31 Januari 2012

BUKU 3 LIMA

Sebut saja buku 3 lima tak ada lain yang kita fikirkan..tu mesti buku hutang tu hehe..Kalau dulu bila buat keluar je buku 3 lima ni mulalah kawan di sebelah menjeling-jeling nak tengok banyak ke hutang tu?.Bukan hanya yang berhutang malah pemiutang (yang memberi hutang atau ceti) pun turut sama menggunakan buku ni sebab saiznya yang kecil dan senang nak bawa ke sana sini.

Zaman sekarang dah tak ramai yang guna buku ni sebab dah tersedia bermacam teknologi untuk catatkan hutang atau untuk catatkan siapa yang berhutang seperti computer mahupun gadget yang lain termasuklah diary yang kelihatan lebih bergaya dengan bermacam warna dan rekabentuk.

Tapi bagi aku sampai sekarang aku masih gunakan buku 3 lima ni tapi bukan untuk tulis hutang tapi digunakan sebagai buku nota.Kadang kala bila keluar pergi meeting orang lain keluarkan diary tapi aku keluarkan buku 3 lima.Kalau orang pandang pun ada aku kisah? hehe..sebab pada aku yang penting adalah nota² yang mesti dicatatkan , kata orang "don't judge a book from it's cover" okey!.Biasanya buku ini aku bawa kemana saja sebab senang kerana saiznya yang kecil dan itu lebih baik daripada kita langsung tak bawa apa² kan?.Cuma kalau memang aku bersedia dari awal untuk menghadiri apa jua meeting sudah tentulah aku akan bawa diary..kalau aku berada di luar dan tiba² kena join meeting buku 3 lima inilah dengan selambanya aku letakkan atas meja hehe..

Rasanya aku masih ada lagi simpan sebanyak 5 buah buku 3 lima ni yang penuh dengan nota.Ada yang bercampur dengan bermacam nota dah macam buku rojak.Dalam kereta aku pun aku selitkan buku nota ni untuk salin apa saja yang aku buat dengan kereta aku seperti bila tarikh terakhir aku tukar minyak enjin, bila kali terakhir aku tukar minyak gear box, bila kali terakhir aku tukar tayar dan apa saja yang aku buat dengan kereta aku tu sampai tukar part dengan kawan pun aku tulis termasuklah juga nama atau kat mana aku tukar part tersebut.setakat ini tak pernah lagi aku jumpa kawan-kawan aku buat macam yang aku buat ni.Kiranya buku 3 lima ni dah jadi macam buku sejarah kereta aku la hehe..



Korang ada? belilah satu murah je harganya cuma 20 sen hehe..

ozzy - salin nota takut lupa..

6 ulasan:

  1. hah,, last guner mser pgwas skola rendah, hahaha amik nma org.. hahaha

    jom hayati sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

    BalasPadam
  2. 20 sen dah harga dia ye.. haha dulu seposen je.. betul tu macam komen kat atas, dulu guna buku 3x5 ni untuk tulis benda2 berkaitan dengan Pengawas. Tapi kan en. Ozzy, menulis hutang dalam buku 3x5 ni sebenarnya menghampiri kalau tak menepati kehendak syarak dalam urusan berhutang sesama manusia.

    BalasPadam
  3. Sempat juga masa sekolah dulu kawan buat nulis nota buka 3x5 nie:)

    BalasPadam
  4. Assalam...
    Kat sekolah menengah dulu guna la.
    ada sorang ustaz suruh beli buku ni buat hafaz perkataan arab, antonim dan sinonim...

    BalasPadam
  5. dulu masa skolah seposen je harganya,dulu masa sekolah rendah guna buat buku sifir je,hahaha

    BalasPadam
  6. memang amalan yang baik.
    aku pun ada gak. tapi buku nota kecil lah, bukan buku 555

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...