24 November 2010

ARIAL TAK GUNA

Kalau dulu masa kat kampung kita dapat lihat Arial TV punyalah tinggi terpacak.Sebabnya kerana susah nak dapatkan siaran TV.Tak cukup dengan tinggi ada pulak yang tambah tudung periuk dan kuali semata-mata nak dapatkan siaran yang lebih jelas.Bila pasang TV 1 lepas tu nak alih TV 2 terpaksalah pusing dan adjust lagi tiang yang ikat Arial tu.

Hari ini dengan adanya kemudahan stesen berbayar seperti ASTRO maka bila balik kampung Arial ni banyak yang dah tak guna dah dan di ganti dengan piring ASTRO yang lebih canggih dan tak perlu lagi nak adjust-adjust.

Dulu Arial ni terpacak di mana-mana ..pacak sana pacak sini .. tapi sekarang ni ramai yang dah tak nak guna.Bila dah pasang ASTRO nak buat apa lagi ARIAL ni sebab orang dah tak ada guna. Walaupun ramai yang kata Arial tak guna tapi masih ada lagi yang menggunakan Arial ni alasannya ' guna selagi masih boleh guna '.

Kalau musim hujan memang kena selalu adjust Arial ni samada dia minta diadjust atau pengguna yang suka adjust tapi bagi yang dah bosan dengan kerenah Arial ni mereka akan kata :" hampeh betul...ARIAL TAK GUNA "...

8 ulasan:

  1. salam...
    nasib baik rumah aku
    guna ariel atas bubung
    apartment...clear je..
    he he..

    BalasPadam
  2. w'salam zul..

    Tu arial atas bumbung..Arial ni dalam 'dalam rumah' hehe...

    BalasPadam
  3. Suatu ketika dahulu kawan penah bermain dgn Arial mmg sakit jiwa dibuatkan :(
    New Entry "Adik dah muntah-muntah..."

    BalasPadam
  4. Salam...

    Arial ngn Ariel dedua x guna..huhuh :p

    BalasPadam
  5. yup betul tue tapi kat umah angah masih guna lagi sebab di bilik tak kan nak guna astro gak tul tak?? hehehe

    BalasPadam
  6. w'salam pada yg beri salam..

    AAP - Kenangan lama tu..dulu mmg selalu kena adjust..

    Yun - pandai aok hehe..

    Angah - kalau kat bilik mmg berguna la 'arial' tu hehe..

    BalasPadam
  7. Astro bila hari hujan tida gambar...

    BalasPadam
  8. saya pakai arial yg terpacak atas tv jer. mujur rumah tak jauh dari stesen pemancar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...