Semakin lama aku terasa semakin jauh blog ini aku tinggalkan.Mungkin kerana ia bukanlah satu keutamaan atau sumber pendapatan utama atau mungkin juga ianya bermusim, ada kala rancak adakala senyap.Namun yang pastinya aku rasakan punca utama adalah kerana waktu yang terbatas kerana komitmen lain.
Sesekali bila ada waktu terluang aku tetap singgah sambil menatap semula penulisan yang pernah aku karangkan di sini dan membaca komen-komen terbaru meskipun komen tersebut pada entri-entri lama.Ini adalah satu petanda positif bahawa penulisan atau informasi yang pernah kita terbitkan akan terus dibaca dan mungkin sebagai satu perkongsian pendapat atau mungkin juga sesuai untuk dijadikan sebagai satu panduan serta dorongan.Justeru itu seperti yang pernah aku katakan DI SINI pada blogger terutamanya blogger baru, jangan sedih atau kecewa jika sekiranya anda tidak mempunyai follower yang ramai atau entri anda kurang mendapat komen dari rakan blogger kerana jika entri anda berkualiti atau penulisan anda diminati ia akan terus mendapat perhatian untuk jangkamasa panjang dan yang penting kita buat apa yang kita minat.
Bila aku review semula pada kata kunci enjin carian rasa terharu juga kerana 'BICARA OZZY' sebenarnya tersenarai antara kata kunci yang memperolehi carian yang tinggi walaupun taklah sampai beribu-ribu tapi sekurang-kurangnya ada tersenarai.Ini bermakna bicara ozzy berjaya menarik minat pembaca menerusi gaya penulisan dan hampir kesemuanya adalah melalui idea mahupun pengalaman aku sendiri.Pada mereka semua aku ingin ucapkan terima kasih walaupun kita mungkin tidak pernah bersua.
ozzy - untuk menulis dan mencari idea perlukan masa yang sesuai...

Sama lah kita...N3 saya pun semakin hari semakin tiada...bagai hilang rasa utk menulis...ada pun sekadar menulis yg pendek2 dan ringkas...
BalasPadamAssalam..
BalasPadamYa la, lama betul menyepi.
Nasib baik saya masih menyimpan url di bloglist,
dapat juga terjah bila di up date..
Salam Bro..
BalasPadamermm..kalau nak tulis peribadi
memang jadi beku otak..macam tak
de kisah dah nak kongsi..macam aku
dulu memang nak peribadikan blog
tapi bila ada hasil masuk, aku
kena tukar penulisan ke "apa yang
orang cari di internet"...tak kira
lah walau kena copy paste ke apa
setidaknya aku cuba tulis perkara
yang tidak lari dari etika penulis
blog..cuba menghindari fitnah tanpa
fakta dan cerita sex :)
huhu. patutla dah lama xhupdate broo..
BalasPadamJangan hilang terus dah lah he3..
BalasPadamSalam, mmg masa merubah segalanya ..kawan pun le nie agak sibuk juga dgn urusan yang lainnya... (sibuk dgn tugasan seharian) nak buat goner :( cuma jangan di abaikan terus blog sudoh.. letok aje mana yang patut copy paste pun ok :)
BalasPadam