Mungkin ramai antara kita yang menggemari dan mengikuti rancangan bersamamu yang disiarkan di TV3.Rancangan yang banyak memaparkan tentang kesengsaraan dan kesusahan golongan yang mungkin tidak bernasib baik atau mengalami kesulitan hidup.
Ada kalanya timbul perasaan syukur dalam diri apabila mengenangkan hidup kita lebih tenang dan selesa berbanding dengan penderitaan mereka sepertimana yang kita saksikan.
Tidak dinafikan ada juga yang kurang gemar dan muak dengan kisah atau siri yang dipertontonkan. Ramai yang menyaksikan kesusahan dan penderitaan sebuah keluarga yang hidup melarat menumpang atau tinggal di pondok buruk yang atapnya bocor di sana sini tetapi apabila melihat anak-anak kecil berderet rasa simpati berbelah bagi dengan rasa kesal kerana simpati sebenar terarah pada anak-anak tersebut maka dalam hati mereka berkata "dah tau susah kontrol lah sikit"
Siri yang ditampilkan di dalam bersamamu malam tadi pasti meruntun perasaan siapa saja.Seorang pemuda yang disimbah asid oleh ahli keluarganya sendiri amat menyentuh hati.Jika malang dikatakan tidak berbau tetapi nasib malangnya pula berbau asid.Kita tidak dapat menyangka nasib yang bakal berlaku pada kita sepertimana yang pemuda tersebut alami.Ada kalanya kesenangan dan kemewahan yang kita perolehi hari ini boleh berubah hanya dalam sekelip mata.Suatu ketika kita dapat melihat segala keindahan alam..suatu ketika kita gembira memegang atau memijak apa saja tapi apabila sampai ketikanya segalanya ditarik semula meskipun tanpa kerelaan kita.Hanya Allah yang lebih mengetahui kerana segala yang berlaku juga atas keizinannya " kun faya kun " ...
Selain dari simpati aku amat tertarik dan kagum dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya yang bukan hanya sanggup untuk menjaganya malah sanggup berkorban untuk membawanya berubat.Di saat dia menderita dia juga turut disisihkan oleh keluarganya sendiri. Persoalannya sejauh mana dendam yang terhimpun di dalam diri ahli keluarganya hinggakan sanggup menghadiahkan penderitaan ini bukan pada orang lain tapi pada darah daging mereka sendiri.
Melihat pada pengorbanan rakan-rakannya hati kita bertanya apakah akan ada diantara rakan kita yang sanggup berkorban buat diri kita ? dan apakah kita juga tergolong dalam golongan rakan yang sanggup berkorban membantu rakan-rakan kita apabila mereka ditimpa musibah seperti ini kerana apa yang sering kita saksikan kini hanya banyak " KAWAN YANG KAWAN ".
Sekadar memanjangkan lagi apa yang telah dipaparkan di TV3 dan mungkin juga buat tatapan kita bersama kerana mungkin ada antara kita yang ketinggalan menyaksikan siri tersebut mungkin kerana sibuk dengan blog atau facebook ataupun dengan tugasan lain.

Salam.. secara peribadinya saya amat bersimpati dgn nasib mereka. Semoga kita sesama muhasabah diri. Bertapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan utk kita.
BalasPadamkesiannyeeeeeeeeee
BalasPadamtgk gak malam tadi..kesian sgt....respek ngan kengkawan yg sggp jage mangse...laki plak tuh..
BalasPadammmg giler... Kesian....
BalasPadamsalam...
BalasPadamermmm...berhati-hatilah
dengan nafsu amarah anda..
simpati buat mangsa tu..
adehhhh....mungkin masa bersalin tu mak dia tak rasa sakit kot..nakal2 anak,jahat2 anak seorang ibu yang penuh dgn sifat lembut hati takkan sanggup buat perkara begini pada anaknya..
BalasPadamummi tgk dah half way nak habis..tak tau siapa yg khianat sangt kt dia..tp ummi kagum dengan semangat setiakawan mereka..thumbs up
BalasPadammak pun sgt2 kagumi sikap kawan2 dia..tgk dah 1/2 nak abis..x tau kenapa jd mcm tu cuma tertnya, mana pg ahli keluarga mangsa...
BalasPadamKlu betul la ahli keluarga yg lakukan, mangsa tu malang mempunyai keluarga yg mcm tu TAPI ALLAH Maha Adil, Dia kurniakan kelebihan dgn kwn2 yg sangat2 baik!
smlm mase qiqi tgk..rse nk mitik air mata...sian die..mgkin die de wt slh..tp layak sgt ke fmly die nk hukum die cmtu..bia la ALLAH yg balas..yg deme nk smbah2 org ngn acid tu pehal..xphm btoi..ptt nye die n g je report...bio deme yg smbh tu sdr...grm3...ni no akaun die kot2 sape2 nk derma n bntu die.. bsn-14100410000142972
BalasPadamsemalam ada lah tgk sikit2
BalasPadamsbb sbuk dok berblog
tpi semangat kawan dia tu mmg terpuji !
xtawlah ape nak kata.. selamat dia tabah, n masih sayangkan family dia. kawan2 dia memang terbaik, sahabat dunia akhirat..
BalasPadamkepada family dia, maafkan jela kesalahan dia.xkirala besar ke kecil ke kesalahan dia. kat akhirat nnti, kita semua sama je akan berhimpun di padang masyar, Wallahualam bissawab...
Myna tengok bersamamu ari tu..meengalir laju air mata myna.. sedih sangat tengok keadaan dia.. teringat dekat kawan myna yang terbakar seluruh anggota badan.. memang berjalan pun dah x sempurna. kulit tertarik.. Ya Allah.. tabah kan hati mereka...
BalasPadamSetiap ujian yang kau berikan pasti tidak jauh dari kemampuan mereka.. InsyaAllah ^_^.
p/s: thanks ozzy.. :)
sedih nye kene simbah asid..mmg x berperikemanusiaan la..waaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadampe nk buat org yg simbah asid tu....hati tak de kut cuma batu je sbgi ganti.....dlm body dia...tu le....tk ada perasaan....
BalasPadamtp bila difikirkan blik mgkin dia dulu jahat ker dgn ahli kluarga dia sbb tu sume adik-beradik sggup smpi cmtu....mne le thu kita nie..cuma dgr sbelah pihak jee...knp ,mgpa ,kita tk fikir apa punca ye berlaku smpi mcm tu...hingga kan mak sedara ada umh...n mcm sume kluarga dh thu dia nk blik ...siap bkumpul dlm umh...mcm ada sesuatu..!!?.knp adik dia gaMak buat mcm tu...mgkin geram ker...yg pasti hanya YG MAHA BERKUASA YG MGETAHUI.....
BalasPadamArtiqabella..
BalasPadamSemoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita..walau siapapun kita..kita tidak tahu nasib yang akan berlaku pada diri kita.
Walau apapun telahan atau andaian kita hanya mrk sahaja yg tahu kisah sebenarnya disebalik apa yg berlaku antara mereka.