26 November 2010

LEMPAR BAJU

Musim cuti sekolah merupakan pilihan utama bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.Kepada pasangan yang menjadi raja sehari diucapkan selamat pengantin baru semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Walaupun musim cuti sekolah dikira waktu yang paling sesuai tetapi masalah lain pula timbul kerana ketika ini juga adalah musim tengkujuh atau musim hujan.Jika hujan maka susahlah untuk membuat kerja dan tetamu juga mungkin tidak ramai yang akan hadir terutamanya jika hujan lebat.

Jika di kampung keadaan menjadi lebih teruk sekiranya khemah dipasang ditanah lapang.Jika hujan lebat keadaan akan menjadi becak dan laluan turut berlopak di sana sini.Antara petua lama agar hujan tidak turun atau untuk memberhentikan hujan semasa majlis diadakan adalah dengan melempar salah satu baju yang pernah atau selalu dipakai oleh pihak pengantin.Ada yang kata baca selawat 3 kali dan mohon supaya jangan hujan dan selepas itu baju akan dilempar di atas bumbung rumah.Doa lain kena rujuk pada yang lebih tahu.Biasanya bakal pengantin diminta memilih baju yang sering dia pakai maksudnya baju favourite dialah.Kalau dia minat bola mungkin dia selalu pakai baju bola maka baju itulah yang kena lempar.

Selain dari itu ada juga yang menggunakan khidmat bomoh hujan yang dikatakan berupaya untuk mengalihkan hujan ke tempat lain.Betul atau tidak wallahualam sebab aku tak pernah tengok macamana upacara yang dilakukan oleh bomoh ini sewaktu nak alihkan hujan.Kalau bomoh ni boleh alih hujan mungkin boleh suruh dia alih ke Afrika atau India yang dah lama tak dapat hujan.Kalau bomoh alih hujan dan hujan tersebut beralih ke kampung sebelah yang juga ada kenduri kahwin ..kesian pulak kat orang tu tak pasal-pasal hujan turun.

Apapun yang terbaik adalah dengan berdoa kepada Allah memohon dipermudahkan niat baik kita.Kalau diturunkan hujan majlis masih tetap juga diteruskan cuma mungkin kurang meriah kerana ramai yang tak dapat datang.Kalau ramai yang tak dapat datang maka kuranglah sikit massyukkk ke kantung bapa pengantin.Apa yang paling penting adalah pernikahan tersebut sah dan tujuan majlis perkahwinan diadakan hanyalah untuk memberitahu bahawa pasangan tersebut telah diijabkabulkan.

ozzy - petua ni dikatakan berkesan untuk perkahwinan yang pertama sahaja...

10 ulasan:

  1. Salam Pozi best kalau citer bab bomoh nie :)
    Bab ilmu mengalihkan hujan nie kawan penah dengor juga.. cara yang paling baik.. kita lempor kain batik atau paling mujarab suor sepende pengantin pompuan tu keatas bumbung paling penting jangan ada org nampok kang sesajer deme datang mengambit :)
    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    BalasPadam
  2. w'salam bang Yassin...

    Lempar suar spender paling mujarab ke? ishh..tak ada pulak dengar org kata gitu hehe..

    p/s-apa kena mengena hujan dgn spender..hehe

    BalasPadam
  3. Nanti bila ada apa2 majlis di sekolah.. bolehlah cuba. Manalah tau mujarab petua ini..

    Orang cina pun kalau nak dapat jodoh cepat lepar buah limau. Mungkin betullah...

    BalasPadam
  4. Cikgu Mohamad..

    Boleh cuba tapi jangan lempar suar spender pulak..terkejut budak2 nanti hehe..

    BalasPadam
  5. memang masaloh kalo hujen nok buat kenduri kawen.. kuoh lauk buleh betamboh.. haha.. tuan rumah kena pastikan laman tu tak akan lecah kalo hujan.. elok juga telepon jabatan meteorologi untuk tanya ramalan kaji cuaca

    BalasPadam
  6. Cikgu Hisyam - Naye juge kalau tetamu hirup kuah hujan hehe..
    Sapa-sapa yg nak buat kenduri kena cek dulu dgn jab.kaji cuaca lah ye..

    BalasPadam
  7. Salam...
    lempor baju ker?
    bkn lempor bra?
    rase pnah dgr pasal ni..huhuh

    BalasPadam
  8. mahira - zaman skrg masih ada lagi yg percaya dgn bomoh tu..

    w'salam Yun - Yassin kata lempor spender ..aok pula kata lempor bra..aduyyaii mcm2..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah masa kenduri ataicha dulu xde hujan.. walaupun risau gak.. 2 hari sebelum hujan lebat.. masa nak kenduri.. cerah panas...

    xde la guna2 bomoh.. sekadar buat solat hajat je.. agar semua dipermudahkan..

    amin.. termakbul..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...