Hitam dan putih merupakan dua warna utama dalam kehidupan kita.Sepertimana yang kita tahu dari segi saintifik warna hitam lebih menyerap cahaya manakala warna putih akan memantulkan cahaya.Mungkin ada banyak warna lain yang menjadi pilihan atau sebagai warna kesukaan kita namun putih dan hitam merupakan warna asas yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.
Hitam dan putih seringkali dibezakan oleh perasaan dan firasat kita bahawa jika putih ia bermakna cantik dan bersih dan jika hitam atau gelap ia bermakna kotor dan jijik.Namun kita sering terpedaya dengan anggapan tersebut kerana putih sebenarnya bukan bermakna bersih tetapi kita sukar merubah anggapan tersebut kerana ia merupakan satu perasaan semulajadi dari segi saikologi kita sebagai manusia.
Jika anda pernah menonton rancangan 'fear factor' ia merupakan satu contoh di mana perasaan atau saikologi kita digunakan untuk memakan makanan yang selama ini kita anggap geli untuk dimakan tetapi sebenarnya ia hanyalah perasaan kita terhadap makanan tersebut yang dilihat meloyakan.Ia merupakan satu perasaan semulajadi kita yang mempunyai perasaan geli atau loya.
Dari segi warna putih dan hitam turut menjadi faktor timbulnya perasaan tersebut dalam kehidupan seharian kita.Sebagai contoh dan perbandingan jika kita lihat seseorang tukang masak yang berkulit putih dan gelap memasak pastinya kita lebih berselera dengan tukang masak yang berkulit putih berbanding dengan yang berkulit hitam sedangkan cara dan kaedah mereka memasak adalah sama.Apabila kita melihat tukang masak yang berkulit hitam menggaul atau menguli tepung serta merta perasaan geli dan loya kita mula muncul berbanding jika kita melihat tukang masak berkulit putih melakukan perkara yang sama.Hakikatnya kedua-duanya adalah sama cuma warna kulit yang menyaluti daging mereka sahaja yang berbeza tetapi banyak mempengaruhi minda dan perasaan kita.Ini merupakan satu kelebihan atau advantage pada yang berkulit putih meskipun mereka sebenarnya lebih pengotor dari yang berkulit hitam.
Kerana itulah sering kita lihat banyak produk atau bahan kosmetik berada di pasaran bertujuan untuk mencerah dan memutihkan kulit kerana ia sememangnya menjadi pilihan dan impian ramai untuk kelihatan putih,belum ada produk untuk menghitamkan kan?.Pada mereka faktor ini dapat meningkatkan keyakinan mereka dari segi gaya dan penampilan dan sememangnya ia merupakan satu fakta yang tidak dapat kita nafikan terutama bagi penduduk di negara asia yang rata-ratanya berkulit kurang putih atas faktor cuaca kecuali bangsa cina,korea atau jepun yang semulajadi berkulit putih.
Dalam memilih pasangan hidup dua faktor ini juga sering menjadi pilihan dan kerap diperkatakan meskipun faktor lain turut mempengaruhi seperti sikap,keturunan,harta kekayaan,pegangan agama dan berbagai lagi termasuk 'selera' dan keserasian.Meskipun ramai yang berkata paras rupa bukan pilihan utama tetapi yang sering kita dengar ramai yng berkata "cantik bakal menantu atau calon isteri dia, kulit putih"...dan ituah sebenarnya pilihan utama atas faktor saikologi kita terutamanya kita orang melayu.
ozzy - tak hitam tak putih..

Assalam..
BalasPadamBetul tu.
Lazimnya putih yang akan menjadi pilihan.