22 Julai 2011

ULAT DALAM BATU PUN BOLEH HIDUP

Seringkali kita dengar perumpamaan "Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia" sebagai perbandingan kepada kita manusia agar jangan mudah berputus asa dan jangan malas untuk berusaha.Maksudnya orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan tetapi bukannya bermaksud kita hanya duduk atas batu dan tidak perlu berbuat apa-apa.

Perumpamaan ini juga boleh disamakan dengan peribahasa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" yang bermaksud jika seseorang itu mempunyai keinginan atau iltizam yang kuat dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya walaupun berdepan dengan berbagai cabaran dan rintangan.

Bagi sesebuah negara yang mempunyai taraf ekonomi yang kukuh mungkin sukar untuk ditemui ulat yang hidup di dalam batu kecuali jika habitatnya memang di dalam batu tetapi jika kebanyakan batu pun telah dihancurkan untuk memberi laluan pada pembangunan mungkin habitat ulat tersebut akan beralih ke tempat lain.Bagi negara yang masih mundur maka batu merupakan tempat paling selesa dan selamat untuk ulat ini terus tinggal di dalamnya manakala manusia pula terpaksa menjadi seperti ulat yang hidup di dalam batu dan berusaha sedaya upaya dengan apa juga cara untuk mendapatkan makanan dan mencari rezeki.

Apabila habitatnya diceroboh maka ulat-ulat ini akan mencari alternatif lain untuk terus hidup seperti hidup dalam kayu, dalam tanah, dalam simen dan mana-mana tempat yang boleh dijadikan tempat tinggal.Kadangkala mereka memilih tempat yang tidak dijangka seperti di sini...sila saksikan


                               

" Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku " - kata Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapuk.

ozzy - biasa tengok ulat tiket....

9 ulasan:

  1. Aduhai gelinya..mcam mana pulak boleh duk dalam lobang hidung tu..bukan seekor dua...10 ekor ada tu...

    BalasPadam
  2. Lama kelamaan boleh tercabut idong tu..
    tggal lubang idong jer..
    Bwk2 berubat la sesape yg resdung tu..

    BalasPadam
  3. Salam Pozi, aduh geligeleman campo seram laa pulok nengok ulat2 tu :(

    BalasPadam
  4. hik3..resdung teruk tuh smpai ada ulat..bluerk...

    BalasPadam
  5. Salam Ozzy...aku tak leh nengok sampai habis video tu, so tak tahu apa kesudahannya. Pasni, masa amik wuduk tu, rajin2 la masukkan air dlm hidung dan cuci bersih2..ish3

    Juadah Berbuka di bulan Ramadhan Kurma Cokelat Berbadam

    BalasPadam
  6. tak berapa boleh pakai dah peribahasa tu aku rasa.Banyak memberi kesan negativ je semacam mengharapkan nasib dan takdir menentukan arah tuju kehidupan.

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Ai, nasib baik belum klik utk tgk. saya mmg geli dgn ulat ni. Boleh bawak sampai dlm mimpi kalau tengok ulat.

    BalasPadam
  8. ya allah x sanggup nak lihat geliiiiiiiii....

    BalasPadam
  9. perumpaan dan peribahasa Melayu selalu merupakan madah yg sinikal supaya bangsanya dapat berfikir..")

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...