27 Jun 2012

ANTARA AZMIN ALI,AZWAN ALI DAN UMMI HAFILDA

Wajah yang menghiasi paparan blog aku kali ini merupakan tiga personaliti yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Mereka adalah tiga adik beradik kandung yang mencipta populariti menerusi medium dan platform yang berbeza.Jika disebut berbeza memang terlalu banyak perbezaan antara mereka dari segala segi baik dari segi kerjaya,karektor,penampilan mahupun pandangan.

Walaupun tidak sehaluan tetapi setiap dari mereka berjaya mencipta populariti melalui bidang masing-masing dan berjaya menarik serta membentuk peminat setia mereka.Biarpun berbeza dalam banyak aspek tetapi hanya satu perkara yang sama pada mereka adalah populariti.Tidak perlu diberi ulasan panjang lebar tentang populariti mereka kerana umum mengetahui siapa mereka dan bagaimana mereka menjadi popular.Meskipun ramai yang meminati namun sebaliknya tidak kurang juga yang membenci dan mengeji.

Satu perkara yang amat dikesali oleh ramai pihak adalah dari segi hubungan mereka sebagai adik beradik.Biasa kita dengar 'air yang dicincang tidak akan putus' tetapi kemelut yang melanda antara mereka seolah-olah tiada kesudahan sehingga turut melibatkan emosi ibu mereka sendiri.Hakikatnya ibu mana yang ingin melihat anak-anaknya bergaduh dan bersengketa setiap masa tanpa ada kesudahannya apatah lagi kisah mereka seringkali menghiasi hampir kesemua sumber berita yang ada samada di akhbar atau majalah,alam cyber mahupun di radio dan televisyen.

Namun ramai pihak melihat kemelut ini tidak akan ada kesudahannya selagi mereka berterusan meminggirkan hubungan antara keluarga demi mempertahankan ego dan pendirian mereka.Ramai pemerhati pula berpendapat dan mula menilai tentang asal usul mereka.Pada mereka inilah yang kerap berlaku pada keluarga yang berasal dari Utara seperti di Pulau Pinang dan ia bukanlah sesuatu yang asing pada pandangan mereka kerana dikalangan institusi keluarga di sana perkara sebegini sering berlaku dan ada antaranya turut melibatkan persengketaan dan permusuhan yang berpanjangan antara ibu atau ayah dengan anaknya.Seringkali berlaku pertelagahan antara adik beradik dan amat sukar untuk mendapatkan kata sepakat antara mereka dan pengalaman aku sendiri pernah dicatatkan DI SINI dan bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya pergolakan antara Aidil Zafuan (dari N9) dan Rita Rudaini (Pulau Pinang) akibat campurtangan keluarga yang sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang.

Ramai yang melihat perkara ini sering terjadi di negeri utara tanah air berbanding dengan negeri lain yang amat mengutamakan hubungan adik beradik terutamanya orang melayu samada dia seorang ahli politik,artis mahupun dikalangan orang biasa dan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik pada mereka yang masak dengan sikap orang utara ini dan ramai juga yang bertanya kenapa ekkk??.

ozzy - dah faham sangat...

2 ulasan:

  1. Hubungan kekeluargaan sgt subjektif....3 beradik ini seringkali kelihatan bertentangan pendapat....mereka seolah-olah melebihkan ke egoan mereka dari sebuah perhubungan....masing2 tidak mahu beralah...sering juga melemparkan tuduhan sesama sendiri dan yg terkini melibatkan pula ibu mereka sehinggakan seluruh rakyat Malaysia tahu....Kesimpulannya hanya satu....Mereka cuma mengaibkan diri sendiri....

    BalasPadam
  2. ozzy, boleh tak hany br tahu yg azmin tu adik bradik si azwan ni ahaha, kiranya baru tahu jugak la. kelakau nampak sgt tak follow kan. hurmm yg pasti mcm eye-nee ckp, jgn memalukan masing2 sbb seolah2 buka aib sendiri.mesti mak dorg risau kan adik bradik asyik gaduh je. org tua ni dia tak tunjuk, tapi mana tahu dlm hati kan, asyik duk fikir jer...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...