27 November 2010

TUNGGANG..TONGGENG..TANGGANG

Hari ini pihak polis melancarkan lagi kempen memerangi gejala mat rempit. Mungkin sempena musim cuti sekolah maka ramai budak-budak sekolah yang memandu motorsikal tanpa lesen.
Isu mat rempit bukan isu baru.Berbagai cara telah dibuat untuk menangani masalah ini termasuk hukuman denda dan penjara.Apabila disebut mat rempit bayangan sebenar pasti terarah pada kita kerana majoriti mat rempit adalah budak-budak Melayu.

Sikap orang muda apa yang dilarang dan ditegah itulah yang mereka suka.Lagi ramai yang menonton lagi tinggi dia 'pacak'...lagi ditegur lagi mereka buat..lagi dilarang lagi mereka melawan.Cuba suruh diaorang pergi merempit sorang-sorang dalam trek atau pamerkan aksi pacak sorang-sorang kat situ.Aku pasti sekejap saja dia dah boring sebab dia sendiri akan kata "macam orang gila je aku ni rempit sorang-sorang" paling tidak pun bila minyak habis balik rumah tidur.Yang membuatkan mereka seronok adalah apabila aksi mereka ditonton ..mereka seronok apabila dikejar polis dan mereka seronok apabila mereka diberi perhatian apabila patah kaki atau tangan serta apabila orang ramai datang melawat ketika mereka berada di hospital.

Bila ada yang tunggang maka ada pulak yang nak tumpang tonggeng sebab nak tumpang glamour. Bila si tunggang penat tunggang takkan si tonggeng relak saja.Maka si tunggang minta upah dari si tonggeng untuk tunggang pulak si tonggeng.Si tunggang akan kata barulah adil sesekali aku tunggang dan panggang pulak si tonggeng.Tunggang tonggeng akhirnya bayi yang tak berdosa pula terpelanting dibuang ke dalam longkang.

Bila dah berkumpul dan merempit beramai-ramai mereka terjebak pulak dengan najis dadah.Mula-mula sekadar mencuba lama-lama terus ketagih.Bila jadi penagih duit tak ada nak beli dadah kerana tidak bekerja mereka tidak dapat membezakan lagi antara ibu bapa dengan orang lain.Ibu bapa diugut dan dipukul semata-mata kerana mahukan duit untuk membeli dadah.Mereka lupa jasa ibu bapa yang memberi mereka makan dan minum ..mereka lupa kepayahan ibu bapa untuk membesarkan mereka dan mereka lupa kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa sejak mereka dilahirkan.Akhirnya menjelmalah mereka sebagai si tanggang seterusnya jika tidak dapat dikawal hidup mereka akan jadi tunggang langgang.

Kalau tunggang..tungganglah dengan berhati-hati....Kalau tonggeng ..tonggenglah di 'tempat' yang sepatutnya tetapi jangan sesekali menjadi seperti si tanggang..

ozzy- entry paling melalut setakat ini..berjangkit dari AAP hehe..

9 ulasan:

  1. Mat Rempit dulu dgn mat rempit skang ni jauh beza. Dulu bahayakan nyawa sendiri je tapi skang ni dahlah bahayakan nyawa sndiri terlibat plak dengan keruntuhan moral yg dahsyat... adoilahhhh - Echam (bekas Mat Rempit tahun 1999 - 2001)

    BalasPadam
  2. cerita mat rempit mmg tak pernah ada penghujung. kenapalah minda anak muda mudah terpengaruh dgn kegiatan tak berfaedah. dah beberapa kali hampir eksiden akibat mat rempit berlumba atas jalan raya

    BalasPadam
  3. Mamang kaco mat rempit nie betul dah ayat aok tu ..mula TUNGGANG..TONGGENG..TANGGANG
    telentang sudah menyusah ker org :(
    Entri Terbaru "9 ekor anak toyol kena tembak."

    BalasPadam
  4. Rempit weh..musim cuti dan hujan gini tanah lembut...hehe!

    BalasPadam
  5. cukuplah nak buat kajian ke, buat bengkel ke, buat seminar ke.. sekarang masanya ialah buat program untuk mendekati mat rempit. sudah tentu ada penyelesaian lain selain daripada kuatkuasakan undang2.

    BalasPadam
  6. salam...
    yang bahaya
    kes "menonggeng"
    tu.."tunggang"
    boleh kontrol
    lagi..huhu

    BalasPadam
  7. kebanyakan remaja sekarang ni xberfikir panjang..
    walaupun saya masih lagi remaja,tapi kadang-kadang terdetik juga di hati saya,pernah ke mereka terfikir maruah ibubapa yang tercalar??perasaan orang yang sayang pada mereka??


    Bila iman tiada di dada,beginilah jadinya..

    BalasPadam
  8. Kalau nak tunjuk terer merempit ni, merempit la kat litar lumba.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...