Ketika anda semua membaca entry aku kali ini, aku mungkin sedang memandu atau sedang rancak bersembang dengan rakan-rakan yang senasib denganku.
Kerana itu blog aku akan kembali bersawang untuk beberapa hari kerana tuan punya blog telah merajuk membawa diri...membawa hati yang kecewa.Segalanya telah musnah bagaikan kaca terhempas ke batu.Biarlah aku membawa diri memujuk hati yang lara setelah semua impianku berkecai menjadi debu.Aku tidak sanggup lagi menyendiri meratap hati yang hiba.Namun jauh dilubuk hati aku tetap merinduimu..Bila Rindu Kusebut Namamu.
Tengok pada mukaddimah macam frust menonggeng hehe..Aku sebenarnya tengah bercuti bersama-sama rakan-rakan persekolahan aku dulu.Kerana itu entry ini aku karang lebih awal dan aku gunakan autopublish untuk diterbitkan pada hari ini.Sejak dari awal tahun kami semua telah merancang untuk membuat 'reunion' yang telah ditetapkan pada 30 April & 1 Mei ini.Lokasi yang dipilih bertempat di Muara Beach Resort pantai Balok Kuantan.
Ada antara kami yang telah lebih 20 tahun tidak bersua pastinya banyak perkara untuk kami bualkan.Kerana itu aku dan beberapa rakan lain memilih untuk 'jadi bujang' kerana mudah untuk kami mengaturstrategi aktiviti maklum saja orang bujang bebas nak ke sana ke mari.
Ada juga yang turut serta bersama keluarga untuk meluangkan masa bersama keluarga sempena musim cuti ni terutama mereka yang dah lama tak datang ke Kuantan.Itu adalah pilihan masing-masing asal saja kami dapat bersua semula menyambung ikatan ukhwah dan sama-sama gembira.Walaupun rasa kecewa tidak dapat disembunyikan kerana ramai rakan-rakan yang tidak dapat hadir namun kami terpaksa akur pada komitmen mereka pada tugas yang lebih penting.Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang menentukan.
Oleh kerana 1 may jatuh pada hari ahad bermakna secara automatik cuti tersebut akan dipindahkan pada hari isnin.Kesempatan ini aku ambil untuk pulang kekampung sehingga hari rabu nanti sebelum kembali bekerja pada hari khamis.Kepada rakan-rakan lain yang mungkin juga sedang bercuti aku ucapkan selamat bercuti, pandu berhati-hati dan ingatlah insan tersayang.
Semoga bersua kembali...Assalamualaikum.
ozzy - Bila Rindu Sebutlah Namaku...
Kerana itu blog aku akan kembali bersawang untuk beberapa hari kerana tuan punya blog telah merajuk membawa diri...membawa hati yang kecewa.Segalanya telah musnah bagaikan kaca terhempas ke batu.Biarlah aku membawa diri memujuk hati yang lara setelah semua impianku berkecai menjadi debu.Aku tidak sanggup lagi menyendiri meratap hati yang hiba.Namun jauh dilubuk hati aku tetap merinduimu..Bila Rindu Kusebut Namamu.
Tengok pada mukaddimah macam frust menonggeng hehe..Aku sebenarnya tengah bercuti bersama-sama rakan-rakan persekolahan aku dulu.Kerana itu entry ini aku karang lebih awal dan aku gunakan autopublish untuk diterbitkan pada hari ini.Sejak dari awal tahun kami semua telah merancang untuk membuat 'reunion' yang telah ditetapkan pada 30 April & 1 Mei ini.Lokasi yang dipilih bertempat di Muara Beach Resort pantai Balok Kuantan.
Ada antara kami yang telah lebih 20 tahun tidak bersua pastinya banyak perkara untuk kami bualkan.Kerana itu aku dan beberapa rakan lain memilih untuk 'jadi bujang' kerana mudah untuk kami mengatur
Ada juga yang turut serta bersama keluarga untuk meluangkan masa bersama keluarga sempena musim cuti ni terutama mereka yang dah lama tak datang ke Kuantan.Itu adalah pilihan masing-masing asal saja kami dapat bersua semula menyambung ikatan ukhwah dan sama-sama gembira.Walaupun rasa kecewa tidak dapat disembunyikan kerana ramai rakan-rakan yang tidak dapat hadir namun kami terpaksa akur pada komitmen mereka pada tugas yang lebih penting.Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang menentukan.
Oleh kerana 1 may jatuh pada hari ahad bermakna secara automatik cuti tersebut akan dipindahkan pada hari isnin.Kesempatan ini aku ambil untuk pulang kekampung sehingga hari rabu nanti sebelum kembali bekerja pada hari khamis.Kepada rakan-rakan lain yang mungkin juga sedang bercuti aku ucapkan selamat bercuti, pandu berhati-hati dan ingatlah insan tersayang.
Semoga bersua kembali...Assalamualaikum.
ozzy - Bila Rindu Sebutlah Namaku...
Salam, mmg best.. sesekali dapat berjumpa dgn rakan taulan dulu-dulu terasa gembira dan muda kembali... selamat bercuti2 Malaysia :)
BalasPadamKawan ingat aok rindu ke sape tadi kut ada hak nombor dua dah hehehehe.. jgn cari pasal :)
selamat bercuti yaaa....
BalasPadamAssalam..
BalasPadamSelamat Bercuti..
ingatkan tgh frust..rupanya na pergi bercuti...selamat bercuti ye!
BalasPadamSelamat bercuti ozzy..
BalasPadamDah tgk dalam fb..huhuh
BalasPadamkoi ade kat Kuantan gek time tu..
kalau tau boleh menjenguk aokme kejap..
terima kasih pada semua yg memberikan ucapan..slmt bercuti.
BalasPadam