12 November 2010

STOKIN DALAM MESIN BASUH

Biasanya kalau stokin kita kotor atau telah dipakai berhari-hari kita hanya campak ke dalam mesin basuh untuk dicuci.Zaman sekarang ni jarang sangat yang memberus untuk mencuci pakaian termasuk stokin.

Terdapat dua jenis mesin basuh yang biasa digunakan iaitu manual ataupun auto.Kedua-dua mesin basuh ini turut dilengkapi dengan penapis di dalamnya untuk menapis habuk atau kotoran yang tidak dapat dilarutkan.

Apabila mesin basuh ini telah lama digunakan apa yang sering berlaku adalah penapis di dalam mesin basuh ini akan reput dan koyak.Ramai diantara kita beranggapan penapis ini tidak penting pada awalnya tetapi setelah terlihat habuk atau kotoran yang melekat selepas baju dikeringkan barulah mereka sedar kegunaan dan fungsinya.

Pertanyaan pertama adalah mana nak dapatkan 'spare part' bagi menggantikan penapis ini?.Bagi yang tinggal di bandar mungkin boleh mencari melalui pembekalnya tetapi kadangkala ia bergantung juga pada jenama mesin basuh tersebut.Sesetengahnya tidak menjual atau menyediakan 'spare part' tersebut dan jika adapun mungkin harganya agak mahal.Bagi yang tinggal di luar bandar rasanya lagi susah nak dapatkannya kerana mungkin lokasi kedai terletak agak jauh.

Akibat kesusahan untuk mendapatkan alat gantinya maka cara paling mudah beli saja mesin basuh yang baru atau gunakan saja tanpa adanya penapis ini.Bermakna kita akan lakukan dua kali kerja iaitu membasuh dan selepas membasuh kita terpaksa bersihkan pula habuk yang melekat selepas baju itu kering.

Nanti dulu... kenapa nak beli yang baru kalau yang lama masih boleh digunakan dan kenapa nak buat dua kali kerja kerana ada cara untuk mengatasinya.Cara mudah untuk menggantikan penapis tersebut adalah dengan menggunakan stokin yang nipis.Keluarkan penapis lama yang telah reput atau terkoyak dan gunakan stokin nipis sebagai penapis.Biasanya penapis ini hanya di klip pada pemegangnya.Tanggalkan penapis lama dan gantikan 'penapis stokin' baru.Setelah berjumpa dengan 'spare part' penapis yang sebenar dengan harga yang berpatutan maka bolehlah ia dibeli dan diganti tetapi sekiranya harganya mahal elok biarkan saja " STOKIN DALAM MESIN BASUH " ...selamat mencuba.


14 ulasan:

  1. Salam...

    petua yg sgt menjimatkan.. :)

    BalasPadam
  2. salam en.ozzy..

    tips yang sangat berguna

    BalasPadam
  3. wah... salam...heheh lupa lak...
    apa da..

    eh abg ozzy tips yg berguna la

    BalasPadam
  4. Salam Pozi TQ berkongsi tips yang baik murah cepat dan jimat :)

    # Stoking kawan biasa rendam semalam dulu, pas tu libas2 aje jarang campo dalam pakaian lain:)

    BalasPadam
  5. salam..
    jimat betul ko ozzy..
    berjimat membawa berkat..
    lama dah tak mengetea kita
    nih..he he

    BalasPadam
  6. w'salam semua..
    Cara mudah sementara nak dptkan penapis baru..kalau x ada penapis tu pun masih boleh guna lagi.
    zul- itu cuma alternatif utk dikongsi dgn rakan2 yg susah mcm aku..mcm ko lainlah terus beli mesin baru je ..nak ngeteh aku x de hal bkn jauh pun.

    BalasPadam
  7. oooh bagus tip ni.. selalunya memang susah nak cari penapis yg fit dengan mesin basuh di rumah.. elok jugak guna tip ni.. kalau tak, stokin ni memang saya pakai buang je.. eh, lepas pakai sampai getah dia rosak baru buang

    BalasPadam
  8. Hisyam Muhibah...

    Seeloknya gunakan stokin baru bukan stokin yg dah guna..hehe

    BalasPadam
  9. Sy dh buang penapis tu sb dh tkoyak..jd stokin tu nk pasang mcm mana ye..sy buang skali ngan penyangkut penapis😅

    BalasPadam
  10. Aduan Mengenai Seluar Dalam Alain Delon Bila Basuh Dgn Mesin Basuh Kain Jadi Koyak & Reput . Hampir Semua Jenis Jenama Seluar Dalam Bila Basuh Jadi Koyak & Reput .H/P Saya : 017-6906752 Atau 03-87273298 . Saya Dari Taman Pelangi Semenyih . Tolong Jangan Mengejek Saya Atau Menyindir Saya . Saya Marah . Size XXL . Saya Rugi . Saya Telah Beli Banyak . rosliibrahim05@gmail.com

    BalasPadam
  11. Stokin yg mcm mana nak gune ek? Nipis ke or tebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam . Saya punya penapis kene gam la. Tak de klip. Cam mane ye.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...