5 November 2010

BEBASKAN MINDA

Meniti kehidupan ada masanya kita dibelenggu dengan berbagai masalah dan cabaran.Ada waktu dan ketika segalanya bagai terhimpun serentak lantas menghimpit segenap ruang kehidupan akibatnya minda bagaikan terbeban mencari ruang untuk bergerak.

Setiap dari kita pasti ada cara tersendiri bagi membebaskan minda untuk berehat seketika dari segala bebanan yang menimpa.Langkah ini juga penting untuk memberi ruang pada minda untuk kembali segar.Ini bukan bermakna kita lari dari segalanya kerana kita tetap akan berhadapan dengannya dan itulah dinamakan cabaran. Apabila minda terus dipaksa dan dikerah hingga ke paras maksimum antara implikasi yang mungkin ramai dari kita alami adalah tekanan perasaan hingga memaksa ada antara kita mengambil ubat penenang. Tekanan perasaan ini juga jika tidak dikawal boleh mengakibatkan masalah mental atau sakit jiwa disamping penyakit moden seperti 'tekanan darah tinggi' dan sebagainya.

Berbagai cara serta gaya yang dapat kita perhatikan dan pastinya setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri.Antaranya dengan melakukan sesuatu yang mereka gemari atau disebut hobi seperti memancing,melukis,menulis,menyanyi (karaoke) dan sebagainya.Bagi kelompok yang berfikiran negatif atau inginkan jalan mudah untuk merembaskan segalanya antara jalan yang dipilih adalah dadah,minum arak dan gejala yang kian meningkat iaitu lari dari rumah.Lebih memburukkan lagi keadaan ada yang memilih untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan atau meminum racun.

Ada kalanya jalan atau cara yang kita pilih tidak banyak membantu untuk mengurangkan bebanan ini.Sebagai contoh dengan pergi melancong atau bercuti bersama keluarga kemana-mana destinasi percutian.Dengan memandu kenderaan kita terasa seolah masih lagi dibebani dengan kos untuk minyak dan tol atau mungkin juga akan berhadapan dengan jalan yang sesak serta risiko kerosakan pada kenderaan.Mata turut dikerah untuk memusatkan perhatian pada pemanduan akibatnya minda terus kekal dalam keadaan berjaga-jaga.Tiba di tempat percutian berkemungkinan kita akan berhadapan pula dengan kerenah anak-anak yang meminta itu dan ini.Kita juga perlu memikirkan tentang waktu makan di mana dan apa untuk dimakan bukan hanya untuk kita malah untuk semua ahli keluarga.Ini bermakna minda kita belum bebas sepenuhnya dan pencairan minda terus berlaku menyebabkan badan kita turut letih.Teori mudah bila badan penat atau letih ianya pasti turut memberi kesan pada minda.

Antara cara yang aku gemari adalah dengan bercuti seorang diri buat seketika.Cukup hanya untuk dua atau tiga hari.Aku elakkan dari memandu dan lebih gemar memilih bas ekspress.Bas yang dipilih pula bukanlah dari syarikat terkenal atau popular seperti 'transnasional' atau 'konsortium bas ekspress'.Waktu yang dipilih pula bukanlah semasa perayaan atau ketika ramai sedang bercuti.Ini bagi mengelakkan kesesakan dan memberi ruang yang lebih selesa sekaligus membuatkan minda aku berehat sepenuhnya.Aku tidak perlu memikirkan tentang kesesakan,kos minyak dan juga tol.

Destinasi yang aku gemari adalah menuju ke utara dan bas 'favourite' aku adalah bas ekspress 'StarMart'. Setakat ini telah 5 kali aku menaiki bas ini dan aku amat berpuas hati dengan keselesaan yang disediakan.Ruang dalaman yang luas dan bersih  manakala 'seat' yang aku pilih pastinya 'single seat' (lihat gambar).Jika anda pernah menaiki flight Air Asia aku boleh katakan bas ini jauh lebih baik dari segi keselesaan.


Masa yang dipilih pula biasanya sekitar jam 4 atau 5 petang untuk memulakan perjalanan dan tiba sekitar jam 8 malam.Berehat di dalam bas bersama kerusi yang boleh dibaringkan serta alas kaki yang boleh dilaraskan membuatkan diri terasa amat selesa.Segala beban dan persoalan dilontar keluar bagi mengosongkan kotak fikiran untuk memberi ruang pada minda berehat dengan secukupnya.Melihat pemandangan di sepanjang perjalanan bersama perbaringan yang selesa sambil membayangkan segala keindahan di dalam kehidupan ini.Lupakan segala masalah, lupakan blog , lontarkan segala persoalan serta lupuskan segala keresahan.Kembalikan kenangan bersama nostalgia serta memori indah seraya mencipta dan mengumpul idea baru.

Ini antara cara yang aku gunakan.Anda bagaimana? pasti anda juga mempunyai cara anda yang tersendiri. Walau apa jua caranya ketahuilah bahawa minda kita juga berhak untuk berehat dan ketahuilah juga bahawa kita juga bergelar insan yang berhak untuk mengecapi ketenangan dan kebahagian meskipun hanya untuk seketika.Pastikan anda pilih jalan yang terbaik buat diri anda sendiri.


13 ulasan:

  1. dah lama tak naik bas.. kali terakhir 4 tahun lepas. dulu suka ambil bas malam. sampai ke destinasi awal pagi.. boleh tidur dgn lena

    BalasPadam
  2. beli tiket daripada syarikat bas ekspress yang ada sistem jualan tiket online, boleh pilih tempat duduk yang kita suka.. sudah tentu saya pilih 10C kalau Transnasional. Single seat yang bertentang dengan pintu kecemasan. ruang kakinya lebih luas..


    Terbaru di blog saya "Kenalpasti Keperluan Mangsa Banjir Sebelum Datang Membantu"

    BalasPadam
  3. last naik bas pada pertengahan oktober lepas...huhuhu...sempit la tempat duduk kat dalam bas tu...

    BalasPadam
  4. Salam..
    Takut dah naik bas..huhuh
    Koi suka bebaskan minda dgn cara bercuti gak..
    Kalau xde masa sgt p picnic kat pantai jer..
    Kalau ade geng,p camping atau mendaki...

    BalasPadam
  5. Salam ..supalah kawan jarang amat dah naik Bas ini..sesekali boleh jua layan keknya x berani nak gi jauh-jauh :(

    BalasPadam
  6. salam,
    dah tak ingat kali terakhir naik bas,
    saya hanya tido untuk rehatkan minda..

    BalasPadam
  7. mencari ketenangan berbagai2 cara...ketenangan 'itu keindahan dan keindahan adalah kebahagiaan'....

    BalasPadam
  8. salam..
    selamat berjalan lah..
    rehatkan minda mu..he he
    holiday time...

    BalasPadam
  9. SALAM,
    MENARIK MEMBACA N3 INI. SETUJU MINDA KITA PERLUKAN KEREHATAN. TAK ADIL KEPADA DIRI KALAU KITA TIDAK MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANGGOTA TUBUH BADAN KITA. CARANYA TERPULANG KEPADA EMPUNYA DIRI ASALKAN IA TIDAK MELANGGAR SYARIAT AGAMA KITA. PILIHAN CARA OZZY AMAT BAIK SEKALI.

    BalasPadam
  10. Salam Ozzy..

    Kome bila masuk kebun di situ terserlah sangat kedamaian..

    Biar pun penat tapi hati puas..

    BalasPadam
  11. ozzy: bercuti bagus utk merehatkan fikiran yg dah letih bekerja dan mengembalikan semula ketenangan.....

    slm ziarah & slm kenal....:)

    BalasPadam
  12. salam en.ozzy..

    amy datang sini melawat en.ozzy, agak lame juga x bertandang di sini..harap en.ozzy sihat2 hendaknya..anyway selaamt merehatkan minda dan menenangkan fikiran..

    BalasPadam
  13. w'salam pada yang memberi salam..

    Terpulang pada cara masing-masing untuk merehatkan minda yang penting jika ada masa yang terluang berilah peluang pada minda kita untuk berehat asalkan tidak memilih jalan yang memudaratkan diri kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...