30 November 2010

SUP SUDU

Mungkin ramai tertanya-tanya ada ke sup sudu?.Biasanya kalau makan sup memang kita gunakan sudu.Pada yang belum tahu keenakan sup sudu ini anda patut cuba kerana pasti anda akan berpuas hati sesudah menikmatinya.

Bagi mereka yang baru belajar atau belum pernah memasak sup mungkin tertanya-tanya kenapa daging yang mereka masak tidak lembut sepertimana yang mereka makan di kedai.Kalau memasak sup ayam tidaklah sukar hanya sediakan saja bahan dan rempahnya sahaja kerana daging ayam tersebut lembut.

Tidak kurang juga ramai yang gagal apabila memasak sup daging atau sup tulang.Ini menyebabkan ramai tukang masak 'junior' mengelak apabila diminta memasak sup daging.Perencah dan bahannya semua dah cukup tetapi walau dimasak dengan lama daging masih liat atau tidak empuk.Bila kunyah rasa macam makan 'chewing gum' yang bagus untuk senaman muka.Akhirnya cuma dapat hirup kuah isinya buat santapan tong sampah.

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging antaranya adalah dengan memasukkan sudu atau garpu atau bahan lain yang berasaskan besi yang bersih kedalam periuk semasa sup ini dimasak.Kalau sudu dimasukkan kedalam sup maka jadilah sup sudu.Kalau paku dimasukkan kedalam sup akan jadilah sup paku asalkan sudu dengan paku tu jangan dimakan kerana kedua-duanya tidak akan lembut...

ozzy - aku cuma tengok apa yang isteri aku buat..

28 November 2010

ENJIT-ENJIT SEMUT

" Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas...
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atasssss..."

Begitulah antara lirik lagu masa kecik-kecik dulu ketika bermain dengan kawan-kawan.Bila orang bawah sakit kena cubit maka dia akan naik keatas untuk cubit pulak orang di bawah.Maknanya semua orang akan merasa sakit dicubit dan semua orang juga akan merasa seronok mencubit.

Zaman sekarang lagu tersebut tidak lagi bermain dibibir kanak-kanak.Ia hanya menjadi nostalgia dan kenangan pada mereka yang pernah menyanyikannya bersama rakan-rakan sewaktu kecil dahulu. Mungkin lagu tersebut hanya sesuai dinyanyikan pada waktu itu kerana masing-masing merasai bagaimana sakitnya apabila dicubit dan merasai keseronokan apabila tiba giliran untuk mencubit pula rakan lain.

Apabila kita meneroka kealam semut dan kaitkan dengan lagu ini sebenarnya ia mengaitkan kehidupan semut yang mempunyai semangat gotong royong dan bekerjasama antara satu sama lain.Mereka akan sama-sama membantu mengangkat satu beban yang berat meskipun bebanan tersebut jauh lebih besar dari saiz badan mereka.Mereka berganti-ganti mengangkat beban diantara satu sama lain sehinggalah beban atau makanan tersebut berjaya di bawa ke sarang mereka untuk dimakan bersama-sama.

Jika dahulu apabila ada jiran-jiran atau saudara mara yang meninggal dunia kita sama-sama membantu bergilir-gilir mengangkat jenazah hingga sampai ke kubur tak ubah seperti gambaran semut yang saling bantu membantu ketika membawa makanan.Apabila melihat rakan penat kita segera ambil alih tempatnya begitu juga apabila kita penat rakan lain pula akan ambil alih.Masing-masing bekerjasama dan masing-masing juga akan merasai penat dan lenguh.Dalam perjalanan masing-masing sempat menyedekahkan seberapa banyak doa beserta bacaan ayat-ayat al-quran yang dihafal untuk arwah.Ketika ini berbagai kenangan sewaktu bersama arwah terbayang difikiran samada yang pahit ataupun manis lebih-lebih lagi jika arwah adalah teman sepermainan sejak kecil.

Hari ini segalanya lebih mudah jenazah tidak lagi diusung beramai-ramai sebaliknya terus dibawa menggunakan van atau lori kecil.Meskipun ianya juga lengkap hingga selesai jenazah dikebumikan tetapi suasana tidak lagi sama seperti kita beramai-ramai mengusung jenazah hingga tiba ke tempat pengkebumian. Meskipun penat tetapi timbul seakan satu kepuasan apabila kita sendiri berbakti pada rakan untuk kali terakhir.Jika jenazah tersebut adalah ibu atau ayah kita sendiri pastinya timbul perasaan lebih puas kerana itulah kali terakhir untuk kita sebagai anak berbakti kepadanya.

Zaman ini 'sapa sakit mungkin tak berpeluang naik atas' seperti lagu tersebut.Siapa sakit akan terus dicubit agar bertambah sakit.Kalau ada pun mungkin hanya kata-kata simpati sekadar melihat sambil berkata 'kesian dia sakit'.Zaman telah berubah dan lagu juga turut berubah...

" Enjit enjit semut sapa sakit biar sakit ...
Enjit-enjit semut sapa sakit biarlah dia sakittttt..."


27 November 2010

TUNGGANG..TONGGENG..TANGGANG

Hari ini pihak polis melancarkan lagi kempen memerangi gejala mat rempit. Mungkin sempena musim cuti sekolah maka ramai budak-budak sekolah yang memandu motorsikal tanpa lesen.
Isu mat rempit bukan isu baru.Berbagai cara telah dibuat untuk menangani masalah ini termasuk hukuman denda dan penjara.Apabila disebut mat rempit bayangan sebenar pasti terarah pada kita kerana majoriti mat rempit adalah budak-budak Melayu.

Sikap orang muda apa yang dilarang dan ditegah itulah yang mereka suka.Lagi ramai yang menonton lagi tinggi dia 'pacak'...lagi ditegur lagi mereka buat..lagi dilarang lagi mereka melawan.Cuba suruh diaorang pergi merempit sorang-sorang dalam trek atau pamerkan aksi pacak sorang-sorang kat situ.Aku pasti sekejap saja dia dah boring sebab dia sendiri akan kata "macam orang gila je aku ni rempit sorang-sorang" paling tidak pun bila minyak habis balik rumah tidur.Yang membuatkan mereka seronok adalah apabila aksi mereka ditonton ..mereka seronok apabila dikejar polis dan mereka seronok apabila mereka diberi perhatian apabila patah kaki atau tangan serta apabila orang ramai datang melawat ketika mereka berada di hospital.

Bila ada yang tunggang maka ada pulak yang nak tumpang tonggeng sebab nak tumpang glamour. Bila si tunggang penat tunggang takkan si tonggeng relak saja.Maka si tunggang minta upah dari si tonggeng untuk tunggang pulak si tonggeng.Si tunggang akan kata barulah adil sesekali aku tunggang dan panggang pulak si tonggeng.Tunggang tonggeng akhirnya bayi yang tak berdosa pula terpelanting dibuang ke dalam longkang.

Bila dah berkumpul dan merempit beramai-ramai mereka terjebak pulak dengan najis dadah.Mula-mula sekadar mencuba lama-lama terus ketagih.Bila jadi penagih duit tak ada nak beli dadah kerana tidak bekerja mereka tidak dapat membezakan lagi antara ibu bapa dengan orang lain.Ibu bapa diugut dan dipukul semata-mata kerana mahukan duit untuk membeli dadah.Mereka lupa jasa ibu bapa yang memberi mereka makan dan minum ..mereka lupa kepayahan ibu bapa untuk membesarkan mereka dan mereka lupa kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa sejak mereka dilahirkan.Akhirnya menjelmalah mereka sebagai si tanggang seterusnya jika tidak dapat dikawal hidup mereka akan jadi tunggang langgang.

Kalau tunggang..tungganglah dengan berhati-hati....Kalau tonggeng ..tonggenglah di 'tempat' yang sepatutnya tetapi jangan sesekali menjadi seperti si tanggang..

ozzy- entry paling melalut setakat ini..berjangkit dari AAP hehe..

26 November 2010

LEMPAR BAJU

Musim cuti sekolah merupakan pilihan utama bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.Kepada pasangan yang menjadi raja sehari diucapkan selamat pengantin baru semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Walaupun musim cuti sekolah dikira waktu yang paling sesuai tetapi masalah lain pula timbul kerana ketika ini juga adalah musim tengkujuh atau musim hujan.Jika hujan maka susahlah untuk membuat kerja dan tetamu juga mungkin tidak ramai yang akan hadir terutamanya jika hujan lebat.

Jika di kampung keadaan menjadi lebih teruk sekiranya khemah dipasang ditanah lapang.Jika hujan lebat keadaan akan menjadi becak dan laluan turut berlopak di sana sini.Antara petua lama agar hujan tidak turun atau untuk memberhentikan hujan semasa majlis diadakan adalah dengan melempar salah satu baju yang pernah atau selalu dipakai oleh pihak pengantin.Ada yang kata baca selawat 3 kali dan mohon supaya jangan hujan dan selepas itu baju akan dilempar di atas bumbung rumah.Doa lain kena rujuk pada yang lebih tahu.Biasanya bakal pengantin diminta memilih baju yang sering dia pakai maksudnya baju favourite dialah.Kalau dia minat bola mungkin dia selalu pakai baju bola maka baju itulah yang kena lempar.

Selain dari itu ada juga yang menggunakan khidmat bomoh hujan yang dikatakan berupaya untuk mengalihkan hujan ke tempat lain.Betul atau tidak wallahualam sebab aku tak pernah tengok macamana upacara yang dilakukan oleh bomoh ini sewaktu nak alihkan hujan.Kalau bomoh ni boleh alih hujan mungkin boleh suruh dia alih ke Afrika atau India yang dah lama tak dapat hujan.Kalau bomoh alih hujan dan hujan tersebut beralih ke kampung sebelah yang juga ada kenduri kahwin ..kesian pulak kat orang tu tak pasal-pasal hujan turun.

Apapun yang terbaik adalah dengan berdoa kepada Allah memohon dipermudahkan niat baik kita.Kalau diturunkan hujan majlis masih tetap juga diteruskan cuma mungkin kurang meriah kerana ramai yang tak dapat datang.Kalau ramai yang tak dapat datang maka kuranglah sikit massyukkk ke kantung bapa pengantin.Apa yang paling penting adalah pernikahan tersebut sah dan tujuan majlis perkahwinan diadakan hanyalah untuk memberitahu bahawa pasangan tersebut telah diijabkabulkan.

ozzy - petua ni dikatakan berkesan untuk perkahwinan yang pertama sahaja...

BERSAMAMU

Mungkin ramai antara kita yang menggemari dan mengikuti rancangan bersamamu yang disiarkan di TV3.Rancangan yang banyak memaparkan tentang kesengsaraan dan kesusahan golongan yang mungkin tidak bernasib baik atau mengalami kesulitan hidup.

Ada kalanya timbul perasaan syukur dalam diri apabila mengenangkan hidup kita lebih tenang dan selesa berbanding dengan penderitaan mereka sepertimana yang kita saksikan.

Tidak dinafikan ada juga yang kurang gemar dan muak dengan kisah atau siri yang dipertontonkan. Ramai yang menyaksikan kesusahan dan penderitaan sebuah keluarga yang hidup melarat menumpang atau tinggal di pondok buruk yang atapnya bocor di sana sini tetapi apabila melihat anak-anak kecil berderet rasa simpati berbelah bagi dengan rasa kesal kerana simpati sebenar terarah pada anak-anak tersebut maka dalam hati mereka berkata "dah tau susah kontrol lah sikit"

Siri yang ditampilkan di dalam bersamamu malam tadi pasti meruntun perasaan siapa saja.Seorang pemuda yang disimbah asid oleh ahli keluarganya sendiri amat menyentuh hati.Jika malang dikatakan tidak berbau tetapi nasib malangnya pula berbau asid.Kita tidak dapat menyangka nasib yang bakal berlaku pada kita sepertimana yang pemuda tersebut alami.Ada kalanya kesenangan dan kemewahan yang kita perolehi hari ini boleh berubah hanya dalam sekelip mata.Suatu ketika kita dapat melihat segala keindahan alam..suatu ketika kita gembira memegang atau memijak apa saja tapi apabila sampai ketikanya segalanya ditarik semula meskipun tanpa kerelaan kita.Hanya Allah yang lebih mengetahui kerana segala yang berlaku juga atas keizinannya " kun faya kun " ...

Selain dari simpati aku amat tertarik dan kagum dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya yang bukan hanya sanggup untuk menjaganya malah sanggup berkorban untuk membawanya berubat.Di saat dia menderita dia juga turut disisihkan oleh keluarganya sendiri. Persoalannya sejauh mana dendam yang terhimpun di dalam diri ahli keluarganya hinggakan sanggup menghadiahkan penderitaan ini bukan pada orang lain tapi pada darah daging mereka sendiri.

Melihat pada pengorbanan rakan-rakannya hati kita bertanya apakah akan ada diantara rakan kita yang sanggup berkorban buat diri kita ? dan apakah kita juga tergolong dalam golongan rakan yang sanggup berkorban membantu rakan-rakan kita apabila mereka ditimpa musibah seperti ini kerana apa yang sering kita saksikan kini hanya banyak " KAWAN YANG KAWAN ".

Sekadar memanjangkan lagi apa yang telah dipaparkan di TV3 dan mungkin juga buat tatapan kita bersama kerana mungkin ada antara kita yang ketinggalan menyaksikan siri tersebut mungkin kerana sibuk dengan blog  atau facebook ataupun dengan tugasan lain.

    


25 November 2010

BILA TEGANG

Berita hari ini banyak memaparkan situasi tegang di sana sini.Berita luar negara ketegangan berlaku antara dua jiran terdekat Korea Utara dan Korea Selatan.Berpuluh-puluh tembakan dilepaskan oleh tentera Korea Utara ke arah tentera Korea Selatan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku semalam di Phnom Penh apabila sambutan pesta air turut mengakibatkan ketegangan dan meragut nyawa seramai lebih 300 orang.Kejadian berlaku dikatakan berpunca dengan sikap panik semua pengunjung menyebabkan keadaan tidak menjadi terkawal apabila masing-masing cuba melepaskan diri dari situasi tegang tersebut.

Di negara kita hari ini turut berlaku situasi tegang disalah sebuah bangunan mahkamah yang sedang membicarakan satu kes yang berprofile tinggi.Situasi perbicaraan hari ini juga kelihatan lebih tegang di antara kedua-dua belah pihak daripada sebelum ini.Mungkin kalau berprofile tinggi maka ianya akan menjadi lebih tegang.

Jika di luar negara kejadian di Phnom Penh sepatutnya tidak menjadi tegang kerana festival tersebut adalah festival air yang sepatutnya semua pengunjung lebih merasa sejuk dan nyaman.Di negara kita pula sekarang ini adalah musim banjir dan musim hujan maka semua pihak tidak sepatutnya merasa tegang.

Mungkin juga apabila kesejukan maka ketegangan berlaku dan apakah itu juga fakta?...Yang pastinya kalau keadaan menjadi tegang tarik nafas perlahan-lahan dan tenangkan diri..jangan panik dan gopoh bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Phnom Penh kerana boleh menyebabkan kematian.Kalau tak berjaya juga lepaskanlah di mana-mana untuk kendurkan semula ketegangan tersebut asalkan tidak menyalahi undang-undang kerana ketegangan ini juga boleh memudaratkan serta membahayakan diri anda dan juga negara...

ozzy - suasana tegang kini turut dilihat melanda AAP .. ssshhhyyyy

24 November 2010

ARIAL TAK GUNA

Kalau dulu masa kat kampung kita dapat lihat Arial TV punyalah tinggi terpacak.Sebabnya kerana susah nak dapatkan siaran TV.Tak cukup dengan tinggi ada pulak yang tambah tudung periuk dan kuali semata-mata nak dapatkan siaran yang lebih jelas.Bila pasang TV 1 lepas tu nak alih TV 2 terpaksalah pusing dan adjust lagi tiang yang ikat Arial tu.

Hari ini dengan adanya kemudahan stesen berbayar seperti ASTRO maka bila balik kampung Arial ni banyak yang dah tak guna dah dan di ganti dengan piring ASTRO yang lebih canggih dan tak perlu lagi nak adjust-adjust.

Dulu Arial ni terpacak di mana-mana ..pacak sana pacak sini .. tapi sekarang ni ramai yang dah tak nak guna.Bila dah pasang ASTRO nak buat apa lagi ARIAL ni sebab orang dah tak ada guna. Walaupun ramai yang kata Arial tak guna tapi masih ada lagi yang menggunakan Arial ni alasannya ' guna selagi masih boleh guna '.

Kalau musim hujan memang kena selalu adjust Arial ni samada dia minta diadjust atau pengguna yang suka adjust tapi bagi yang dah bosan dengan kerenah Arial ni mereka akan kata :" hampeh betul...ARIAL TAK GUNA "...

23 November 2010

KAUT SEMUA

Setiap kali apabila tibanya hujung tahun pasti kita dapat lihat di sana sini terpampang iklan jualan murah atau 'sale'.Iklan mula diedar dan diterbitkan samada melalui media cetak mahupun elektronik.

Selak akhbar pasti terselit iklan jualan murah ini...buka peti surat penuh dengan risalah 'offer' di sana sini.Tidak cukup di dada akhbar bagi syarikat mega yang mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi pastinya menggunakan pula khidmat penyiaran tv atau radio. Meskipun bayaran iklan melalui radio atau tv amat tinggi tetapi bagi mereka pulangan yang bakal diperolehi nanti juga pastinya lumayan.

Jika dicongak secara kasar mungkin ada yang tertanya-tanya sudahlah harga barang diturunkan sehingga 70% bayaran untuk iklan pula dikira mengikut saat yang mencecah kos beribu ringgit..boleh untung lagi ke?.Itu adalah kiraan atau 'congakan' kasar pengguna seperti kita.Bagi peniaga itu juga antara formula yang mereka gunakan samada untuk melariskan atau menghabiskan stok yang ada (stok lama) disamping memperteguhkan lagi jenama mereka sekaligus bagi meyakinkan pengguna kepada produk mereka.

Kehidupan masa kini penuh dengan segala yang 'tersurat' dan 'tersirat'.Di dalam perniagaan yang semakin kempetetif  konsep tersurat dan tersirat merupakan satu strategi untuk mengaburi mata pelanggan.Sebagai pengguna kita ditaburkan gula-gula sebagai sesuatu yang tersurat tanpa kita sedari bahawa kita bakal dihinggapi 'diabetes tersirat'.Apabila virus telah hinggap maka jadilah kita sebagai 'pemiutang' tegar dan berulang alik setiap bulan untuk mengubati panyakit tersebut di kaunter pemungut hutang.

Bagi yang bersedia dengan wang tunai atau 'cash money' pastinya peluang ini akan direbut kerana inilah masanya untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih rendah dan menjimatkan.Bagi yang tiada wang tunai maka alternatif lain yang di tawarkan adalah dengan berhutang atau dengan membuat bayaran ansuran..kata mudahnya bayar ansur-ansur.Kita terkesima menyaksikan tawaran harga murah lalu terperangkap sehingga lupa menghitung berapa jumlah sebenar apabila ianya habis dibayar.

Bayaran ansuran kebiasaannya tersedia dari 6 bulan hingga ke paras maksimum untuk beberapa tahun.Kalau dibuat ansuran pasti akan ada 'interest' atau kita sebut 'bunga' atau lebih sopan disebut 'faedah'.Sekiranya kita mengira kadar 'faedah' ini untuk 3 tahun contohnya maka harga barangan tersebut telah menjadi 2 kali ganda (atau lebih)..itulah dia 'faedahnya'.Dari keuntungan jualan ini maka peniaga akan 'KAUT' untung dan selepas itu 'MAMAH' pula 'faedah' yang kita sumbangkan. Sudah kaut lepas tu mamah..memang kenyang burrppp...

Pasti ramai antara kita juga turut setuju dengan kata-kata ' tak ada hutang..tak ada harta ' kerana itu adalah antara hakikat yang terpaksa kita terima sebagai golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli secara tunai.Kita berhutang untuk membeli rumah, perabut dan juga kenderaan.Walau apapun sebelum berhutang pastikan apakah ianya merupakan satu keperluan atau kita sebenarnya tewas dengan keinginan yang melebihi kemampuan.

22 November 2010

CEMOLOT

Suasana tenang di sebuah perkampungan yang terletak jauh di tengah hutan menjadi gempar apabila salah seorang penduduk kampung membawa satu makhluk asing yang kelihatan berbeza dengan keturunan mereka.

Ramai yang membantah dan tak kurang juga ada yang menyokong kehadiran makhluk tersebut di tempat mereka.Melihat kekecohan tersebut Kak Mon mengusulkan supaya diadakan mesyuarat tergempar seberapa segera.

Esoknya semua jawatankuasa yang dilantik termasuk mereka yang tidak berpuas hati hadir pada mesyuarat tersebut.Ketua kampung mempersilakan  sesiapa yang tidak berpuashati supaya bangun memberikan ucapan. Maka bangunlah salah seorang dari mereka untuk memberikan hujahnya.

Bro Mon " Pertama sekali saya ingin bertanya sebab apa dan kenapa bayi yang dibuang ini kita pungut dan dibawa masuk ke perkampungan kita?.Perbuatan ini adalah salah dari segi undang-undang dan jika kita ditangkap kita akan didakwa dan dipenjara".

Kak Mon menjawab " Jika kita mencuri itu memang salah tapi bayi ini saya jumpa dalam tong sampah.Apa salahnya saya tolong selamatkan dia dari dimakan anjing atau binatang lain.Sekurang-kurangnya dia selamat berada di sini".

Bagi meredakan keadaan ketua kampung pun berkata " Tak apalah buat sementara waktu bayi ini kita jaga.Bila dia dah sihat kita hantar semula ke tempat yang selamat dan serahkan pada pihak yang sepatutnya. Kepada anda semua saya ingin berpesan supaya menjaga tingkah laku supaya perkara yang memalukan ini tidak berlaku pada masyarakat haiwan seperti kita.Berhati-hati dalam pergaulan, jaga tingkah laku , jangan memalukan kaum kita dengan perbuatan yang kurang sopan.Kalau nak CEMOLOT jangan cemolot di tempat awam...".

Belum habis ketua kampung bercakap tiba-tiba Bro Mon mencelah " CEMOLOT tu apa tok ketua?".Belum sempat tok ketua menjawab Kak Nyet pula mencelah " CEMOLOT tu singkatan dari perkataan CER MASUK DALAM MULUT...maknanya lebih kurang sesuatu yang kita nak masukkan dalam mulut contohnya kalau kita nak makan pisang 'cer masukkan pisang tu dalam mulut' .. singkatannya jadi CEMOLOT lah".

Tok Ketua berkata " ha ha ha..Pandailah kau Kak Nyet..tapi hampir tepat dah agaknya tu.Aku sendiri pun tak tau apa maknanya CEMOLOT ni sebab aku baru je dengar diaorang dok sebut pasal benda ni.Tapi untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya korang lebih faham dengan jelas apa itu CEMOLOT aku ada bawa rakamannya tapi yang bawah 18 tahun tak boleh tengok ok".

Bro Mon " Cepatlah pasang tok ketua..tak sabar rasanya nak tengok CEMOLOT tu menatang apa.".

Tok Ketua mengambil rakaman tersebut dan memasangnya sambil berkata " Jom kita tengok sama-sama tapi aku nak ingatkan korang jangan ikut perangai diaorang tu nanti aku juga yang dapat malu".

Rakaman pun di pasang....

V

V

V

V

V

V

V

V
           

                      
Selepas habis rakaman tok ketua berkata " Mungkin inilah antara penyebab dan penyumbang berlakunya gejala anak-anak yang tidak berdosa dibuang merata.Korang semua kalau berjalan tu hati-hati takut 'tersepak' atau 'terpijak' bayi-bayi tu nanti..apapun perkara ini akan dipanjangkan ke mesyuarat monyet-monyet sedunia di Montogero tahun depan".

Bro Mon berkata " Ooohhhh!!..macam tu rupanya CEMOLOT..ingatkan apa sekarang baru aku faham hehe.." sambil mencuit dan mengenyit mata pada Kak Mon...
Kak Mon berkata " hah!!! sudah..kau jangan nak menggatal, tak hingin aku nak CEMOLOT dengan kau dalam hutan camni.Kalau nak CEMOLOT buatlah kat stesen bas macam diaorang tu baru gempak bro "....

ozzy - ini bukan budaya kita....

20 November 2010

ANU DALAM BOTOL

Ada sesiapa yang teringin untuk masukkan ANU DALAM BOTOL?. Jika ada yang teringin dan berminat untuk mencuba aku ada tips untuk dikongsi bersama.

Botol biasanya digambarkan sebagai satu objek yang dibuat daripada kaca dan bersifat keras serta mempunyai satu lubang yang sempit di bahagian atas.Secara logiknya pastinya sukar untuk memasukkan objek yang besar dan keras kedalamnya kecuali objek tersebut bersifat cecair atau lembut.

Sebelum anda melakukannya ingin aku ingatkan di sini bahawa sebarang risiko adalah di bawah tangggungjawab anda sendiri.Sebarang ANU yang ingin di masukkan atau ingin dijadikan bahan ujikaji pastikan bahan tersebut bukan sejenis bahan yang boleh meletup atau mengakibatkan kebakaran serta tidak membawa apa-apa penyakit yang boleh memudaratkan diri anda atau orang lain.Untuk kesan yang lebih efektif anda dilarang sama sekali memaksa ANU tersebut masuk ke dalam botol kerana mungkin akan memudaratkan ANU milik anda.

Anda boleh memilih sebrang jenis ANU yang anda gemari tetapi tips yang aku ingin kongsikan hanyalah bagaimana untuk masukkan ANU DALAM BOTOL.Apabila ANU telah berada di dalam botol terpulanglah kepada kreativiti anda bagaimana untuk keluarkan ANU tersebut dari dalam botol.Sekiranya anda merasakan ANU tersebut selesa dan sesuai berada dalam botol maka biarkan saja ia di situ.

Anda diingatkan agar tidak mencuba sekiranya anda sayangkan ANU anda.Tentu ada yang tidak sabar untuk melihat bagaimana untuk masukkan ANU DALAM BOTOL ...sabar..jangan gelojoh ... nah .. sila saksikan :

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


V


V

                                

ANU DALAM BOTOL ini boleh dijadikan hiasan dengan menggunakan bahan lain yang lebih menarik samada digantung atau diletakkan di atas meja.Ada yang berminat untuk mencuba?? Silakan...

19 November 2010

APA ADA PADA NAMA

Award ini adalah award yang ke 4 aku terima dari orang yang sama iaitu dari blogger yang mengelarkan dirinya IZYAN NADIAH terima kasih aku ucapkan padanya atas pemberian kesemua award tersebut yang disimpan DI SINI


Meskipun aku tidak mengenalinya dan hanya sebagai rakan blogger apa yang pasti disebalik namanya yang menarik mungkin ramai yang tidak tahu makna nama tersebut dan mungkin juga empunya diri juga tidak tahu akan pengertiannya.Tapi rasanya dia pasti tahu makna nama tersebut tidak kira nama sebetulnya atau nama samaran.

 Izyan - bermaksud ' lembut pekerti '..Nama yang amat sesuai untuk seorang wanita.
 Nadiah - bermaksud ' Awal mula sesuatu '..biasanya nama ini diberi pada anak sulong kerana dia paling awal atau nama ini juga mungkin diberi apabila ibu bapa ingin memulakan sebuah perjalanan atau kehidupan atau sesuatu yang baru.

Ini pula huraian menarik yang aku dapat disebalik nama Nadiah mengikut susunan huruf samada ia secara kebetulan atau sengaja direka atau memang tepat pengertiannya hanya empunya diri sahaja yang tahu.Kalau nak tahu lebih lanjut sila bertanya pada empunya diri di SINI.Mari sama-sama kita ikuti :

 N - Baik hati dan rapi dalam berpakaian.Mereka tergolong dalam kategori suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

 A - Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa  hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.Meskipun begitu marahnya mudah reda.

 D - Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan , berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

 I - Suka memendam perasaan dan permasalahan.Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis.

 A - Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya,sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.Meskipun begitu marahnya mudah reda.

 H - Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak gemar melukai perasaan orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

Nampak menarik...bagaimana dengan nama anda?.Nama sebenar aku juga ada makna bermaksud    ' yang terpuji kejayaanku ' dan kebiasaannya ibu bapa dulu-dulu memberi nama anak dengan maksud yang baik dan sebutannya juga elok apabila disebut bagi mengelakkan anaknya diejek atau malu dengan namanya sendiri apabila dewasa nanti.

Nama yang muncul hari ini pula lebih kepada nama popular atau glamour ataupun nama yang boleh di komersialkan walaupun tiada apa-apa makna.Apabila nama tersebut popular atau glamour tetapi tiada apa-apa makna yang tidak baik atau berlawanan dari sudut agama pastinya ia menjadi pilihan kerana bila orang bertanya sekurang-kurangnya ibu bapa akan terselamat dari dikata atau diumpat oleh orang lain berkenaan nama anaknya meskipun sebenarnya ramai antara kita yang tahu islam menggalakkan memberi nama yang baik dan mempunyai makna yang baik juga untuk anak-anak.

Demi memenuhi tuntutan dan peredaran zaman maka nama-nama dahulu dipinggirkan kerana takut digelar tidak moden dan ketinggalan tetapi ada juga yang berkata " APA ADA PADA NAMA "....

18 November 2010

SALAH DAUN

Boleh dikatakan rakyat di seluruh dunia menggemari hidangan sup.Terdapat berbagai jenis sup bergantung pada kesukaan rakyat negara tersebut antaranya sup ikan,sup ayam,sup kambing,sup lembu dan bermacam lagi bahan makanan lain dicampur mengikut citarasa dan resepi masing-masing.

Bagi masyarakat kita bangsa Melayu bahan penting untuk membuat sup antaranya adalah daun sup.Sempena Hari Raya Aidiladha maka banyaklah daging yang dibuat sedekah dan salah satu masakan utama dan digemari adalah sup tulang.

Apabila daging telah tersedia maka bahan untuk memasaknya perlu disediakan juga.Antara bahan penting adalah  rempah untuk dimasukkan kedalam sup yang sekarang ini telah tersedia dijual dalam bentuk paket. Bahan lain pula adalah daun sup yang dianggap penting untuk menaikkan aroma sup tersebut dan memberikan rasa yang lebih enak.Daun sup juga banyak dijual samada di pasar atau kedai runcit dan tak perlu susah-susah lagi meredah paya untuk mendapatkannya.Zaman sekarang kebanyakan bahan masakan telah tersedia dan mudah diperolehi cuma tukang masak saja semakin 'susah' nak dapat kecuali tukang masak di kedai.

Ketika membeli daun sup pastikan daun yang anda beli adalah daun sup bukan daun lain.Ini adalah kerana terdapat sejenis lagi daun yang sama menyerupai daun sup.Aku juga dan mungkin anda juga pernah tersilap dan terbeli daun ini kerana bentuknya sama seperti daun sup.Daun ini dipanggil daun 'sadri' atau disebut juga daun 'saderi'.Jika dilihat pada bentuk atau fizikalnya kedua-duanya nampak sama cuma yang membezakannya adalah daun sadri tidak berbau seperti daun sup.Kesilapan tersebut membuatkan aku lebih berhati-hati ketika membeli daun sup.Cara mudah jika malu nak cium daun tersebut anda cuma kibas sedikit di depan hidung untuk memastikan ada bau daun sup atau jalan lebih mudah bagi mengelak kesilapan minta saja dengan pemilik kedai daun sup tersebut ketika anda mahu membelinya.

Sesetengah orang berkata daun sup dan daun sadri ini adalah sama tetapi bila kita bertanya pada penjual di Pasar mereka berkata tak sama...keliru juga mana satu yang betul?.Yang pastinya apabila ditunjukkan kedua-dua daun tersebut bentuknya memang sama tetapi baunya berbeza di mana daun sadri seakan tiada bau manakala daun sup mengeluarkan aroma bau sup.

Bagi yang tak pernah beli daun sup pastikan jangan tersilap beli.Kalau orang lelaki yang tersilap taklah segan sangat tapi kalau orang perempuan tersilap beli untuk dimasak dengan mertua..hmmm pandai-pandailah cover.Kalau SALAH DAUN jangan pula nanti dikata KACAU DAUN...

ozzy - tak suka kacau daun...

16 November 2010

TERUS BOLOS

Sudah lama aku tidak saksikan pasukan bolasepak negara kita beraksi.Terkini pasukan kita tampil beraksi di Sukan Asia dan seperti sudah dijangka pasukan kita bakal menjadi 'lauk' pada pasukan lain.

Meskipun agak terlewat menyaksikan perlawanan ketika pasukan kita dikalahkan oleh China tempohari tapi permainan yang ditampilkan oleh pasukan mereka memang nampak lebih kemas dan tersusun ditambah lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri bersama sokongan peminatnya.

Pasukan negara yang sememangnya kurang mendapat sambutan dan sokongan dari peminat tempatan terus tempang dengan ketiadaan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan pada temasya kali ini.Menambahkan lagi tempang yang sedia ada mutu pengadilan pada perlawanan tersebut turut dipertikai.Pada sesiapa yang saksikan perlawanan tersebut pastinya berang dengan pengadil yang bagaikan telah bersedia dengan kad untuk dilayangkan buat pemain Malaysia.

Bila disebut pasukan bolasepak negara kita ramai yang hanya sekadar mencebik.Melihat pada mutu permainan dari negara jiran atau negara lain terasa kita bagaikan tidak berganjak dari segi skill serta teknik mahupun taktikal.Alasan saiz badan tidak lagi relevan kerana negara jiran juga mempunyai saiz badan yang hampir sama tetapi menampilkan corak permainan yang lebih kemas dan tersusun.Alasan kurang pendedahan juga tidak sepatutnya ditimbulkan lagi kerana banyak perbelanjaan telah dikeluarkan bagi mendedahkan pasukan kita beraksi di luar negara.Dari segi imbuhan dan layanan segalanya juga telah dipenuhi cuma mungkin tidak semewah pemain dari negara Eropah.

Melihat kekalahan pada pasukan China apa yang pasti ketidakadilan oleh pengadil sedikit sebanyak berjaya menutup ruang pengkritik untuk terus mengkritik kelemahan dan kekalahan pasukan kita pada perlawanan tersebut.Pandangan kita beralih pada mutu pengadilan yang sememangnya jelas tidak adil dan berat sebelah tetapi dari sudut lain corak permainan yang kita tampilkan masih tidak banyak peningkatan.

Walau apapun sekiranya kesemua pemain utama dapat diturunkan mungkin kita dapat saksikan mutu permainan yang lebih kemas dan menarik seterusnya memberi tentangan pada pasukan lain.Apa yang berlaku bagaikan memberi petanda nasib pasukan bolasepak kita sering malang dan terus menjadi mangsa cemuhan dan kritikan.Pasukan lain yang dulunya pernah menjadi mangsa belasahan kini tampil dengan corak permainan yang lebih kemas dan bertenaga serta memberi tentangan yang lebih hebat.Berapa lama lagi untuk kita terus menunggu pasukan bolasepak kita menjadi pasukan yang kembali digeruni dan melangkah dengan bergaya untuk bergelar juara bukan sekadar melihat mereka beraksi untuk diratah dan terus diperlekeh.

Tidak adil juga rasanya untuk kita sekadar mengkritik dan menghukum mereka tanpa memberi apa-apa sumbangan untuk sama-sama memajukan sukan no 1 ini.Segala kutukan dan kritikan sedikit sebanyak terpalit juga pada diri kita kerana kita juga rakyat Malaysia yang mewakili nama Malaysia.

14 November 2010

KIPAS PERLAHAN

Boleh dikatakan setiap rumah kini dilengkapi dengan kipas angin samada kipas ceiling mahupun kipas meja.
Berbagai jenis dan model dapat kita saksikan dalam pasaran hari ini dari jenis 3 bilah hinggalah 5 bilah atau dari jenis manual yang menggunakan 'speed control' hinggalah yang menggunakan 'remote control'.

Setiap individu tentunya mempunyai pandangan yang berbeza dalam memilih model yang ingin digunakan.Selain dari keunikan rekabentuknya serta fungsinya faktor harga turut diambilkira oleh pengguna atau pembeli.Bagi yang tidak mempunyai budget yang besar kipas angin biasa atau dianggap 'konvensional' sudah memadai bagi reka bentuk rumah mereka yang mungkin dalam kategori sederhana.

Jenama kipas angin yang popular antaranya KDK ,PANASONIC dan kini jenama Elmark semakin popular bersama rekaan 'blossom' yang berjaya menarik minat ramai pembeli.Model atau jenama dari China juga semakin bertambah dan turut memberi saingan dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain yang lebih terkenal.Pastinya kita sebagai pengguna sebolehnya memilih produk yang berjenama dan berkualiti kerana beranggapan selain tahan lama alat gantinya juga mudah diperolehi.Namun demikian ada juga yang tidak kisah dan memilih produk yang lebih murah meskipun bukan dari yang berjenama.

Walau apa juga model yang digunakan kadangkala berlaku juga masalah yang tidak diduga.Kita mungkin tertanya-tanya kenapa kipas angin yang dulunya laju tapi kini terasa semakin perlahan walaupun 'speed control' berada di paras maksimum.Antara faktor yang menyebabkan kipas semakin perlahan adalah kerana permukaan kipas tersebut dipenuhi dengan habuk yang tebal. Habuk yang melekat jika jarang dicuci lama-kelamaan akan semakin menimbun dan turut memberi kesan pada kelajuan kipas angin.

Selepas bilah kipas dibersihkan jika kita dapati kipas masih berpusing dengan perlahan perkara ke dua yang perlu dilakukan adalah memeriksa samada 'speed controller' (untuk mengawal kelajuan kipas) yang biasanya dipasang pada dinding berfungsi dengan baik atau bermasalah.Cara mudah adalah dengan membuat 'direct connection' antara wayar 'incoming supply' dengan wayar yang disambungkan pada 'controller' ini.Pastikan elektrik ditutup ketika membuat penyambungan ini (tidak digalakkan buat sendiri jika anda tidak yakin).

Sekiranya selepas penyambungan ini dibuat kipas berpusing dengan laju (tetapi tidak boleh lagi dikawal oleh 'controller' kerana penyambungan telah dibuat secara 'direct') ini bermakna 'speed control' tersebut telah rosak dan perlu di ganti baru.

Sekiranya kipas tersebut masih bergerak perlahan besar kemungkinan 'speed controller' tersebut masih elok dan perkara seterusnya yang perlu diperiksa adalah pada 'capasitor' atau lebih dikenali sebagai 'condensor'. 'Condenser' ini dilengkapi dalam unit uF (microfarad) dan ianya berbeza diantara setiap model.Ketika ingin menukar 'condensor' ini pastikan anda membeli mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan tercatat pada 'condensor' tersebut.Harga 'condensor' ini juga tidaklah mahal sekitar 4-5 ringgit.Biasa aku beli harganya cuma 4 ringgit. 'Condensor' ini juga dilengkapi pada kedua-dua jenis kipas angin yang kita biasa gunakan samada kipas ceiling ataupun kipas meja.

Biasanya jika kita pergi ke kedai dan bertanya masalah ini mereka akan memberi alasan kipas tersebut telah rosak dan alasan yang sering kita dengar mereka akan berkata 'bearing' kipas telah rosak (kipas ceiling).Apabila 'bearing' di sebut kita terbayangkan harga 'bearing' tersebut yang mungkin harganya sama dengan harga sebuah kipas baru maka kita pun layu dengan pujukan "Lu beli kipas baru laa.. kasi angkat baru punya itu kipas tarak boleh guna lagi lorrr" padahal kos sebenar hanyalah 4 ringgit sahaja.

Cara paling mudah pastinya tukar saja kipas baru.Bagi yang ingin mencuba bukan saja pada diri sendiri tetapi juga boleh membantu rakan-rakan atau saudara mara yang mengalami masalah ini kerana mungkin kipas tersebut masih baru dan masih dalam keadaan baik.Ada kipas yang tahan lama sehingga lebih 20 tahun tetapi ada juga kipas yang baru setahun digunakan sudah mula bermasalah.Jika masih dalam 'warranty' mungkin kita bernasib baik tetapi jika tarikhnya telah 'luput' maka pilihlah samada ingin mencuba atau tukar saja yang baru."Hak anda..anda tentukan".

13 November 2010

5 sen

Zaman semakin berubah.Teknologi semakin maju.Nilai matawang juga semakin susut.

Kalau dulu duit satu sen masih berharga tapi kini dilempar dan dibuang merata. Setelah duit satu sen tidak lagi bernilai kini tiba pula masa duit 5 sen di buang merata.

Teringat dulu dengan 5 sen boleh beli kuih sebiji atau asikrim tapi hari ini duit sen hanya diberi sebagai baki itupun jika membeli belah di pasar raya. Meskipun duit 1 sen sudah tiada nilai lagi tapi harga barang di pasar raya masih lagi meletakkan nilai barangan seperti rm10.99 bermakna baki 1 sen perlu dipulangkan.

Itulah strategi perniagaan.Kalau diletak rm11 harganya nampak mahal berbanding dengan rm10.99 sedangkan ia sebenarnya tiada beza kerana nilainya adalah sama.Perbezaan hanyalah dari segi sebutan iaitu 10 dan 11 bertujuan untuk memerangkap minda pembeli dari segi sebutan di mana 10 itu lebih kecil dari 11.

Kita biasa mendengar orang yang dalam keadaan marah menyebut " aku tak akan halalkan walau satu sen pun dia ambil duit aku ".Mungkin lepas ni satu sen tu dah kena sebut  5 sen sebab duit satu sen dah tak ada lagi.

ozzy - 5 sen tetap berharga....

12 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.Pada saudara mara dan rakan-rakan yang pergi menunaikan ibadah Haji tahun ini diucapkan semoga ibadah anda semua diterima dan semoga selamat pulang ke tanah air.

Pada yang membuat korban untuk tahun ini juga diucapkan semoga ibadah anda semua juga diterima dan mendapat berkat.Pada rakan-rakan yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung khususnya mereka yang tinggal di Kelantan mungkin hari ini hari terakhir mereka bekerja dan mula bercuti sampai hujung minggu depan.

Ramai yang mengatakan Hari Raya Haji di Kelantan di sambut dengan meriah.Macam mana kemeriahannya tak tahulah aku kerana tak pernah merayakannya di sana tetapi menurut rakan yang tinggal di sana ianya kelihatan meriah kerana mereka menyambutnya tidak seperti di negeri lain. Mereka di sini memakai baju baru dan menziarahi jiran tetangga.Di negeri lain Hari Raya Haji agak suram dan kemeriahannya mungkin hanya ketika beramai-ramai berkunjung ke masjid atau sama-sama tolong menolong ketika melapah daging korban.

Pada yang tak dapat cuti khususnya yang tinggal di K.L ni mungkin di sini juga ada antara kita yang turut membuat ibadah korban untuk tahun ini.Semoga ibadah ini turut diterima dan bersama-sama menyambutnya serta merasai kemeriahannya meskipun bukan di kampung halaman sendiri.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "...maaf zahir & batin.

STOKIN DALAM MESIN BASUH

Biasanya kalau stokin kita kotor atau telah dipakai berhari-hari kita hanya campak ke dalam mesin basuh untuk dicuci.Zaman sekarang ni jarang sangat yang memberus untuk mencuci pakaian termasuk stokin.

Terdapat dua jenis mesin basuh yang biasa digunakan iaitu manual ataupun auto.Kedua-dua mesin basuh ini turut dilengkapi dengan penapis di dalamnya untuk menapis habuk atau kotoran yang tidak dapat dilarutkan.

Apabila mesin basuh ini telah lama digunakan apa yang sering berlaku adalah penapis di dalam mesin basuh ini akan reput dan koyak.Ramai diantara kita beranggapan penapis ini tidak penting pada awalnya tetapi setelah terlihat habuk atau kotoran yang melekat selepas baju dikeringkan barulah mereka sedar kegunaan dan fungsinya.

Pertanyaan pertama adalah mana nak dapatkan 'spare part' bagi menggantikan penapis ini?.Bagi yang tinggal di bandar mungkin boleh mencari melalui pembekalnya tetapi kadangkala ia bergantung juga pada jenama mesin basuh tersebut.Sesetengahnya tidak menjual atau menyediakan 'spare part' tersebut dan jika adapun mungkin harganya agak mahal.Bagi yang tinggal di luar bandar rasanya lagi susah nak dapatkannya kerana mungkin lokasi kedai terletak agak jauh.

Akibat kesusahan untuk mendapatkan alat gantinya maka cara paling mudah beli saja mesin basuh yang baru atau gunakan saja tanpa adanya penapis ini.Bermakna kita akan lakukan dua kali kerja iaitu membasuh dan selepas membasuh kita terpaksa bersihkan pula habuk yang melekat selepas baju itu kering.

Nanti dulu... kenapa nak beli yang baru kalau yang lama masih boleh digunakan dan kenapa nak buat dua kali kerja kerana ada cara untuk mengatasinya.Cara mudah untuk menggantikan penapis tersebut adalah dengan menggunakan stokin yang nipis.Keluarkan penapis lama yang telah reput atau terkoyak dan gunakan stokin nipis sebagai penapis.Biasanya penapis ini hanya di klip pada pemegangnya.Tanggalkan penapis lama dan gantikan 'penapis stokin' baru.Setelah berjumpa dengan 'spare part' penapis yang sebenar dengan harga yang berpatutan maka bolehlah ia dibeli dan diganti tetapi sekiranya harganya mahal elok biarkan saja " STOKIN DALAM MESIN BASUH " ...selamat mencuba.


11 November 2010

AKU TAK PUAS HATI

" Aku tak faham betul dengan sikap manusia ni.Apasal diaorang suka ejek aku?.Kalau tak suka mandi dikatanya takut mandi macam kambing.Kalau badan berbau dikatanya bau hapak macam kambing.Aku nak mandi ke tak nak mandi ke badan aku berbau ke aku punya pasal lah.Dalam mengata aku susu aku korang ambik..tak minta izin pulak tu.Kalau anak korang sakit kena demam kuning susu aku juga korang cari..apa? korang tak ada susu sendiri ke?.Patutlah aku selalu dengar korang cakap paku dulang paku serpih ..mengata orang dia yang lebih..tu semua perangai korang la tu ".

" Hah! tengok ni..apa ni?.Susu aku buat bisness pulak dah.Dalam dok mengata aku susu aku juga korang jual.Yang kaya korang juga tapi masih dok mengata aku.Apa korang ingat aku tak tau goat tu hape?.Ni yang aku tak puas hati ni...korang tengok kat pasar sekarang daging aku sekilo berapa?Tak mandi pun mahal gak tau.Itulah lain kali kalau nak mengata tu fikir dulu...jangan main sedap mulut je ".


" Aku lagi teruk korang kata..asal anak korang bodoh je dikata bodoh macam aku.Kalau aku ni bodoh apasal daging aku korang lapah? korang makan aku tak takut jadi bodoh ke?. Susu aku pun korang kebas.Apa ingat aku ni kilang susu ke?. Apasal tak ambil susu binatang yang korang anggap pandai tu?.Tak pun korang minum jela susu korang tu..korang kan pandai.."



" Kalau takat ambik minum aku tak kisah sangat sebab yang jadi bodoh macam aku nanti pun orang yang minum tu je. Yang aku tak puas hatinya korang ambik susu aku pastu jual seluruh dunia.Korang tak takut ke nanti semua manusia jadi bodoh macam aku?.Bila bab untuk kayakan korang pandai pulak korang tokok tambah susu aku ni kaya protein la..berkhasiat la..tapi bab bodoh aku juga yang kena..hampeh tul la korang semua ni..agak-agak arrrr".

" Korang jangan main-main dengan aku.Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.Walaupun aku tinggal kat tempat busuk, tong sampah atau longkang tapi sekali aku kencing menggelabah korang yeaa..sekarang geng korang pulak selongkar tong sampah cari besi buruk nak jual..ni yang aku tak puas hati ni port aku pulak korang kacau isshhh...
Apa pandang-pandang nak kena kencing ????".

" Oit..oit..ni apahal kecoh-kecoh pulak ni??..Saintis mana pulak yang cakap kalau makan hempedu aku boleh sembuhkan sakit AIDS ni?? korang nak kena sesumpah dengan aku ke??..Ni yang aku tak puas hati ni dah la puak aku makin pupus..yang korang buat benda-benda tak elok sampai kena AIDS tu pehal ?? time seronok tak hengat pastu nak cari aku pulak nak buat ubat konon... agak-agak la weiiii hempedu aku ni besar mana je boleh ke nak hapuskan virus AIDS tu...akai ada ke korang ni??..Dengar kata ada yang sanggup beli dengan harga 10 ribu sekor wow!!!..Kalau nak sangat aku boleh beri sedara aku yang tengah nazak tu kat korang tapi aku tak nak duit aku nak banglo sebiji siap dengan kolang renang..amacam setuju ???".


" Aku lagi pelik tengok manusia ni.Cuba korang tengok aku betul-betul..elok ke?.Cuba korang tengok rupa aku.. isshhh!!! kalau aku jadi manusia memang tak selera aku nak makan.Badan aku jangan cakaplah dari jauh dah berbau..korang tak rasa loya ke?..tak rasa geli ke?. Macam-macam penyakit dah aku beri..macam-macam virus dah aku sebar tapi korang nak juga makan aku. Dah tak ada binatang lain dah ke korang nak makan? Sedap sangat ke daging aku ni? Peliknya korang buat pulak bisness siap eksport lagi. Kalau aku cakap korang bodoh korang marah...ada ke patut si lembu tu pulak yang korang kata bodoh? yeke bodoh macam lembu..".

" Tengok apa korang dah buat dengan aku..wah! macam-macam korang dah produce ishh ishhh pelik sungguh macam dah tak ada menatang lain lagi dah hebat sangat ke aku ni... ubat gigi , sabun , lipstik pun ada ,Collagen untuk cantikkan kulit pun ada wallaweii!!!".
<-- info dari http://manmunna.blogspot.com/ (sila klik imej untuk paparan lebih jelas)


9 November 2010

AIR NIRA

Baru-baru ini ketika balik ke utara ternampak satu papan tanda disebuah gerai tertulis "NIRA NIPAH".Sebelum ini aku hanya mendengar orang menyebut tentang air ini tapi belum pernah mencuba.
Warung tersebut terletak berhampiran dengan susur keluar tol  Taiping Utara (belok ke kiri) dan bertentangan dengan kilang pengeluar aluminium.Dengan desakan hati untuk mencuba aku singgah dah minum air tersebut bersama air batu.Harga segelas adalah rm 2.50.

Dari perbualan dengan pemilik gerai dia berkata air tersebut ditadah dari pokok nipah.Kemudiannya ia diperam selama 40 hari.Menurutnya, lebih lama ia disimpan air tersebut kelihatan lebih jernih berbanding dengan yang masih baru keadaannya kelabu dan berkeladak.Pertama kali merasainya terasa sedap juga dengan rasanya yang masam-masam manis.Teruja dengan keenakannya aku kemudiannya membeli sebotol untuk dibawa balik dengan harga rm 3.50 (botol sebesar cili sos).

Ketika aku search google untuk mencari info berkenaan air nira ini terjumpa gambar tempat aku beli air tu dan  inilah warungnya.Info yang aku dapat mengenai khasiat nira ini pula aku jumpa DI SINI. Antara khasiat yang dinyatakan air nira ini jika diamalkan berupaya menyembuhkan penyakit kencing manis ,darah tinggi dan untuk menyejukkan badan.

Apa yang pasti bila aku balik ke rumah dan cuba minum satu sudu air nira yang aku beli itu bersama satu sudu madu lebah badan dan tekak aku jadi panas!!..atau aku yang salah minum? atau mungkin juga ia hanya sesuai untuk diminum oleh mereka yang ada penyakit kencing manis atau darah tinggi?.Rasanya pula tidak sama sepertimana aku minum di warung tersebut yang rasanya masam-masam manis (mungkin telah dicampur dengan gula).Apa yang aku rasa sungguh masam dan terasa bagaikan minum cuka..sudahnya 2 hari selepas itu aku demam..hmmmm.

8 November 2010

TAK TOLAK TAK MASUK

Kepesatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur menyaksikan penambahan bangunan baru bagi menampung keperluan dan permintaan khususnya untuk perumahan.Apabila bidang hartanah mendapat permintaan yang tinggi samada untuk tujuan pelaburan mahupun dijadikan tempat tinggal khususnya di bandar apa yang dapat kita saksikan kawasan untuk dibangunkan turut berkurangan.Bagi memenuhi permintaan maka kita dapati banyak rumah flet dibangunkan bagi menjimatkan ruang.Keuntungan pastinya pada pihak pemaju tanpa mengira keselesaan pengguna terutamanya ruang untuk parking kereta.

Selari dengan kepesatan ekonomi turut menyaksikan taraf hidup dan pendapatan seisi rumah juga semakin meningkat.Dari sebuah kereta pada awalnya apabila anak sudah bekerjaya dan berkemampuan untuk membeli kenderaan bermakna bertambahlah jumlah kenderaan bagi keluarga tersebut.Ketika mula berpindah semua berasa senang dan selesa namun lama-kelamaan apabila kenderaan bertambah masing-masing mula mengeluh.Lambat balik bermakna tak dapat parking dan apabila parking semakin menjadi limited maka berlakulah apa yang sering kita lihat sekarang ini iaitu parking berlapis.

Untuk masuk dan keluar parking terpaksalah kereta ditolak terlebih dahulu.Kalau tak tolak tak masuk... kalau terlebih tolak maka terlanggar kereta di depan atau di belakang.Bagi warga kota perkara ini kerap berlaku dan seringkali juga menimbulkan pertengkaran atau pergaduhan.Biasanya bagi yang dah dapat parking bila dah masuk memang berat nak keluar kerana mengenangkan edisi tolak menolak ini.

Bagi masyarakat kota situasi ini dianggap biasa meskipun hakikatnya ramai yang bosan dengan keadaan tersebut.Bagi masyarakat luar bandar pula apabila berhadapan dengan situasi ini pastinya berfikir banyak kali untuk datang semula.Jika yang masih menggunakan kereta model lama yang tidak dilengkapi 'power stering' pasti terasa keperitannya ditambah lagi dengan ketiadaan 'reverse sensor'.Kesannya budaya ziarah menziarahi mula terhakis dan mungkin hanya akan muncul apabila Hari Raya tiba.Ini bermakna setahun sekali sahaja budaya ini akan muncul.Ramai yang apabila sudah sampai ke rumah tidak mahu lagi keluar apabila mengenangkan kemelut ini serta tidak kurang pula menjadikan ia sebagai alasan kecuali jika keadaan terdesak ataupun kecemasan.

Cara mudah adalah dengan menaiki motorsikal kerana boleh menyelit dimana-mana untuk parking. Masalahnya jika ahli keluarga ramai macam mana nak bawa sekaligus.Masyarakat kota yang 'high profile' pastinya ramai yang malu untuk bermotosikal mungkin kerana ingin menjaga imej. Peningkatan golongan yang ' KIASI ' dan 'fobia' dengan motorsikal turut menyaksikan krisis ini semakin meruncing.

ozzy - suka guna motor...

6 November 2010

MESTIKAH CICAK DIBUNUH

Umat Islam khususnya pasti ramai yang mengetahui tentang kisah cicak yang dikaitkan juga dengan kisah Nabi.Memang diakui banyak pendapat mengatakan cicak adalah haiwan yang mesti dibunuh.Namun berapa ramai antara kita sebenarnya yang sanggup membunuh cicak ini?
Apa yang aku perhatikan ramai yang sekadar menghalau cicak tersebut lari dari tempatnya agar tidak membuang najisnya di dalam rumah.Antara sebab lain adalah kerana kita tidak diasuh untuk membunuh dan menganiaya binatang.

Masa aku kecil dahulu aku suka 'mengail' cicak untuk mengusik adik-adik dan selepas itu cicak tersebut aku lontar ke dalam sungai atau paya untuk memberi makan pada ikan haruan atau keli.Cara mengail cicak inipun aku gunakan kreativiti aku sendiri iaitu dengan menggunakan seutas sabut kelapa.Sabut kelapa tersebut dipintal seakan kita menjerat burung dan kemudiannya aku ikatkan pada sebatang lidi.Perlahan-lahan hulurkan sabut tersebut pada cicak dan masukkan ke kepala cicak (cicak biasanya tidak lari kerana terbau sabut kelapa tersebut).Apabila sampai ke tengkuknya tarik segera lidi tersebut dan leher cicak akan terjerut pada sabut kelapa tadi.Biasanya cicak banyak terdapat di rumah yang mempunyai banyak palang (rumah kayu) dan terdapat banyak kelkatu.

Berbalik pada kisah cicak yang dikaitkan dengan nabi tadi sedang aku search google aku terjumpa satu blog yang menerbitkan entry seperti yang aku copy paste di bawah.Membaca penulisan dan ulasannya seakan mempertikaikan kewajaran untuk membunuh cicak.Terpulang pada kita semua untuk menilai kewajaran ini  samada mengikut logik akal ataupun perkara ini sepatutnya tidak perlu atau tidak boleh dipertikai oleh sesiapa.Mesej yang ingin disampaikan adalah apakah kejam sekiranya kita membunuh setiap cicak menurut analisis dan perspektif beliau sendiri.

               < ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- >
35 tahun yang lalu, saya selalu dimomokkan dengan bunuh cicak dapat pahala! Senjata yang paling popular untuk membunuh cicak ketika itu adalah getah! Antara getah yang paling power pula sekali dipanggil ‘gundu’. 
Acara pembunuhan cicak beramai-ramai pula selalu diadakan pada khamis malam jumaat.


Lain pula zaman sekarang, pistol peluru plastik pelbagai warna digunakan. Mungkin 20 tahun lagi pistol laser…Saya tejumpa beberapa kenyataan tentang perkara ini.


1.      Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi  s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"


2.      Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: 
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah (penjahat kecil)"


3.      Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w: 
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua"


4.      Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:
“Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi Muhammad S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertanya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh  kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)


Kenyataan no 1 & 2
Terdapat 3,800 spesis cicak dalam dunia ini (http://eduscapes.com/nature/lizard/index2.htm) Cicak yang mana satu sunat dibunuh?.


Iguana dan Dhab (biawak pasir - Uromastyx aegyptius microlepis) spesis cicak. Sanggupkah pencinta haiwan membunuh Iguana?Yang paling mencuit hati saya adalah spesis cicak bernama Dhab digalakkan makan  kerana kononnya boleh menguatkan tenaga bathin.


Khalid AlWalid Jeneral tentera Islam yang juga dikenali "Saifullah" atau Pedang Tuhan yang sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh  Islam satu ketika dahulu juga pernah makan spesis cicak ini dihadapan nabi! Adussss…


Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab? lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.


Ada pula segelintir pengumpul barangan mistik sanggup membeli cicak ekor bercabang dengan harga yang mahal yang kononnya boleh dibuat sebagai pelaris?


Kenyataan no 3 
Bayangkan wajah seseorang yang cuba membunuh cicak dengan sekali pukulan semata-mata inginkan pahala 100 kebajikan. 
Bayangkan pula wajahnya ketika  membunuh cicak tersebut pukulan kali kedua kerana gagal membunuhnya kali pertama. Pada ketika ini, saya rasa niatnya untuk mendapatkan pahala 50 kebajikan tersasar sedikit kerana ‘geram’ cicak tu tak mati  lagi!


Bayangkan lagi jika cicak itu tak mati-mati walaupun dah kena pukul 4 kali. (pukulan pada ekor cicak yang terputus tetapi masih bergerak pun nak kena kira juga pukulannya)


Kenyataan nombor 4 
Macam manalah agaknya rupa muka cicak yang menghembuskan api yang sedang panas membara dan berapa jauhkah agaknya jarak untuk cicak tersebut menyemarakkan api. Mungkin cicak zaman dulu besar macam harimau kot! Agak-agaklah bro..
Siapa yang kejam sebenarnya?


sumber - http://www.e-bacaan.com/emaile46.htm
  <------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------>


Ada juga yang menjadikan ia bahan gurauan dengan berkata " Wa jual sama lu itu cicak satu ekor sepuluh ringgit.. wa dapat duit lu dapat pahala maa.."
Apa yang aku perhatikan cicak ini juga mempunyai sifat dengki.Di mana kita berehat sambil tengok TV disitulah dia berak.Di mana tempat kita makan di situ juga dia buang najisnya dan di mana kita hamparkan sejadah di situ juga dia 'melepas'.

Pasti ramai diantara kita tidak setuju dengan hujah beliau terutama kenyataan no-4 yang dilihat seolah-olah mempertikaikan hadis ditambah pula zaman kita ini spesis yang biasa kita temui di rumah adalah spesis cicak bersaiz kecil.Jika kita berada di zaman nabi dahulu berkemungkinan cicak yang dimaksudkan adalah cicak yang bersaiz besar dan kita perlu akui bahawa kita dilahirkan dari benua dan zaman yang berbeza.

Apa pula pendapat dan pandangan anda...




5 November 2010

BEBASKAN MINDA

Meniti kehidupan ada masanya kita dibelenggu dengan berbagai masalah dan cabaran.Ada waktu dan ketika segalanya bagai terhimpun serentak lantas menghimpit segenap ruang kehidupan akibatnya minda bagaikan terbeban mencari ruang untuk bergerak.

Setiap dari kita pasti ada cara tersendiri bagi membebaskan minda untuk berehat seketika dari segala bebanan yang menimpa.Langkah ini juga penting untuk memberi ruang pada minda untuk kembali segar.Ini bukan bermakna kita lari dari segalanya kerana kita tetap akan berhadapan dengannya dan itulah dinamakan cabaran. Apabila minda terus dipaksa dan dikerah hingga ke paras maksimum antara implikasi yang mungkin ramai dari kita alami adalah tekanan perasaan hingga memaksa ada antara kita mengambil ubat penenang. Tekanan perasaan ini juga jika tidak dikawal boleh mengakibatkan masalah mental atau sakit jiwa disamping penyakit moden seperti 'tekanan darah tinggi' dan sebagainya.

Berbagai cara serta gaya yang dapat kita perhatikan dan pastinya setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri.Antaranya dengan melakukan sesuatu yang mereka gemari atau disebut hobi seperti memancing,melukis,menulis,menyanyi (karaoke) dan sebagainya.Bagi kelompok yang berfikiran negatif atau inginkan jalan mudah untuk merembaskan segalanya antara jalan yang dipilih adalah dadah,minum arak dan gejala yang kian meningkat iaitu lari dari rumah.Lebih memburukkan lagi keadaan ada yang memilih untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan atau meminum racun.

Ada kalanya jalan atau cara yang kita pilih tidak banyak membantu untuk mengurangkan bebanan ini.Sebagai contoh dengan pergi melancong atau bercuti bersama keluarga kemana-mana destinasi percutian.Dengan memandu kenderaan kita terasa seolah masih lagi dibebani dengan kos untuk minyak dan tol atau mungkin juga akan berhadapan dengan jalan yang sesak serta risiko kerosakan pada kenderaan.Mata turut dikerah untuk memusatkan perhatian pada pemanduan akibatnya minda terus kekal dalam keadaan berjaga-jaga.Tiba di tempat percutian berkemungkinan kita akan berhadapan pula dengan kerenah anak-anak yang meminta itu dan ini.Kita juga perlu memikirkan tentang waktu makan di mana dan apa untuk dimakan bukan hanya untuk kita malah untuk semua ahli keluarga.Ini bermakna minda kita belum bebas sepenuhnya dan pencairan minda terus berlaku menyebabkan badan kita turut letih.Teori mudah bila badan penat atau letih ianya pasti turut memberi kesan pada minda.

Antara cara yang aku gemari adalah dengan bercuti seorang diri buat seketika.Cukup hanya untuk dua atau tiga hari.Aku elakkan dari memandu dan lebih gemar memilih bas ekspress.Bas yang dipilih pula bukanlah dari syarikat terkenal atau popular seperti 'transnasional' atau 'konsortium bas ekspress'.Waktu yang dipilih pula bukanlah semasa perayaan atau ketika ramai sedang bercuti.Ini bagi mengelakkan kesesakan dan memberi ruang yang lebih selesa sekaligus membuatkan minda aku berehat sepenuhnya.Aku tidak perlu memikirkan tentang kesesakan,kos minyak dan juga tol.

Destinasi yang aku gemari adalah menuju ke utara dan bas 'favourite' aku adalah bas ekspress 'StarMart'. Setakat ini telah 5 kali aku menaiki bas ini dan aku amat berpuas hati dengan keselesaan yang disediakan.Ruang dalaman yang luas dan bersih  manakala 'seat' yang aku pilih pastinya 'single seat' (lihat gambar).Jika anda pernah menaiki flight Air Asia aku boleh katakan bas ini jauh lebih baik dari segi keselesaan.


Masa yang dipilih pula biasanya sekitar jam 4 atau 5 petang untuk memulakan perjalanan dan tiba sekitar jam 8 malam.Berehat di dalam bas bersama kerusi yang boleh dibaringkan serta alas kaki yang boleh dilaraskan membuatkan diri terasa amat selesa.Segala beban dan persoalan dilontar keluar bagi mengosongkan kotak fikiran untuk memberi ruang pada minda berehat dengan secukupnya.Melihat pemandangan di sepanjang perjalanan bersama perbaringan yang selesa sambil membayangkan segala keindahan di dalam kehidupan ini.Lupakan segala masalah, lupakan blog , lontarkan segala persoalan serta lupuskan segala keresahan.Kembalikan kenangan bersama nostalgia serta memori indah seraya mencipta dan mengumpul idea baru.

Ini antara cara yang aku gunakan.Anda bagaimana? pasti anda juga mempunyai cara anda yang tersendiri. Walau apa jua caranya ketahuilah bahawa minda kita juga berhak untuk berehat dan ketahuilah juga bahawa kita juga bergelar insan yang berhak untuk mengecapi ketenangan dan kebahagian meskipun hanya untuk seketika.Pastikan anda pilih jalan yang terbaik buat diri anda sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...