25 November 2010

BILA TEGANG

Berita hari ini banyak memaparkan situasi tegang di sana sini.Berita luar negara ketegangan berlaku antara dua jiran terdekat Korea Utara dan Korea Selatan.Berpuluh-puluh tembakan dilepaskan oleh tentera Korea Utara ke arah tentera Korea Selatan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku semalam di Phnom Penh apabila sambutan pesta air turut mengakibatkan ketegangan dan meragut nyawa seramai lebih 300 orang.Kejadian berlaku dikatakan berpunca dengan sikap panik semua pengunjung menyebabkan keadaan tidak menjadi terkawal apabila masing-masing cuba melepaskan diri dari situasi tegang tersebut.

Di negara kita hari ini turut berlaku situasi tegang disalah sebuah bangunan mahkamah yang sedang membicarakan satu kes yang berprofile tinggi.Situasi perbicaraan hari ini juga kelihatan lebih tegang di antara kedua-dua belah pihak daripada sebelum ini.Mungkin kalau berprofile tinggi maka ianya akan menjadi lebih tegang.

Jika di luar negara kejadian di Phnom Penh sepatutnya tidak menjadi tegang kerana festival tersebut adalah festival air yang sepatutnya semua pengunjung lebih merasa sejuk dan nyaman.Di negara kita pula sekarang ini adalah musim banjir dan musim hujan maka semua pihak tidak sepatutnya merasa tegang.

Mungkin juga apabila kesejukan maka ketegangan berlaku dan apakah itu juga fakta?...Yang pastinya kalau keadaan menjadi tegang tarik nafas perlahan-lahan dan tenangkan diri..jangan panik dan gopoh bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Phnom Penh kerana boleh menyebabkan kematian.Kalau tak berjaya juga lepaskanlah di mana-mana untuk kendurkan semula ketegangan tersebut asalkan tidak menyalahi undang-undang kerana ketegangan ini juga boleh memudaratkan serta membahayakan diri anda dan juga negara...

ozzy - suasana tegang kini turut dilihat melanda AAP .. ssshhhyyyy

11 ulasan:

  1. salam..
    koi ingat apa
    yang tegang nye..
    he he..bukan kena
    mengena dengan seluar
    erkk?la la la..

    BalasPadam
  2. Hahaha.. lain benor bunyi tajuk N3 aok nei. kawan ingat ada barang yang dah tegang ada petuanya rendam dalam air batu hehehe

    *sesekali buat rengangan baik juga utk otot-oto :)

    Tak kenal maka tak cinta "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

    BalasPadam
  3. Salam...

    Betul...AAP sdg dilanda suasana tegang..
    (saya diupah oleh tuan blog utk komen di atas,harap tuan AAP x saman saya)

    hakhak :P

    BalasPadam
  4. slmt mlm pozi.award lagi ....sila ambik award kt blog saya ya

    BalasPadam
  5. w'salam zul - tegang banyak maksud juga tu.

    AAP - entry ni koi terbitkan special utk aok..gurau2 je bang..

    Yun - Nak tau AAP sedang tegang ke x kena tanya & tgk dia lah hehe....

    Matahari - Terima kasih Ana dgn anugerah award tu.

    BalasPadam
  6. SALAM,
    SETUJU, YANG TEGANG ITU PERLU DIKENDURKAN UNTUK MENDAPATKAN KETENANGAN. SETUJU JUGAK, BUKAN SAHAJA CUACA PANAS BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU KETEGANGAN. CUACA SEJUK JUGAK BERKEMUNGKINAN TEGANG

    BalasPadam
  7. LF - w'salam Dato'..

    Terima kasih dgn komen..entry ni saja nak sakat kawan2 (AAP) tu je..sesekali gurau2 hehe...

    BalasPadam
  8. berbaik-baiklah yo..itu yg sebaiknya..

    BalasPadam
  9. ngeh ngeh ngeh.. walaupun tegang yang lurus, tetap nak pk tegang yg lain haha..

    BalasPadam
  10. salam bro ozzy

    sabar jer la.. tue la sekarang nie kena berjaga2 apa2 pun dunia dah akhir zaman

    BalasPadam
  11. harapnya dekat korea sana tak terus tegang.. jangan sampai meleret pulak pertelingkahan jadi perang besar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...