12 Julai 2011

SEKALUNG TAHNIAH

Entri ini sekadar ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada salah seorang rakan blogger iaitu puan Nisa Khairi kerana telah berjaya menembusi pasaran serta mendapat tempahan dari pihak Perpustakaan Negara menerusi hasil karyanya sebuah novel yang berjudul "Haifa Raisya".
Pada yang ingin mengenalinya sila klik DI SINI dan sekiranya berminat untuk membaca sedikit catatan berkenaan novel tersebut sila klik DI SINI.

Beliau adalah antara rakan blogger yang kerap singgah di blog aku sejak sekian lama dan sering meninggalkan komen..terima kasih juga ingin aku ucapkan.Apapun aku juga seringkali singgah ke blognya untuk membaca entri yang diterbitkan walaupun bukan setiap entrinya aku akan tinggalkan komen.Ibu kepada seorang anak dan berasal dari Batu Gajah Perak ini juga seringkali memaparkan kisah serta konflik peribadi yang pernah ditempuhinya kerana sebagai manusia biasa aku beranggapan semua dari kita pasti pernah melalui berbagai konflik dalam kehidupan ini samada konflik melibatkan keluarga, rakan mahupun masyarakat di sekeliling kita.

Selain itu entrinya yang lain lebih banyak berkisar tentang kisah anak kesayangannya itu serta perniagaan kek yang kini semakin maju serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sesekali apabila membaca catatan tentang anak kesayangannya itu aku sendiri merasa 'gerun' apabila mengenangkan apa yang telah terjadi kepada seorang kenalan aku tidak lama dulu.Namun itulah naluri seorang ibu terhadap anak kesayangannya..naluri semulajadi yang tidak mampu disekat oleh sesiapa pun jua.

Mungkin dari pengalaman dan pengamatannya maka muncullah novel ini yang berkisar tentang konflik serta masalah kehidupan khususnya pada golongan remaja dan novel ini diterbitkan oleh syarikat produksi Nur Johan.
Pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga dan pengalaman itu hanya boleh dikongsi melalui catatan dan diterbitkan dalam bentuk novel atau buku tetapi ia tidak boleh dikongsi untuk kembali menempuh pengalaman tersebut.
Jika boleh diulangi sekalipun ia mungkin hanya dalam bentuk lakonan dalam sebuah drama atau filem tetapi pastinya tidak sama sepertimana yang pernah kita tempuhi sendiri.Pengalaman banyak mengajar serta mematangkan diri kita dan pengalaman juga boleh bertukar menjadi satu sejarah.


Siapa sangka dari seorang blogger yang suka menulis ia kemudiannya menjadi satu sumber pendapatan menerusi penghasilan novel seperti ini dan pastinya kita akan merasa gembira sekiranya karya kita mendapat sambutan seterusnya ia menjadi pendorong untuk kita menghasilkan karya seterusnya.

Tahniah juga ingin aku ucapkan kepada rakan blogger Akuanakpahang  yang kini sudah mula mengorak langkah dengan memulakan perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan.Tiada siapa dapat menduga dari kecil seperti busut lama-kelamaan ia mungkin akan membesar menjadi gunung.Apa yang penting adalah minat , keinginan serta usaha kita sendiri dan yang paling penting segalanya perlu ada satu langkah permulaan....

ozzy - tahniah juga kepada rakan-rakan lain yang berjaya...

9 ulasan:

  1. salam..
    tahniah buat yang berkenaan..
    ermmm..Yassin pun dah meniaga yak?

    BalasPadam
  2. Salam..

    Tahniah kepada mereka...
    Semoga terus sukses..
    Patut bz amat AAP skang ni..

    BalasPadam
  3. Salam Pozi, Terima kasih :)gitulah bak kata pepatah langkah beribu ttp bermula drp langkah pertama :) kawan niaga kecik2 aje lepaslah banje budak2 sekolah :)

    BalasPadam
  4. Salam OZ

    seronok bila lihat kwn2 yg kita kenal semakin maju dan semakin murah rezekinya kan..

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Tahniah pada yang dah berjaya dan teruskan usaha pada yang sedang meningkat naik..
    Teringin juga nak berniaga tapi tak tau nak bermula dari mana..

    BalasPadam
  6. meh sini iklan kat blog PB jom bro akuanakpahang... (promote sat..haha...)

    semoga berjaya..dan tahniah juga...

    BalasPadam
  7. SALAM,
    LF TURUT MENGUCAPKAN TAHNIAH !

    BalasPadam
  8. terima kasih banyak2...terharu pulak baca entry ni..terima kasih sangat2

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...