Bagi mereka yang baru belajar atau belum pernah memasak sup mungkin tertanya-tanya kenapa daging yang mereka masak tidak lembut sepertimana yang mereka makan di kedai.Kalau memasak sup ayam tidaklah sukar hanya sediakan saja bahan dan rempahnya sahaja kerana daging ayam tersebut lembut.
Tidak kurang juga ramai yang gagal apabila memasak sup daging atau sup tulang.Ini menyebabkan ramai tukang masak 'junior' mengelak apabila diminta memasak sup daging.Perencah dan bahannya semua dah cukup tetapi walau dimasak dengan lama daging masih liat atau tidak empuk.Bila kunyah rasa macam makan 'chewing gum' yang bagus untuk senaman muka.Akhirnya cuma dapat hirup kuah isinya buat santapan tong sampah.
Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging antaranya adalah dengan memasukkan sudu atau garpu atau bahan lain yang berasaskan besi yang bersih kedalam periuk semasa sup ini dimasak.Kalau sudu dimasukkan kedalam sup maka jadilah sup sudu.Kalau paku dimasukkan kedalam sup akan jadilah sup paku asalkan sudu dengan paku tu jangan dimakan kerana kedua-duanya tidak akan lembut...
ozzy - aku cuma tengok apa yang isteri aku buat..
Salam Pozi kat sini aku nak turun satu petua nak kasi lembut ayam, daging dll. Jgn letak sudu letak pecahan drp tempurung kelapa insyaalah lembut punya. TQ N3 menarik hari ini.
BalasPadamEntri Terbaru "Aku Menulis Ikut Cara Aku"
w'salam abg Yassin (AAP) - Tak pernah cuba petua tu lagipun bukan aku yg masak cuma tgk je..thanks dgn petua tu.
BalasPadamsalam..
BalasPadamkoi suka sup kedai mamak je Jie..
moh kita...he he
w'salam zul..
BalasPadamSup kedai mamak koi kureng sikit zul..kalau nak lepak makan2 ok je..
dulu masa nak rebuskan tulang bagi dagingnya lembut angah guna karbonant tapi sekarang ada org kata tak elok sebab sup nanti rasa lain...
BalasPadamdia bagi tahu tukar kan ke garfu terus angah ikuttt yumm yumm yummm
Salam...
BalasPadamBetul la petua tu.....
hehe...
jom ke teratak usang
ada juga yang masukkan garfu...jadi namanya sup garfu la kut bro...hehehehe...
BalasPadamSalam...
BalasPadamMy mum salu letak sudu tembikar..
Lg cepat lembut daging ter..
Letak daun nangka pun boleh..
ha..betoila petua tu..dh lama saya amalkan..hehehe..tp budak2 skrg bnyk yg xtau...bila kita suruh letak dalm sup, dorg kata pelik..pdhal tu la petuanya nk bagi dging cepat lembut..hehehe
BalasPadampetua orang2 lama..
BalasPadamselalu letak sudu jer, tak berani letak paku.. bahaya wooo kalau terlupa ada paku dlm sup
Hmmmm petua ni ramai yang bagi tau...tapi tak pernah juga..sebab terfikir..periuk saya tu besi...fungsi dia sama jer kalau letak sudu kat dalam..besi gak...apa beza.
BalasPadam