13 November 2010

5 sen

Zaman semakin berubah.Teknologi semakin maju.Nilai matawang juga semakin susut.

Kalau dulu duit satu sen masih berharga tapi kini dilempar dan dibuang merata. Setelah duit satu sen tidak lagi bernilai kini tiba pula masa duit 5 sen di buang merata.

Teringat dulu dengan 5 sen boleh beli kuih sebiji atau asikrim tapi hari ini duit sen hanya diberi sebagai baki itupun jika membeli belah di pasar raya. Meskipun duit 1 sen sudah tiada nilai lagi tapi harga barang di pasar raya masih lagi meletakkan nilai barangan seperti rm10.99 bermakna baki 1 sen perlu dipulangkan.

Itulah strategi perniagaan.Kalau diletak rm11 harganya nampak mahal berbanding dengan rm10.99 sedangkan ia sebenarnya tiada beza kerana nilainya adalah sama.Perbezaan hanyalah dari segi sebutan iaitu 10 dan 11 bertujuan untuk memerangkap minda pembeli dari segi sebutan di mana 10 itu lebih kecil dari 11.

Kita biasa mendengar orang yang dalam keadaan marah menyebut " aku tak akan halalkan walau satu sen pun dia ambil duit aku ".Mungkin lepas ni satu sen tu dah kena sebut  5 sen sebab duit satu sen dah tak ada lagi.

ozzy - 5 sen tetap berharga....

3 ulasan:

  1. sekarang ni duit 5 sen mcm dah tak der nilai...kalau ada dibuang merata2 jer dlm rumah. 1 sen lagi lah tak dihargai

    BalasPadam
  2. Sekarang nie pulak dah ada pengenapan syiling, maka 10.99 semmg tak payahlah di promosikan dan tentu jadi RM11.00.

    BalasPadam
  3. salam Ozzy..
    sapa lah yang kaya amat..
    tak de 5 sen tak cukup sejuta
    ringgit..maka hargailah 5 sen anda!
    hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...