasuk draf cadangan,konseptual serta kos pembikinan.

ozzy - suka cari idea...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...