Pada yang membuat korban untuk tahun ini juga diucapkan semoga ibadah anda semua juga diterima dan mendapat berkat.Pada rakan-rakan yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung khususnya mereka yang tinggal di Kelantan mungkin hari ini hari terakhir mereka bekerja dan mula bercuti sampai hujung minggu depan.
Ramai yang mengatakan Hari Raya Haji di Kelantan di sambut dengan meriah.Macam mana kemeriahannya tak tahulah aku kerana tak pernah merayakannya di sana tetapi menurut rakan yang tinggal di sana ianya kelihatan meriah kerana mereka menyambutnya tidak seperti di negeri lain. Mereka di sini memakai baju baru dan menziarahi jiran tetangga.Di negeri lain Hari Raya Haji agak suram dan kemeriahannya mungkin hanya ketika beramai-ramai berkunjung ke masjid atau sama-sama tolong menolong ketika melapah daging korban.
Pada yang tak dapat cuti khususnya yang tinggal di K.L ni mungkin di sini juga ada antara kita yang turut membuat ibadah korban untuk tahun ini.Semoga ibadah ini turut diterima dan bersama-sama menyambutnya serta merasai kemeriahannya meskipun bukan di kampung halaman sendiri.
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "...maaf zahir & batin.
awal lagi raya korban ni bro
BalasPadamaibaks...nak kira ucapan yg tahun lepas pun boleh juga tu...
BalasPadam" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "...maaf zahir & batin juga drp kawan. Aok bercuti awal ker pozi?.
BalasPadamSelamat Hari Raya juga bang Yassin..koi start cuti esok sampai rabu.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha bro..
BalasPadamRisau koi umah x abeh kemas lg..
Dok ngadap lappy siang malam..huhuh..