22 November 2010

CEMOLOT

Suasana tenang di sebuah perkampungan yang terletak jauh di tengah hutan menjadi gempar apabila salah seorang penduduk kampung membawa satu makhluk asing yang kelihatan berbeza dengan keturunan mereka.

Ramai yang membantah dan tak kurang juga ada yang menyokong kehadiran makhluk tersebut di tempat mereka.Melihat kekecohan tersebut Kak Mon mengusulkan supaya diadakan mesyuarat tergempar seberapa segera.

Esoknya semua jawatankuasa yang dilantik termasuk mereka yang tidak berpuas hati hadir pada mesyuarat tersebut.Ketua kampung mempersilakan  sesiapa yang tidak berpuashati supaya bangun memberikan ucapan. Maka bangunlah salah seorang dari mereka untuk memberikan hujahnya.

Bro Mon " Pertama sekali saya ingin bertanya sebab apa dan kenapa bayi yang dibuang ini kita pungut dan dibawa masuk ke perkampungan kita?.Perbuatan ini adalah salah dari segi undang-undang dan jika kita ditangkap kita akan didakwa dan dipenjara".

Kak Mon menjawab " Jika kita mencuri itu memang salah tapi bayi ini saya jumpa dalam tong sampah.Apa salahnya saya tolong selamatkan dia dari dimakan anjing atau binatang lain.Sekurang-kurangnya dia selamat berada di sini".

Bagi meredakan keadaan ketua kampung pun berkata " Tak apalah buat sementara waktu bayi ini kita jaga.Bila dia dah sihat kita hantar semula ke tempat yang selamat dan serahkan pada pihak yang sepatutnya. Kepada anda semua saya ingin berpesan supaya menjaga tingkah laku supaya perkara yang memalukan ini tidak berlaku pada masyarakat haiwan seperti kita.Berhati-hati dalam pergaulan, jaga tingkah laku , jangan memalukan kaum kita dengan perbuatan yang kurang sopan.Kalau nak CEMOLOT jangan cemolot di tempat awam...".

Belum habis ketua kampung bercakap tiba-tiba Bro Mon mencelah " CEMOLOT tu apa tok ketua?".Belum sempat tok ketua menjawab Kak Nyet pula mencelah " CEMOLOT tu singkatan dari perkataan CER MASUK DALAM MULUT...maknanya lebih kurang sesuatu yang kita nak masukkan dalam mulut contohnya kalau kita nak makan pisang 'cer masukkan pisang tu dalam mulut' .. singkatannya jadi CEMOLOT lah".

Tok Ketua berkata " ha ha ha..Pandailah kau Kak Nyet..tapi hampir tepat dah agaknya tu.Aku sendiri pun tak tau apa maknanya CEMOLOT ni sebab aku baru je dengar diaorang dok sebut pasal benda ni.Tapi untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya korang lebih faham dengan jelas apa itu CEMOLOT aku ada bawa rakamannya tapi yang bawah 18 tahun tak boleh tengok ok".

Bro Mon " Cepatlah pasang tok ketua..tak sabar rasanya nak tengok CEMOLOT tu menatang apa.".

Tok Ketua mengambil rakaman tersebut dan memasangnya sambil berkata " Jom kita tengok sama-sama tapi aku nak ingatkan korang jangan ikut perangai diaorang tu nanti aku juga yang dapat malu".

Rakaman pun di pasang....

V

V

V

V

V

V

V

V
           

                      
Selepas habis rakaman tok ketua berkata " Mungkin inilah antara penyebab dan penyumbang berlakunya gejala anak-anak yang tidak berdosa dibuang merata.Korang semua kalau berjalan tu hati-hati takut 'tersepak' atau 'terpijak' bayi-bayi tu nanti..apapun perkara ini akan dipanjangkan ke mesyuarat monyet-monyet sedunia di Montogero tahun depan".

Bro Mon berkata " Ooohhhh!!..macam tu rupanya CEMOLOT..ingatkan apa sekarang baru aku faham hehe.." sambil mencuit dan mengenyit mata pada Kak Mon...
Kak Mon berkata " hah!!! sudah..kau jangan nak menggatal, tak hingin aku nak CEMOLOT dengan kau dalam hutan camni.Kalau nak CEMOLOT buatlah kat stesen bas macam diaorang tu baru gempak bro "....

ozzy - ini bukan budaya kita....

14 ulasan:

  1. Mual, menyampoh... loya itu yang dapat kawan simpulkan bila melihat video itu... apa nak jadi dgn anak bangsa kita dihari ini?

    BalasPadam
  2. gambar kartun tu cukup saya suka.. haiwan sayangkan anak tapi manusia sanggup buang dimerata-rata

    BalasPadam
  3. salam..
    lebih terkenal
    sebagai "french kiss"
    jika di barat..

    BalasPadam
  4. salam,

    malunya
    inilah umat di akhir zaman..

    thanx ye datang gadis kidal :)

    BalasPadam
  5. Terbaikkkk... eh.. artikel ni yang terbaik, bukan video klip tu.. takde pulak pisang dalam video tu ye..

    BalasPadam
  6. salam..

    allahu akhbar , malunya la...

    BalasPadam
  7. ozzy: sayu hati tgk bayi yg dibuang tu....hu3....

    BalasPadam
  8. astarafilrullahulazim........
    isk..isk..isk.. dah tersebar dah masa farafauzana kuarkan kat fb ari tue...

    BalasPadam
  9. hurmm lumrah.. tp nmpak gadis tue cm blurr je...

    BalasPadam
  10. anak muda la nie ...tak ingat dosa pahala dah

    BalasPadam
  11. Bila hati dah suka buat apa pun sanggup.. belum terfikir masa depan. Bila dah tergadah baru sedar langat tinggi atau rendah. Minta dijauhi dari keturunan kita...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...