16 Ogos 2011

KUIH RAYA BUAT SENDIRI ATAU BELI

Sambutan Hari Raya bagaikan tidak lengkap jika tiada kuih raya yang dihidangkan.Terdapat berbagai kuih traditional yang begitu significant bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam sebagai hidangan pada tetamu di Hari Raya nanti.Antara yang menjadi pilihan dan sering kita temui adalah kuih semprit,kuih tat nenas,kuih makmur,kuih bahulu dan bermacam lagi kuih-kuih traditional yang menjadi simbol pada kuih raya.

Selain dari kuih raya turut dihidangkan ketupat atau lemang untuk menyerikan lagi sambutan hari raya bersama saudara mara atau rakan-rakan.Ada juga yang menyediakan hidangan berat seperti satay, nasi dagang atau laksa bergantung pada kehendak masing-masing.Begitu juga dengan hidangan lain sebagai tambahan seperti kerepek,maruku dan bermacam jenis kacang turut disediakan.

Apa yang sering kita perhatikan kuih traditional tersebut kebanyakannya diperbuat daripada bahan asas seperti tepung,mentega dan telur.Kerana itu kebanyakannya mempunyai rasa yang hampir sama hanya bentuknya sahaja yang berbeza dan diberi sedikit penambahan seperti kelapa atau coklat atau bahan perisa yang lain untuk mempelbagaikan jenis-jenis kuih tersebut.Jika dahulu kebanyakan kuih dibuat sendiri oleh keluarga sebagai hidangan di hari raya tapi suasana hari ini telah jauh berubah di mana kita lebih selesa membeli kuih yang telah siap dijual.Kalau yang dibuat sendiri pun mungkin satu atau dua jenis sahaja.

Alasannya kerana kita sibuk dan tak ada masa.Alasan lain adalah kerana kos untuk membuat kuih juga mahal.Kalau nak beri alasan malas nak buat tak sedap pula bunyinya maka alasan leceh nak buat mungkin lebih sesuai.Maka sekiranya ditanya boleh dikatakan ramai yang akan mengakui bahawa sekarang ini kuih raya adalah yang dibeli atau 'kuih tunjuk' dan bukan dibuat sendiri.Ini sekaligus merancakkan lagi industri membuat dan membekalkan kuih raya kerana senario kita sekarang ini adalah samada mampu beli atau terpaksa beli.Kalau tak mampu beli mungkin nak atau tak nak terpaksalah kita buat sendiri.

Apa yang kita perhatikan juga kuih-kuih tersebut kini diberi nama yang lebih moden dengan sedikit penambahan pada resepi atau adunannya tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kuih raya.Kuih yang masih kekal namanya adalah kuih semprit mungkin kerana sebutannya agak unik.Kuih yang semakin popular pula adalah kuih 'Almond London' yang sering menjadi pilihan sebagai hidangan di hari raya kerana boleh dikatakan inilah kuih yang paling digemari kerana diselaputi cokelat dan kacang di dalamnya.Jika di lihat pada sebutan dan namanya ia agak berlawanan kerana tiada unsur kemelayuan tetapi menjadi hidangan popular di hari raya.Bagaimana kuih ini boleh bertapak dan menyusup masuk ke dalam senarai kuih raya? jika tidak masakan ia menjadi popular sebagai hidangan di hari raya?.Siapa Almond London?.

Sebenarnya inilah peluang kepada pengusaha atau pembekal kuih raya untuk memperkenalkan jenamanya sendiri.Apa yang perlu mereka lakukan adalah mencipta resepi sendiri berdasarkan ciri-ciri kuih melayu dan mengukir bentuknya untuk menjadi satu ikon kuih raya.Kuih tersebut kemudiannya diberi nama sebagai contoh 'kuih ozzy' dan kemudiannya dipasarkan.Sekiranya resepi ini diterima dan mendapat sambutan yang menggalakkan maka orang lain juga akan membuat kuih dengan bentuk yang sama tetapi tetap dipanggil sebagai 'kuih ozzy'.Tahun berikutnya kita perbagaikan lagi resepi serta bentuk kuih tersebut dan kita boleh namakan sebagai 'kuih Amy', 'kuih Ayu', 'kuih Awang', 'kuih Yassin', 'kuih Minah' dan sebagainya menjadikan kita sebagai perintis atau penciptanya.

Manakala kita sebagai pencipta resepi mesti mengekalkan rasa kuih tersebut dan pastikan tersembunyi satu rahsia atau 'secret recepi' pada kuih tersebut supaya keasliannya terpelihara dan tidak boleh ditiru oleh orang lain.Mereka boleh membuat dan menjual 'kuih ozzy' tapi rasanya tidak akan sama sebagaimana yang kita pasarkan sebagai 'kuih ozzy' yang origional dan ini sekaligus mengukuhkan jenama dan syarikat kita sendiri.Namun berapa ramai antara kita yang berani mencuba? sebabnya kerana kita takut gagal dan takut rugi jika tidak laku dan kita lebih selesa menjadi pengikut.Masalah lain adalah kita orang Melayu jarang memberi sokongan pada produk yang dibuat oleh orang melayu dan kita lebih rela menyebutnya dengan nama 'Almond London' walaupun ia dibuat dan diadun oleh tangan kita sendiri.

Kerana itu juga yang sering kita lihat adalah nama-nama lain yang muncul dan menguasai pasaran kuih raya seperti 'Almond London' , 'Cappucino' , 'Mazola' 'Marvelous' dan bermacam lagi.Jadi apa salahnya kalau kita buat sendiri dan labelkan dengan nama kita sendiri.Bila berhari raya di rumah kawan dan dengar kawan kita kata " wahh..sedapnya kuih ozzy ni..beli kat mana?..tahun depan aku nak order sebakul " kan bangga tuu...

ozzy - belum pernah cuba buat resepi sendiri....

9 ulasan:

  1. Saya beli saja geng....beli dua tiga jenis sudah cukup...dan beli pon kat tempat yg mmg dah biasa..

    BalasPadam
  2. Tahun ni amy dah sediakan peruntukkan untuk kuih raya , so kalau dah sediakan peruntukkan tue maknanya semua pakai tunjuk je la , x de masa nak buat..

    BalasPadam
  3. Assalam.
    Zaman remaja dulu rajin la buat kuih raya,bila dah kahwin ni,boleh buat 1jenis je itu pun kalau rajin.Rasanya lebih mudah beli,jimat masa dan tenaga.

    BalasPadam
  4. salam..
    ermm..prefer yang tunjuk2 je ozzy
    cepat dan mudah..zaman ler nih semua
    bekerja..kesian pulak kat orang rumah
    nak suruh buat kueh

    BalasPadam
  5. beli dan buat masing masing ada kelebihan.nak beli sebaiknya pada orang/tempat yang sudah biasa....

    selamat berpuasa...

    BalasPadam
  6. Terima kasih semua dgn komen yg diberikan & ternyata 'kuih tunjuk' lebih menjadi pilihan kita hari ini.

    MD - Betul tu..dua-dua ada kelebihan cuma kalau buat sendiri rasanya lebih puas hati..Selamat berpuasa & Selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba..

    BalasPadam
  7. Salam Pozi, kalau org rumah kawan cukup kenan membuat kuih tunjuk :( moral kuih beli tak menepati citarasa :(

    BalasPadam
  8. Akuanakpahang..
    W'salam..betul tu kekadang kuih tunjuk ni mmg x menepati citarasa kita & x sama mcm yg kita buat sendiri.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...