28 Februari 2011

BISA SENGAT IKAN KELI

Ikan keli kini banyak diternak bagi tujuan komersial samada melalui ternakan kolam ataupun kanvas.
Menu untuk masakan ikan keli ini turut dipelbagaikan bertujuan samada untuk melariskan perniagaan terutamanya pada pemilik restoran ataupun resepi yang digubah sendiri bagi memenuhi citarasa.

Bagi penggemar ikan air tawar spesis ikan seperti ikan keli, haruan dan belut, ramai yang percaya lendir yang terdapat pada ikan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutamanya untuk merawat penyakit kulit.Ikan haruan pula diakui mujarab untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan.Khasiatnya juga terdapat pada lendir ikan haruan kerana itu ia disediakan atau dimasak sup dan dihidangkan pada pesakit.Sekiranya digoreng atau dipanggang/bakar maka khasiatnya sudah tiada lagi kerana lendir tersebut sudahpun hilang.

Timbul keraguan apakah khasiat ikan keli atau ikan haruan yang diternak dengan ikan keli/haruan yang hidup di dalam paya atau sungai.Jika kita lihat ikan yang dijual di pasar sekiranya ikan haruan yang ditangkap di paya atau sawah harganya juga lebih mahal dari yang dipelihara di kolam.Bentuknya juga sedikit berbeza yang mana ikan haruan paya lebih kecil dan lebih gelap dari haruan kolam.Jika ditanya pada peniaga yang jujur mereka akan berkata "kalau nak buat ubat (lepas pembedahan) lebih baik beli yang paya..walaupun mahal sedikit tapi khasiatnya lebih baik".

Pengalaman disengat ikan keli sewaktu tinggal di kampung membuatkan aku amat berhati-hati dengan ikan ini.Waktu zaman kanak-kanak dulu kami sering memancing atau mengikut orang tua untuk menangkap ikan keli di paya.Sewaktu menangkap ikan keli perlu berhati-hati di mana sengatnya perlu dicekak dengan kedua-dua jari sambil memegang kepalanya kerana apabila ditangkap ikan keli akan menggelupur dan ketika inilah akan terkena sengatnya.Walaupun telah banyak kali berjaya menangkap ikan keli tanpa disengat tetapi aku tetap tewas padanya apabila satu hari sengatannya hinggap pada jari aku.Dalam beberapa minit sahaja bisanya menjalar hingga ke ketiak dan sakitnya terasa hinggakan terasa sebelah tangan bagaikan tidak dapat diangkat.Sewaktu di dalam hutan ubat paling mujarab untuk menghentikan pendarahan biasanya kami gunakan "daun pokok kapal terbang" dengan meramasnya dan ditekapkan pada luka namun ia tidak mampu melawan bisa sengatan ikan keli.

Aku agak terkejut apabila melihat penjual ikan di pasar dengan selamba memegang ikan keli yang masih hidup tanpa perlu mencekak sengatnya sebagaimana yang biasa kami lakukan di kampung dulu.Oleh kerana aku pernah 'merasai' bisa sengatannya maka aku tidak berani memegangnya lagi ketika di pasar kecuali yang telah mati.Aku bertanya pada penjual ikan "tak takut kena sengat ke?" jawapan mereka juga agak mengejutkan "Bukan sakit sangat macam kena cucuk jarum je..berdarah sikit lepas tu sapu je..hilanglah".Aku masih belum berpuashati "tak bisa ke sengat dia?".Sambil tersenyum dia menjawab "Ini ikan keli kolam mana bisa, kalau ikan keli paya tu yelah bisa..tengoklah keli kolam makan apa, keli paya makan apa".Selepas itu aku cuba memegang yang masih hidup ternyata ia tidak seagresif ikan keli paya dan sengatnya tetap tajam cuma mungkin tidak berbisa.

Dengan penjelasan tersebut maka timbul persoalan apakah khasiat yang ada pada ikan keli kolam?.Sumber makanannya adalah dari pallet yang diberi berbanding dengan ikan keli paya sumber makanannya pasti dari apa yang diperolehi dari habitat dan persekitarannya.Khasiat ikan keli atau ikan haruan adalah dari lendirnya dan terbentuk dari apa yang dimakannya.Justeru itu apa yang kita makan hari ini adakah berkhasiat atau hanya sebagai penyedap selera dan sebagai pelengkap hidangan.

ozzy - keli kampung vs keli bandar..orang kampung vs orang bandar..bisanya tak sama.

12 ulasan:

  1. Masak cili berapi sedak ikan keli ni...

    BalasPadam
  2. Salam pozi, kecik2 dulu kawan makan juga ikan keli nei dah tua... macam tak lalu la pulok :(

    BalasPadam
  3. en.ozzy am,y x leh nak komen lebih la sebab amy tak makan ikan keli,,

    BalasPadam
  4. Mkn juga sikit2 ikan keli nih..:)

    BalasPadam
  5. Keli memang makanan kegemaran aku..tak lalu makan nasi kalau tak de keli..

    BalasPadam
  6. Bererti kalau ikut kata sengat kurang menyegat rasanya pun sama juga. Khasiat pun berkurangan dah. Macam kata Ozzy, sedap untuk mulut makan je.... :)

    BalasPadam
  7. Kakzakie..

    Begitulah maksudnya..ikan keli tidak lagi berbisa & berkhasiat

    BalasPadam
  8. Saya suka makan ikan keli..and pernah kena sengat dia..sbb time tu husband beli ikan tu hidup lagi..p ketuk kepala dy dengan lesung batu, pastu tengah2 pegang tu tiba2 kena sengat dia...fuuuuuhhh..sakit giler, esoknya demam sudah..hehehe

    BalasPadam
  9. As salam...

    Pestaim koi makan ikan keli mase hosmet masakkan..huhuh..sebelum tu x penah makan pun..
    Lama dh x makan...kat umoh koi xde org yg makan ikan keli neh..

    BalasPadam
  10. ya..setuju dengan pendapat bro ozzy.
    memang saya pun entah berapa kali kena sengat dengan ikan keli masa bekerja..tapi x lah rasa terlalu sakit ..mungkin persekitaran ikan tu yang berbeza menyebabkan bisanya kurang menyengat..
    yang jenis liar pastinya kelasakannya lebih tinggi sebab untuk survivalnya di luar sana..tidak seperti ikan keli yang diternak...makan diberi ikut masa,air diganti sekiranya kotor,sakit diubati..tentang khasiat..InsyaAllah kandungan nutrisi ikan yang diternak tetap memberi khasiat kepada manusia.Berdasarkan laporan makmal yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Jabatan Perikanan Pulau Pinang,kandungan protein serta nutrien lain masih pada kadar peratusan yang tinggi.

    iKaN kELi HaSiL dARiPaDA BaHaN KiTar SemULa

    BalasPadam
  11. Keli oh keli..
    Terima kasih dgn komen..sebagai pengusaha ikan keli yg pastinya telah masak dgn ternakan keli terbukti ada sesuatu kelainan pada keli kolam dgn keli paya..bisa sengatannya x sama & pasti ada 'sesuatu' perbezaan antara keduanya.

    Terima kasih juga pada rakan lain yg memberi komen.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...