28 Jun 2011

TV PLASMA ATAU TV LED

Television kini menjadi satu keperluan yang perlu ada pada setiap isi rumah dan bukan lagi sesuatu yang dianggap eksklusif sepertimana diawal kemunculannya dulu TV dianggap sebagai satu peralatan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berkemampuan.

Bermula dari TV hitam putih kemudiannya beralih setingkat lagi kepada TV warna kini kemajuan teknologi menyaksikan kemunculan berbagai terknologi terbaru bagi menggantikan TV konvensional yang menggunakan gelombang elektromagnetik.

Kemunculan TV Plasma bersama rekaan skrin TV yang leper mencetuskan fenomena baru dalam industri yang berasaskan sistem elektronik ini.Dengan rekabentuk serta kualiti gambar yang lebih berkualiti pengguna mula beralih pada TV Plasma bagi menggantikan TV lama yang lebih bulky.Baru beberapa tahun ianya dilancarkan muncul pula TV LCD (Liquid Crystal Display) bagi menghasilkan resolusi yang lebih tinggi serta sistem gambar yang lebih tajam atau halus.Namun ternyata kedua-dua teknologi ini menonjolkan beberapa kelemahan yang agak ketara.

TV Plasma merupakan teknologi berasaskan liquid atau cecair yang menggunakan gas neon/xenon (seperti yang digunakan pada mentol lampu fluorescent).Kelemahan paling ketara adalah TV ini akan menghasilkan haba yang agak panas pada skrinnnya.Lebih besar skrin bermakna haba yang dikeluarkan lebih banyak dan boleh mengakibatkan ruang untuk menonton television menjadi lebih panas kecuali jika ruang tersebut dipasang air cond.Ramai yang tidak tahu bahawa liquid ini akan habis dan perlu di refill semula namun jangka hayatnya agak lama sekitar 12 hingga 15 tahun dan mungkin ketika itu TV tersebut sudahpun sampai masa untuk ditamatkan riwayatnya.

Kerana itu dapat kita lihat penurunan harga secara mendadak pada semua model TV Plasma ini. Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan kerana tidak semua penjual yang akan menerangkan tentang kelemahan ini.Jika tak percaya dekatkan tapak tangan atau pipi pada skrin tersebut dan kita akan dapat rasakan bahang kepanasannya.Seterusnya ia digantikan dengan TV LCD tetapi bahang kepanasan tetap dirasakan walaupun berjaya dikurangkan.

Terbaru muncul TV LED (Light Emitting Diode) dengan kualiti warna dan gambar yang lebih tepat, natural atau real berbanding TV Plasma yang lebih banyak menggunakan warna tambahan.Teknologi ini menggunakan backlight bagi menggantikan TV plasma yang menggunakan liquid dan teknologi kali ini dilihat lebih berjaya mengatasi masalah kepanasan tetapi tetap ada kelemahannya namun kelemahan tersebut tidak terlalu ketara seperti lampu LED itu terbakar yang boleh mengakibatkan terjadinya satu garis halus pada TV.Kelebihan lainnya adalah dari segi penjimatan tenaga elektrik sebanyak 50% berbanding dengan TV model lain tetapi sebelum membuat pilihan ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu seperti yang aku nyatakan DI SINI

Seterusnya kita beralih pada jenama apa pula yang menjadi pilihan?.Terdapat berbagai jenama bertaraf antarabangsa yang gah dalam industri elektronik ini antaranya National Panasonic dan Sony.Sebelum ini aku juga turut akui barangan elektronik yang menjadi pilihan adalah dari jenama Sony.Namun kini jenama Samsung semakin mendapat tempat di hati pengguna.Samsung merupakan pengeluar dan pembekal utama skrin TV di dunia dan di negara kita.

Ini bermakna jika kita memilih model lain sekalipun skrin tersebut tetap skrin yang ditempah dari Samsung.Syarikat dari Korea Selatan ini juga dilihat semakin bergerak pantas dengan menghasilkan model terkini bersama harga yang lebih kompetitif berbanding jenama lain.Begitu juga dengan telefon bimbit turut menyaksikan Samsung kini bersaing hebat dengan jenama lain.Sesuatu yang menarik adalah belum ada lagi jenama tiruan mahupun AP set dari jenama Samsung dalam pasaran kerana Samsung hanya membekalkan unit yang telah siap dipasang.

AP set bermaksud komponan handset seperti skrin, bateri, ic, board dan sebagainya dibawa masuk secara berasingan atau terlerai satu persatu oleh syarikat handphone berdaftar lalu dipasang di dalam negara.Kerana itu AP set adalah lebih murah berbanding handphone complete atau original set kerana tidak dikenakan duti import atau cukai serta warranty dari jenama tersebut.Justeru itu pengguna tidak merasa bimbang takut terbeli handphone tiruan seperti yang berlaku pada jenama lain serta harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding jenama lain yang menampilkan model yang sekelas dengannya.

Bagi barangan elektronik yang lain jenama Sharp masih lagi dominan dengan peti sejuk dan York masih unggul sebagai peneraju sistem penghawa dingin.Untuk Audio sistem seperti home teater atau radio jenama Sony masih lagi menjadi pilihan.Anda bagaimana?..jadilah pengguna yang bijak kerana setiap apa yang kita belanjakan itu adalah menjadi hak kita sebagai pengguna.

ozzy - Puas hati dengan TV LED Samsung dan handphone Samsung...kena minta komisen dari Samsung ni sebab tolong promote.

30 ulasan:

  1. gud info ni bro..saya gunakan TV plasma Panasonic..lega bila baca jangka hayat punah after 12-15 years..ciptaan manusia tetap ada kelemahan kan...kemudian setiap thn akan diperbaiki kelemhan itu namun tetap ada kepincangannya....

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, lepas nie kena cari TV LED Samsung laa nampak gayanya hehehe :)

    BalasPadam
  3. salam..
    aku tak berapa sangat dengan tv nih
    kat rumah masih pakai tv 29 inci, dulu
    beli di Best Denki RM 320 je..
    :)

    BalasPadam
  4. SALAM,
    BYK INFORMASI YG LF PEROLEHI. TKASIH

    BalasPadam
  5. Kat umah koi byk brand Toshiba..
    Peti ais,mesin basuh,tv semer toshiba..
    Nak kata ade share dlm co tu, xdok rasenyer..huhuh :P

    BalasPadam
  6. Thanks en.ozzy info yang sangat bagus , amy ada kedua2 tv nie first beli plasma tapi di sebabkan kelemahan plasma di kaca tv berbayang so amy beli satu lagi lcd , tue pun dari hasil nuffnang hehe..kalau tidak tak beli juga.. now dah terpikat gan led tapi x mau membazir dah... tapi pape pun info ni sangat berguna...thanks again

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Memang betul ttg kepanasan dan haba tu...
    Saya guna jenama TOSHIBA 40 inci dgn set home theater jenama SONY. Tapi sayangnya kadang2 je tengok tv terutamanya time berita.

    BalasPadam
  8. nice info..memang cari info ni sebab sering terkeliru dengan pelbagai feature tetapi tidak tahu weekpoint.Tapi yang baik tentunya mempunyai harga yang baik juga.

    BalasPadam
  9. Abg ozzy, bagus la entry kali ni. eh,maksud org bukan la yg lain tu tak bagus, cuma yela..zaman skrg ni kan, semua pakat bantai je beli,asal cantik, terkini, main bedal je ha. tapi tak leh salahkan pembeli spenuhnya..sbb penjual zaman sekrg, penipunya ramai, cakap yg gempak2 n dempak2 je pasal brgn diorg, yg kelemahan takmo cakap..

    BalasPadam
  10. kat rumah saya masih lagi pakai tv sony yang dah berusia 10 tahun, masih ok lagi.

    BalasPadam
  11. peh!! info yang aku tunggu2..

    BalasPadam
  12. Saya baru guna TV LED SAMSUNG gambar dan warnanya terang dan sistem bunyi ok tetapi tidak pasti samada TV SAMSUNG tahan lama atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hampeh...aku baru beli tv samsung LED 40" ,baru 2 bulan pakai screen dah buat hal..wakil samsung call aku bagi tau screen kalau ada crack tak termasuk dlm waranty.(AVOID WARRANTY).aku bagitau screen aku tu fizikal baik no crack ,tp bila TV on gambar jadi star crack,terus di cakap itu masalah human error..dia kata mungkin anak aku yg baling sesuatu di screen TV tu..kalau nk repair dia bajet dlm RM 1500...peh boleh beli TV LCD yg baru..so TV aku tu nak buat aper..buat tukun kot!. dah la tu hantar teknisyen kena caj lg RM 150.Barang je mahal ...product no quality........

      Padam
  13. bang kalau skreen dia crack sbelah dlm mesti bleh claim warranty...sbb mesti ada assembly faulty...ada something yg tekan skrin dari sbelah dlm

    BalasPadam
  14. Saya baru guna tv led samsung 7 siri 55in...masalahnya kenapa skrin ada tompokan cahaya putih...berbelak...cahaya putihnya x rata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..

      Lebih baik segera hantar ke kedai atau panggil dia dtg rumah check sebab masih ada warranty..biasanya lebih besar tv lebih mudah berlaku kerosakan pada skrin dan kualiti gambarnya x secantik tv yg bersaiz lebih kecil, ideally beli yg bersaiz 40 inci (common use skrg ni)dan satu lagi atas faktor keluasan ruang utk menonton tv perlu juga diambil kira sblm memilih saiz tv.Ramai yg beli saiz besar atas tujuan nak menunjuk tapi akhirnya mrk sedar ianya x praktikal dgn saiz/ruang utk menonton tv akibatnya jadi mcm kita tonton wayang duduk dibarisan depan sekali..cuba bayangkan.

      Padam
  15. sebenarnya kalau bagi saya, samsung tidak lah sehebat mana.ini kerana perkatan mega contrass tidak bermakna langsung bagi saya. kerana jika sesetiap brand itu sendiri tidak memberitahu actual dynamic contrass ratio yg sebenar. sebagai mana yg kita tahu jika kita mengunakan contras yg tidak setabil seperti terang dengan warna dan juga hitam. maka jangka hayat back lite tidak akan berpanjangan. pendek kata saya boleh jamin 2 tahun sahaja. selepas itu warna hitam akan bertukar menjadi putih(kelabu). penyelesaian nya tukar backlite baru ataupun tv baru. kalau kita survey di europe market setiap penguna kebiasaannya mentelaah(study) antara 2 hingga bulan baru membuat keputusan untuk beli.
    kalau nak kata dari segi ketahanan cuba periksa di pc world sendiri : http://www.pcworld.com/article/244561/hdtv_reliability_and_satisfaction_lg_is_the_brand_to_beat.html boleh saya katakan samsung hanya kuat pada hand phone semata2.

    BalasPadam
  16. boleh saya katakan untuk setiap brand tv semuanya memang ok, cuma setiap brand ada engine masing-masing. kalau kita perhatikan
    SONY BRAVIA nama engine
    TOSHIBA REGZA
    PANASONIC VIERA
    SAMSUNG DNIE/ mungkin nama engine baru
    LG TRIPLE XD
    SHARP AQUOS

    engine TV ialah pengerak utama untuk mengeluarkan cahaya dan warna yang di keluarkan melalui back light(lampu utama tv).
    persamaan lcd dengan plasma ialah kedua-duanya mengunakan Cold Cathode Fluorescent Lamp.
    perbezaan kedua-duanya pula..
    LCD:mengunakan konsep cecair,tahap dynamic contrast ratio maksima ialah 100,000-1 untuk tahun 2012,mengeluarkan gambar yg terang,terutama sekaliHD.
    baik dari segi 1920*1080(full hd)ataupun 1366*768 standard resolution. mempunyai respond time.
    PLASMA:mengunakan konsep gas,sebab itulah ia lebih berat 20 hingga 25% daripada lcd malah panel nya pula kaca.tetapi tahap dynamic contrast ratio minimum ialah 3,000,000-1 keatas.dari segi gambar plasma tv lebih natural(tidak terlalu terang dan gelap)mempunyai resolution yg sama,tetap boleh menerima siaran digital cuma tidak setepat lcd tv.
    plasma tidak mempunyai respond time ini kerana ia mengunakan gas..

    LED:persamaan led dan lcd ialah kedua-duanya mengunakan konsep cecair.tetapi tahap dynamic contras ratio LED lebih kurang sama dengan plasma tv,iaitu 3,000,000-1 keatas. ini kerana ada perbezaan warna dari sudut ketepatan gambar.
    sudah tentu led tv teknology yg terbaik di malaysia untuk dari segi pelbagai guna,seperti 3D,smart tv dan juga kegunaan biasa. tetapi jika kita jangkau di luar negara seperti di negara-negara europe teknology tv terbaru mereka ialah ORGANIC LED (OLED)yang ketebalan mencecah 2.9mm.
    LED juga ada pelbagai konsep iaitu:
    nano LED
    full LED
    edge LED

    spec: jika saya ingin membeli tv akan saya pastikan panelnya tidak lembut. biasanya jika lembut:
    1)dari segi ketahanan kurang.(hentakan)memang
    boleh dikatakan setiap brand tidak menangung kos
    pembaik pulih panel walaupun masih dalam waranty.
    dan ada sesetengah brand ada insuran untuk risiko
    panel yang pecah.tetapi saya tidak sanggup untuk
    menungu selama 1 atau 2 bulan di rumah untuk tv
    di baik pulih… tak mungkin bagi saya.
    2)mengeluarkan cahaya terlalu terang,menarik warna
    dari segi penjimatan tenaga elektrik kurang
    kepastian.
    3)kebiasaan nya panel lembut hanya cantik apabila
    kita tonton tv dihadapan sahaja bila kita duduk
    di sudut tepi kebanyakanya warna berubah boleh
    juga kita perasan yang warna hitam bertukar jadi
    kelabu.
    DYNAMIC CONTRAST RATIO:
    saya tidak percayakan mana-mana brand menyatakan tv mereka mengunakan mega contrast dan tidak memberi tahu contrast sebenar mereka,ini kerana DYNAMIC CONTRAST RATIO adalah amat penting untuk ada pada setiap tv.ini membolehkan kita membezakan
    antara hitam dan putih.
    sebagai contoh (arnab putih berlari di kawasan bersalji) jika dynamic contrast tv itu rendah,kita tidak akan dapat membezakan yang mana arnab dan salji..
    ciri-ciri tv PILIHAN saya:
    panel IPS tecnology(in panel switching)
    di mana jarak penglihatan dari semua sudut yang sempurna.warna hitam yang baik,mempunyai 4,000,000-1 dynamic contrast ratio keatas,sekurang-kurangnya 100hz keatas sudah cukup baik bagi saya.kadar warna natural.3D atau tidak smart atau tidak belakang cerita…
    t-Q.

    BalasPadam
  17. nano/full LED:keseluruhan panel dipenuhi lampu LED
    membuatkan ia jauh lebih jimat tenaga elektrik.
    cuma buat masa ini LG brand sahaja berjaya membuat
    nano/full led ternipis di dunia.
    LED pluss:di letakan lampu led di tepi frame tv.
    pluss bermakna terdapat 3 atau 4 lane lampu led
    di tengah panel,untuk backup cahaya diruang tengah
    panel.untuk menjimatkan tenaga elektrik.
    edge LED:di letakan lampu led di tepi frame tv
    sahaja kurang penjimatan tenaga elektrik,
    ini kerana apabila tv ini menayangkan scene yang
    terang lampu LED di sudut tepi frame terpaksa
    mengeluarkan cahaya yang amat kuat untuk sampai di
    tengah panel.penarikan tenaga elektrik berlaku di situ..
    LED tv:kekuatan cahaya 5 watts untuk setiap satu
    lampu LED TV.
    OLED tv:kekuatan turun ke paras minima iaitu cuma
    30 hingga ke 60 miliwatts untuk setiap satu lampu
    LED. malah pada tahun 2010 dan 2011 oled untuk
    31″ inci di di jual dengan harga mencecah rm100,000. setiap satu..
    memang kita tidak mampu mengejar teknology…

    BalasPadam
  18. quality brand dahulu,memang jauh bezanya
    dari brand yang sama pada sekarang ini,
    jadi saya saran kan lebih baik kita study tentang
    teknology,ketahanan,kebaikan dan keburukan malah apa sahaja.paling penting boleh pakai lama.
    brand dahulu setiap barangan itu datang dari negara asal 1pcs,tetapi untuk brand yang sama sekarang memang tidak 100% datang dari negara asal mereka.
    sudah tentu brand yang masa dahulu mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quality barangan terbaik.. walaupun jangka hayat untuk setiap tv yang lama dulu cuma 60,000jam sahaja.saya tetap percaya jika mereka kata(saya pakai tv sudah 20 tahun.)
    di bezakan dengan brand yang sama sekarang amatlah
    jauh bezanya,walaupun jangka hayat tv untuk setiap
    brand adalah 100,000jam baik plasma,lcd dan led semuanya sama.
    tetapi dari segi pengeluaran bagi saya mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan quantiti yang banyak.lebih dari qualiti..
    jika kita lihat di luar negara,mereka mentelaah(study) setiap brand selama dua atau tiga bulan sebelum membuat keputusan untuk pembelian..
    begitu juga saya sekarang ini..
    moga ANDA semua berpuas hati dengan pembelian yang anda buat, hidup HOME ENTERTAINMENT…Chow…

    BalasPadam
  19. plasma tv: kenapa saya masih membeli dan mengunakan plasma tv?
    sebab kalau nak di bezakan plasma tv dahulu dan sekarang.

    dulu:plasma dahulu mempunyai 6 hingga 8 kipas di belakang tv tersebut untuk memastikan tahap kepanasan tv itu stabil. malah juga tidak boleh terima digital signal dan tebal.

    sekarang:sekarang nie plasma tidak memerlukan kipas. ini kerana ia mengunakan teknology gas yg berbeza. dan boleh terima digital signal contohnya astro beyond dan sebagainya.lebih nipis dari plasma dulu.

    plasma tv tidak mempunyai respond time kerana ia berteknology gas,malah gambar yg natural(sederhana) di mana sangat sesuai untuk kita menonton dalam jarak dekat. contohnya
    dua2 hero saya suka menonton tv dalam jarak yg sangat dekat. mata mereka tidak akan cepat letih.

    kalau nk kompair dgn LED dan LCD konsep cecair memang ada respond time, walau sehebat mana pun tv itu. respond time memang tidak boleh di elakkan.

    RESPOND TIME:
    jika kita terjun kedalam air dan menyelam kita tidak akan mampu berlari,membaling batu baik dari semua pergerakan memang terbatas.
    begitujuga cahaya apabila di tembakan melalui cahaya, ia tetap ada flickering, terutama sekali apa bila kita menonton dalam jarak yg dekat.
    kena pula LCD dan LED memang lebih terang.
    kalau kanak2 yg suka menonton dalam jarak yg dekat.. dalam dua jam berikut tv pula tengok dia.. sebab dia dah zzzzZZZZZ....
    dalam masa dua tahun berikutnya pula boleh tambah 2 lagi mata(cermin mata).

    memang saya meminati LED,cuma saya tidak membeli saiz yg besar. cuma letak di bilik semata2 untuk layan bluray.

    itulah alasan saya kenapa saya mengunakan plasma tv.

    antara tv : plasma,lcd,led

    lcd akan pupus dahulu bukan plasma tv. kerana ia akan memberi laluan tempat untuk teknology cecair yg baru iaitu OLED tv mengambil alih tahta led yg akan turun di tanga lcd.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dengan penerangan panjang lebar dari En Kamarul Ximan yang saya anggap mempunyai pengetahuan luas berkenaan produk televisyen.
      Terima kasih juga krn sudi berkongsi ilmu dan memberi panduan berguna pada kami semua pembaca.

      Padam
  20. Balasan
    1. mungkin En Kamarul juga berminat untuk memberikan komen tentang entry saya di sini --> http://ozzy2u.blogspot.com/2011/07/tv-plasma-atau-tv-led-sesuatu-yang.html

      Padam
  21. en ozzy coppy dan paste sahaja, akan saya lawat di blog yg en ozzy minta.bila ada masa lapang.kalau ada kemuskilan boleh juga insyallah akan saya sediakan jawapan.. dan saya juga banyak berkongsi maklumat di blog lain juga.

    BalasPadam
  22. Nasib sy beli plasma tv. Hehe

    BalasPadam
  23. Sy baru je beli tv led panasonic 39"tak sampai sminggu dah rosak, tak tau ape Ɣαηƍ rosak Ɣαηƍ jelas power nye dah tak nyala/hidup huhuu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pn ada beli panasonic plasma alami masalah sama..tiba2 xleh on..tp mmg tiba2lh pun..hantar centre panasonis smpi ke k.l..sampai skang kat 3bulan xdpt2 lg..sebaik dealer bg pnjam tv sementara..mngkn panasonic mmg akan d masalah gni

      Padam
  24. Sy pakai tv plasma Panasonic 50 " telah mengalami keretakan yg agak panjang pada skrin dan dapat on tpi dlm mode stanby sahaja. Adakah skrin tersebut boleh ditukar ganti? Tq

    BalasPadam
  25. sy pon sama.. panasonic plasma 50".. dah 3thn pakai.. tibe2 xleh on.. rasa mcm elektrik xmasuk kot.. hihi. agak2 je

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...