" Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas...
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atasssss..."
Begitulah antara lirik lagu masa kecik-kecik dulu ketika bermain dengan kawan-kawan.Bila orang bawah sakit kena cubit maka dia akan naik keatas untuk cubit pulak orang di bawah.Maknanya semua orang akan merasa sakit dicubit dan semua orang juga akan merasa seronok mencubit.
Zaman sekarang lagu tersebut tidak lagi bermain dibibir kanak-kanak.Ia hanya menjadi nostalgia dan kenangan pada mereka yang pernah menyanyikannya bersama rakan-rakan sewaktu kecil dahulu. Mungkin lagu tersebut hanya sesuai dinyanyikan pada waktu itu kerana masing-masing merasai bagaimana sakitnya apabila dicubit dan merasai keseronokan apabila tiba giliran untuk mencubit pula rakan lain.
Apabila kita meneroka kealam semut dan kaitkan dengan lagu ini sebenarnya ia mengaitkan kehidupan semut yang mempunyai semangat gotong royong dan bekerjasama antara satu sama lain.Mereka akan sama-sama membantu mengangkat satu beban yang berat meskipun bebanan tersebut jauh lebih besar dari saiz badan mereka.Mereka berganti-ganti mengangkat beban diantara satu sama lain sehinggalah beban atau makanan tersebut berjaya di bawa ke sarang mereka untuk dimakan bersama-sama.
Jika dahulu apabila ada jiran-jiran atau saudara mara yang meninggal dunia kita sama-sama membantu bergilir-gilir mengangkat jenazah hingga sampai ke kubur tak ubah seperti gambaran semut yang saling bantu membantu ketika membawa makanan.Apabila melihat rakan penat kita segera ambil alih tempatnya begitu juga apabila kita penat rakan lain pula akan ambil alih.Masing-masing bekerjasama dan masing-masing juga akan merasai penat dan lenguh.Dalam perjalanan masing-masing sempat menyedekahkan seberapa banyak doa beserta bacaan ayat-ayat al-quran yang dihafal untuk arwah.Ketika ini berbagai kenangan sewaktu bersama arwah terbayang difikiran samada yang pahit ataupun manis lebih-lebih lagi jika arwah adalah teman sepermainan sejak kecil.
Hari ini segalanya lebih mudah jenazah tidak lagi diusung beramai-ramai sebaliknya terus dibawa menggunakan van atau lori kecil.Meskipun ianya juga lengkap hingga selesai jenazah dikebumikan tetapi suasana tidak lagi sama seperti kita beramai-ramai mengusung jenazah hingga tiba ke tempat pengkebumian. Meskipun penat tetapi timbul seakan satu kepuasan apabila kita sendiri berbakti pada rakan untuk kali terakhir.Jika jenazah tersebut adalah ibu atau ayah kita sendiri pastinya timbul perasaan lebih puas kerana itulah kali terakhir untuk kita sebagai anak berbakti kepadanya.
Zaman ini 'sapa sakit mungkin tak berpeluang naik atas' seperti lagu tersebut.Siapa sakit akan terus dicubit agar bertambah sakit.Kalau ada pun mungkin hanya kata-kata simpati sekadar melihat sambil berkata 'kesian dia sakit'.Zaman telah berubah dan lagu juga turut berubah...
" Enjit enjit semut sapa sakit biar sakit ...
Enjit-enjit semut sapa sakit biarlah dia sakittttt..."
Salam itu realitinya kehiduapan dihari ini. Semuanya sudah berubah... rumah mu, rumah mu jua rumah ku rumah ku jua mmg sedih :( semangat gotong royong dah hilang... kadang nak gotong royong goner umah dia pulak yang kita gi cuci tuan rumah duk didalam rehat2 (masa kerje gotong royong kat taman kawan sikit masa dulu) huhuhu...
BalasPadamHmmm bukan ke enjit-enjit semut tu saling menyakiti antara satu sama lain....kamu cubit lah orang-orang di bawah kamu...
BalasPadamW'salam Yassin (AAP)..
BalasPadamItulah yang banyak kita saksikan hari ini...
kalau tuan rumah rehat kita pulak buat kerja utk dia x patut la gitu...
cempaka - cuba lihat dari sudut positif..enjit-enjit semut tak sama macam pijak-pijak semut.
Salam...
BalasPadampaling teruk kalau sakit terus ilang kawan n sedara mara..zaman skang ni sakit jer msti byk nk guna duit,bil spital,kos ubat bkn makin murah..bila dah x berduit xde la org nak dekat..sakit pulok tu..
w'salam Yun..
BalasPadambetul sgt kata2 aok tu..