Deejay atau penyampai radio adalah salah satu kerjaya yang kini semakin popular.Jika dahulu ramai yang hanya mengenali deejay hanya pada nama dan suara tetapi hari ini deejay juga dianggap sebagai selebriti.
Jika dahulu kalau Deejay lelaki keutamaan diberikan pada calon yang mempunyai suara jantan atau suara garau contohnya seperti deejay Noramin.Jika perempuan pula yang mempunyai suara asli atau suara kewanitaan lebih menjadi pilihan.
Kerjaya deejay ketika itu juga tidak popular seperti deejay hari ini. Mereka hanya dianggap sebagai penyampai radio untuk memutarkan lagu kesukaan ramai atau lagu-lagu terbaru disamping menyampaikan berita-berita terkini.Keadaan kemudiannya berubah apabila deejay mula dianggap sebagai selebriti dan dikenali ramai serta mempunyai peminat mereka yang tersendiri.Hari ini anugerah deejay atau penyampai radio popular turut diwujudkan di dalam slot anugerah tahunan.
Apabila stesen radio semakin banyak dan berkembang maka wujudlah persaingan diantara satu stesen dengan stesen yang lain dan untuk menarik perhatian pendengar antara strategi mereka adalah dengan memilih selebriti atau artis terkenal sebagai deejay yang bertugas.Suara mereka bukan lagi faktor utama kerana yang penting mereka ini mampu bertugas sebagai deejay sekaligus menarik peminat mereka untuk mengikuti stesen radio tersebut.Kerana itu deejay hari ini mempunyai suara yang pelbagai ada yang serak,ada yang nyaring ,ada yang sengal dan ada yang ketawa mengilai.Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudut positif kehadiran mereka ini dilihat merancakkan lagi persaingan antara setiap stesen radio bersama tone suara atau variasi yang pelbagai.Kehadiran selebriti ini juga membuatkan deejay yang sedia ada atau yang baru berjinak-jinak untuk menjadi deejay turut merasai tempiasnya dan akhirnya mereka juga akan popular dan dianggap sebagai selebriti meskipun sekadar menumpang popular.
Jika dilihat antara deejay dengan blogger peranannya hampir sama iaitu menyampaikan berita atau apa jua maklumat.Hanya medium yang digunakan sahaja yang berbeza di mana deejay menyampaikan melalui suara sementara blogger melalui penulisan.Perbezaan lain adalah blogger boleh menulis atau menyampaikan apa saja sedangkan deejay perlu mengawal perkara yang akan mereka sampaikan.Ini bermakna apa yang disampaikan oleh deejay agak terhad berbanding dengan apa yang blogger boleh sampaikan.
Sejajar dengan peningkatan jumlah blogger di negara kita tidak mustahil satu hari nanti akan muncul ramai selebriti dari kalangan blogger.Mungkin dari seorang blogger kemudiannya bertukar kepada pelakon atau pengarah filem kerana bakat dan kreativiti seseorang juga boleh dikesan melalui penulisannya.Blogger yang dimaksudkan adalah seorang blogger yang bertapak mencipta nama melalui penulisannya.Dari satu follower hingga ke beribu atau berjuta follower dia menjadi popular atau terkenal melalui blognya sendiri dan bukan blogger yang sudah popular atau ada nama dari bidang lain kemudiannya terjun sebagai blogger.
Ramai dikalangan blogger juga enggan mengaku bahawa mereka bukan mengejar populariti sebaliknya menganggap blog hanya untuk mengisi masa lapang atau menambahkan pendapatan tetapi jika 'isi hati anda yang menaip' aku pasti majoriti blogger mahukan populariti kerana secara tidak langsung ia sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan entry baru.Kerana itu juga mereka sanggup menerbitkan sehingga 4 entry sehari kerana ingin mengekalkan populariti dan turut seronok apabila dikunjungi ramai visitor serta melihat pertambahan follower setiap hari.Jika benar kita masih menafikan cuba buang ruangan komen, shoutbox, follower atau apa sahaja link untuk ke blog..apakah kita masih akan terbitkan sehingga 4 entry setiap hari yang kisahnya hanya sekadar kisah kita cuci kereta,beli topi baru dan kisah yang kita sendiri rasakan 'apa yang aku mengarut ni'....hakikatnya blogger perlu popular untuk meningkatkan jumlah pengunjung sekaligus memberi income atau pulangan yang lumayan.
Mungkinkah akan lahir ramai selebriti dari kalangan blogger kerana buat masa ini ada beberapa blogger yang dianggap DIVA atau DIVO tetapi mereka hanya popular atau terkenal dikalangan blogger sahaja..Jika ditanya pada orang luar yang tidak terlibat dengan blog mereka tidak akan kenal siapa blogger tersebut. Sekiranya momentum ini dikekalkan atau dipertingkatkan lagi tidak mustahil akan lahir ramai selebriti yang bertapak melalui blog seterusnya merancakkan lagi persaingan yang ada untuk menjadi popular.
ozzy - Kita hidup bersama tujuan , impian & harapan...

Salam Pozi... mmg best jad DJ nei gamoknya tapi kawan tak penah try lagi :) apapun kawan minat juga ker DJ Noramin tu suara dia mmg power. Keknya dia dapat tawaran bernyanyi suatu ketika dulu tak jalan... moralnya suara sedap pun kalau suruh bernyanyi tak kena juga :)
BalasPadamNew Entry "Aku, Kamu dan Entri."
salam ozzy..
BalasPadamselamat menjadi blogger tegar
jangan lupa..blogger juga adalah
perniagaan jika aok mencari peluang tersebut
salam...
BalasPadammemang betul tu...
dah ramai juga blogger yang top2 dan dikenali skrg nie...
contohnya macam redmummy dan hanis zalikha...
Yassin - w'salam bang..pada org lama mmg kenal dgn DJ Noramin ni..mungkin bakatnya lebih sbgai DJ bukan penyanyi.
BalasPadamW'salam Zul - Aku blm tahap sebagai blogger tegar..pada yg nak jadikan blog sebagai bisness blh teruskan.
W'salam Lynn - Ramai blogger yg top & dikenali hanya dikalangan blogger shj.Redmummy antara yg dah terkenal tapi hanis zulaikha rasanya x terkenal sgt lagi..
Salam...
BalasPadamSaya blogger picisan jek..
Takmau terkenal,tapi sesambil blogging tu
pe salahnye buat duit poket..heheh..
nak blogging fulltime utk jadikan income utama tu mmg x minat la...Saya minat biz..
kena jadi blogger favourtie baru terkenal & nama x same
BalasPadamw'salam Yun - betul tu..utk menambahkan pendapatan..paling baik jadikan sesuatu yg kita minat utk bisness atau sebagai kerjaya.
BalasPadamOya - Utk menjadi blogger favourite bukan mudah dan jika menjadi favourite bermakna sudahpun popular
BalasPadamSegalanya berkemungkinan..:)
BalasPadamdalam dunia bermaklumat, peranan orang yang menyebarkan maklumat (yang benar) mesti diberikan penghargaan. tak kira lah dejay ke blogger ke pembaca berita ke..
BalasPadamnamun, itulah.. kena tahulah jugak had dan adab2nya..
jemput baca : Jadikan Buku Sebagai Hadiah