8 November 2010

TAK TOLAK TAK MASUK

Kepesatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur menyaksikan penambahan bangunan baru bagi menampung keperluan dan permintaan khususnya untuk perumahan.Apabila bidang hartanah mendapat permintaan yang tinggi samada untuk tujuan pelaburan mahupun dijadikan tempat tinggal khususnya di bandar apa yang dapat kita saksikan kawasan untuk dibangunkan turut berkurangan.Bagi memenuhi permintaan maka kita dapati banyak rumah flet dibangunkan bagi menjimatkan ruang.Keuntungan pastinya pada pihak pemaju tanpa mengira keselesaan pengguna terutamanya ruang untuk parking kereta.

Selari dengan kepesatan ekonomi turut menyaksikan taraf hidup dan pendapatan seisi rumah juga semakin meningkat.Dari sebuah kereta pada awalnya apabila anak sudah bekerjaya dan berkemampuan untuk membeli kenderaan bermakna bertambahlah jumlah kenderaan bagi keluarga tersebut.Ketika mula berpindah semua berasa senang dan selesa namun lama-kelamaan apabila kenderaan bertambah masing-masing mula mengeluh.Lambat balik bermakna tak dapat parking dan apabila parking semakin menjadi limited maka berlakulah apa yang sering kita lihat sekarang ini iaitu parking berlapis.

Untuk masuk dan keluar parking terpaksalah kereta ditolak terlebih dahulu.Kalau tak tolak tak masuk... kalau terlebih tolak maka terlanggar kereta di depan atau di belakang.Bagi warga kota perkara ini kerap berlaku dan seringkali juga menimbulkan pertengkaran atau pergaduhan.Biasanya bagi yang dah dapat parking bila dah masuk memang berat nak keluar kerana mengenangkan edisi tolak menolak ini.

Bagi masyarakat kota situasi ini dianggap biasa meskipun hakikatnya ramai yang bosan dengan keadaan tersebut.Bagi masyarakat luar bandar pula apabila berhadapan dengan situasi ini pastinya berfikir banyak kali untuk datang semula.Jika yang masih menggunakan kereta model lama yang tidak dilengkapi 'power stering' pasti terasa keperitannya ditambah lagi dengan ketiadaan 'reverse sensor'.Kesannya budaya ziarah menziarahi mula terhakis dan mungkin hanya akan muncul apabila Hari Raya tiba.Ini bermakna setahun sekali sahaja budaya ini akan muncul.Ramai yang apabila sudah sampai ke rumah tidak mahu lagi keluar apabila mengenangkan kemelut ini serta tidak kurang pula menjadikan ia sebagai alasan kecuali jika keadaan terdesak ataupun kecemasan.

Cara mudah adalah dengan menaiki motorsikal kerana boleh menyelit dimana-mana untuk parking. Masalahnya jika ahli keluarga ramai macam mana nak bawa sekaligus.Masyarakat kota yang 'high profile' pastinya ramai yang malu untuk bermotosikal mungkin kerana ingin menjaga imej. Peningkatan golongan yang ' KIASI ' dan 'fobia' dengan motorsikal turut menyaksikan krisis ini semakin meruncing.

ozzy - suka guna motor...

9 ulasan:

  1. Salam...

    Kiasi ke kiasu? huhuh
    Skang ni byk apartment jual lot parking bertingkat..tp harganya cecah 15k sepetak..goner nak buat yek..keta tu penting tp tmpt parking xdok..kala yg dok umah teres tu muat 3 keta + sebuah parking atas rumput...kala ank2 ade keta tpkse park tepi jalan gak..

    BalasPadam
  2. w'salam yun..

    Kiasi-takut mati
    Itulah yun..skrg tpt parking pun harganya hampir dgn sebiji rumah..bagi yg berkemampuan ok lah..bagi yg x mampu terpaksa letak kat mana yg boleh.

    BalasPadam
  3. Salam Pozi...
    Kawan ttp naik motor aje gi opis nei kalau hujan baru bawak kerete :)Sebab payah nok parking punya hal :)

    BalasPadam
  4. W'salam Yassin..

    Molek lah tu..selain dr jimat x pening kepala nak cari parking kan..

    BalasPadam
  5. salam oZZY..
    Ayant last tu KIASI ke KIASU?
    merujuk sikap orang Singapore
    yang berlagak sombong..he he

    BalasPadam
  6. w'salam zul..

    Ayat tu Kiasi..merujuk org yang takut mati..bkn org s'pore je kat m'sia pun ramai.

    BalasPadam
  7. Bawa motor bagus aok..tapi jangan rempit rempit yer..

    BalasPadam
  8. salam,
    tak tolak tak masuk, dalam maknanya tu...bukan parking aje, dalam hal kerja pun macam tu gak..sentiasa kena tolak baru ada masuk hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...