20 November 2010

ANU DALAM BOTOL

Ada sesiapa yang teringin untuk masukkan ANU DALAM BOTOL?. Jika ada yang teringin dan berminat untuk mencuba aku ada tips untuk dikongsi bersama.

Botol biasanya digambarkan sebagai satu objek yang dibuat daripada kaca dan bersifat keras serta mempunyai satu lubang yang sempit di bahagian atas.Secara logiknya pastinya sukar untuk memasukkan objek yang besar dan keras kedalamnya kecuali objek tersebut bersifat cecair atau lembut.

Sebelum anda melakukannya ingin aku ingatkan di sini bahawa sebarang risiko adalah di bawah tangggungjawab anda sendiri.Sebarang ANU yang ingin di masukkan atau ingin dijadikan bahan ujikaji pastikan bahan tersebut bukan sejenis bahan yang boleh meletup atau mengakibatkan kebakaran serta tidak membawa apa-apa penyakit yang boleh memudaratkan diri anda atau orang lain.Untuk kesan yang lebih efektif anda dilarang sama sekali memaksa ANU tersebut masuk ke dalam botol kerana mungkin akan memudaratkan ANU milik anda.

Anda boleh memilih sebrang jenis ANU yang anda gemari tetapi tips yang aku ingin kongsikan hanyalah bagaimana untuk masukkan ANU DALAM BOTOL.Apabila ANU telah berada di dalam botol terpulanglah kepada kreativiti anda bagaimana untuk keluarkan ANU tersebut dari dalam botol.Sekiranya anda merasakan ANU tersebut selesa dan sesuai berada dalam botol maka biarkan saja ia di situ.

Anda diingatkan agar tidak mencuba sekiranya anda sayangkan ANU anda.Tentu ada yang tidak sabar untuk melihat bagaimana untuk masukkan ANU DALAM BOTOL ...sabar..jangan gelojoh ... nah .. sila saksikan :

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


V


V

                                

ANU DALAM BOTOL ini boleh dijadikan hiasan dengan menggunakan bahan lain yang lebih menarik samada digantung atau diletakkan di atas meja.Ada yang berminat untuk mencuba?? Silakan...

13 ulasan:

  1. salam Jumaat,so kreatif dalam mebuat entry.

    BalasPadam
  2. w'salam ummu..

    thanks..hidup ini kdg kala kena kreatif.

    BalasPadam
  3. salam..
    rasanya dulu macam ada
    filem tajuk "ANU DALAM BOTOL"
    kisah lelaki nak jadi pompuan?

    BalasPadam
  4. Kena bakor dulu yak baru masuk ker anunya hehehe :) * amaran sila rujuk pada pakar dulu sebelum membuat kerje ini.

    BalasPadam
  5. salam...

    ingatkan apa tadi anyway nice entry en.ozzy

    BalasPadam
  6. w'salam zul...bukan dulu tapi tengah ditayangkan dipawagam skrg ni..masih panas

    relevan...bukan di bawah tapi di dalam

    Abg Yassin (AAP) ... Kena bakor bagi dia kecut dulu.

    w'salam Amy.. apa-apa je pun boleh..

    BalasPadam
  7. Anu siapa yang warna putih tu...

    BalasPadam
  8. iezat...

    Tak tahulah sapa punya Anu tu..

    BalasPadam
  9. hehehe..lawak pulak bila baca..ingatkan nk komen pasal filem raja azmi anu dlm botol..tp lain pula..

    BalasPadam
  10. Salam Ozzy,
    Ganti nama yang baik tu "Anu". Si Anu - dah jadi orang, anu je dah jadi benda lain. Nasib baik bila nama Anuar orang x panggil Anu, tapi singkatannya nuar.. Selamat hari raya korban Ozzy..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...