28 Mei 2011

JATUH TALAK HANYA DENGAN SMS

Perkembangan teknologi menyaksikan berbagai peristiwa yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan akan berlaku.
Seawal kemunculan telefon bimbit ramai antara kita yang berebut-rebut untuk memilikinya kerana beranggapan ia memudahkan kita untuk berhubung selain dari perasaan bangga kerana tergolong sebagai golongan yang berkemampuan untuk memilikinya.

Lama kelamaan apabila bertambahnya pengeluar yang menghasilkan produk ini, maka wujudlah persaingan sesama mereka untuk memikat hati pengguna lantas memberi ruang kepada pengguna untuk memilih model yang diingini bergantung pada budget masing-masing.Kini telefon bimbit merupakan satu perkakas dan boleh disamakan sebagai satu keperluan yang perlu ada pada sesiapa saja termasuk pada anak kecil yang masih bersekolah.

Tatkala penggunaannya dilihat banyak memudahkan urusan seharian dan tugas-tugas penting, peralatan ini turut mencetuskan berbagai idea dalam menyumbangkan perkara negatif.Penipuan dengan menggunakan khidmat sms, penyebar fitnah, peras ugut, mengambil gambar bogel untuk memeras ugut adalah antara penyalahgunaan peralatan ini oleh individu yang cenderung untuk menindas atau menganiaya orang lain.

Sesuatu yang mudah apabila dicuba dan kemudiannya berjaya pasti menjadi peransang dan dorongan untuk diiikuti oleh orang lain.Jika sebelum ini tiada siapa menduga lafaz cerai boleh dilakukan begitu mudah hanya dengan menggunakan sms tetapi setelah disahkan bahawa kaedah tersebut boleh menyebabkan jatuh talak, maka ia menjadi semakin popular dan ramai yang mula 'follow' macam ayat 'i follow' tetapi ayat 'i follow' Saleh Yaacob untuk tambah bukan untuk dibuang. Sebaiknya kalau nak follow, followlah ke arah yang lebih baik dan memberi barakah.

Insiden terbaru menyaksikan koleksi penceraian melalui sms semakin bertambah setelah tersiarnya berita bekas pemain bolasepak kebangsaan Indra Putra Mahyuddin turut melafazkan cerai terhadap isterinya menerusi cara yang sama.Berita selanjutnya sila baca di SINI.
Sebelum ini kita turut membaca dan mendengar kes dan kaedah yang sama samada melalui kaca tv ataupun akhbar terutama dari wajah-wajah yang popular dan terkenal.Itu yang kita dapat tengok dan baca, bagaimana pula kes yang terpencil dan tidak didedahkan? Aku pasti statistiknya meningkat setiap tahun apabila ada yang dengan mudah berkata 'i follow'.

Walau apa saja yang berlaku kita hanya mampu membaca dan melihat dari kejauhan kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka.Kita hanya perlu bermuhasabah dan menilai setiap apa yang dilakukan oleh orang lain dan diri kita sendiri.Berfikir dengan sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu meskipun kita wajib percaya bahawa jodoh itu di tangan tuhan.Kenangilah semula saat indah ketika kita diijabkabulkan, kita lafazkan akad nikah dengan mulut bersama suara yang jelas sebelum disahkan oleh saksi dan bukannya menggunakan SMS.

ozzy - selalu guna sms untuk ajak kawan ngeteh...

7 ulasan:

  1. kes macam ni bukan sikit kita baca. akibat dari talak dgn sms ini menyebabkan si isteri yg merana kerana tak pasti dengan status mereka. kenapa tak mahu bersemuka? adakah kerana marah yg sangat atau tak berani berdepan? ish ish ish.. may Allah enlighten us.

    BalasPadam
  2. masa suka..hari-hari tanya bila nak jumpa..kalau dah tak suka..cerai pakai SMS je..tak gentle langsung jadi lelaki.Buang lah.."tut....."..bagi makan anjing ke..dalam Sg.Gomabak ke..buat malu lelaki je..

    BalasPadam
  3. Moralnya bab talak menalak nie jangan buat mainan :(

    BalasPadam
  4. Senang, Mudah dan Ringkas (sMs), Semoga aku tak terlibat dalam golongan itu ...AMIN

    BalasPadam
  5. Bab2 cerai dan talak2 jangan sesakali di buat main, kalau dah terbiasa kuar dalam mulut memang acap kali nak melafazkanya.. tambah2 lagi orang muda skg salah sikit nak cerai nak jatuh talak.. ikut nafsu jadi macam tue la..

    BalasPadam
  6. Salam...entry mengasah minda bro. Pernah bertanya kpd kadi kalau menerima akad nikah melalui sms apa hukumnya sedangkan lafaz cerai melaluinya adalah sah..kadi tu tergamam, sekejap kata sah sekejap kata bergantung kepada keadaan seseorang yg pada masa itu memungkinkan beliau hanya boleh melafaz terima nikah dengan sms sahaja..huhu. Lagi haru bila lafaz talak melalui sms dibuat oleh orang lain yg menggunakan hpnya. Walau mungkin tidak jatuh talak tapi natijahnya memang amat buruk...

    BalasPadam
  7. Abang Long..

    Terima kasih dgn hujah yg panjang lebar serta bernas..

    Terima kasih juga pada rakan2 lain yg turut sama memberikan pandangan.
    Jelas kita senada & tidak bersetuju dgn cara ini & semoga kita semua terhindar dari melakukannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...