31 Mei 2011

BIAR PUAS

Biasanya apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita minat, perkara yang paling penting adalah kepuasan dari hasil yang kita perolehi.

Kita puas apabila melihat sesuatu yang kita usahakan membuahkan hasil samada melalui hasil ciptaan atau rekaan, gubahan atau rekabentuk , karya atau penulisan dan berbagai lagi perkara berdasarkan apa yang kita minat.

Seseorang yang bergelar karyawan akan merasa bangga apabila hasil karyanya diikitiraf dan mendapat sambutan.Karyawan filem contohnya perlu mengerah segala idea untuk menghasilkan filem yang berkualiti sekaligus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tiket.Meskipun dari segi keuntungan atau dari sudut komersial, hasil karyanya tidak berada di kedudukan yang terbaik tetapi kepuasan yang diperolehi melebihi dari segala-galanya.

Seorang penulis novel atau bergelar novelis adalah antara individu yang mementingkan kepuasan dalam hasil karyanya.Penulisan yang dihasilkan mampu membuatkan pembaca ketawa, sedih atau menangis apabila membaca penulisannya.Pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk membuai perasaan orang lain hanya melalui pembacaan tetapi seorang penulis yang berbakat mampu menyeret emosi pembaca untuk menghayati hasil garapannya.

Bagaimana pula dengan dunia sebagai seorang blogger?.Apakah blogger juga mengharapkan kepuasan dari apa yang dihasilkan melalui laman blog? atau sekadar inginkan imbuhan semata-mata. Kita dapat lihat beribu-ribu blog yang tampil mengikut tema dan gaya masing-masing atas niat dan tujuan yang berbeza.Ada yang gemar menyampaikan sesuatu yang berbentuk ilmiah serta informasi dan ada yang hanya ingin menulis apa saja mengikut kata hati.

Memang jelas dapat dilihat majoriti daripada blogger yang ada meletakkan sasaran untuk meraih pendapatan sebagai tujuan utama dan ia dapat dilihat melalui entri yang dihasilkan.Mereka ini biasanya jarang menulis atau memberikan pendapat sendiri mahupun pandangan dengan apa yang dipaparkan.Pada mereka apa yang penting adalah adalah blog mesti di update setiap hari sekerap mungkin dan cara mudah adalah dengan mencari sumber berita atau sesuatu yang sensasi dan kemudiannya paparkan pada blog.Mungkin mereka termasuk dalam kategori buas tanpa mementingkan kepuasan.

Ada juga yang cuma menulis hanya dalam beberapa baris ayat.Baru baca beberapa baris ayat tau-tau dah habis ehh!! dah habis ke..cepatnya.Belum pun puas baca, ehhh!! dah habis dah ke? ..cepatnya.Ada juga yang cuma beri mukaddimah lepas tu eh! eh! habis dah ke?.Kalau dulu kita rajin membaca buku, baru je selak dua mukasurat ehhh!!! lorrr..dah habis ke?.So, dari mana datangnya kepuasan kalau cepat sangat habisnya, menulis tak puas yang membaca pun tak puas.Sebaiknya walaupun entri ringkas tetapi biarlah padat, ada permulaan, ada pertengahan dan ada penamat atau klimaksnya.Baru sama-sama puas tapi janganlah sampai panjang berjela..naik lenguh pulak nanti ....

ozzy - buat sesuatu biar puas....

12 ulasan:

  1. salam Ozzy..
    aku ingatkan biar Buas tadi..he he
    ermmm...bab kepuasan dalam menulis
    masih belum jumpa lagi..masih banyak
    yang perlu aku pelajari..baru merangkak
    dalam dunia penulisan..
    :)

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, kalau dah 'buas' payah nak 'puas' hehehe... kawan byk juga kelemahan dlm penulisan nie nak buat goner org nulis kita nak nulis juga hehehe... :)

    BalasPadam
  3. W'salam Zul - Aku pun sama masih merangkak lagi, cuba-cuba ketengahkan bakat untuk menulis.

    Akuanakpahang - W'salam Abg Yassin - kalau dah buas kekadang pun puas juga hehe..samalah kawan sendiri pun byk kelemahan dlm bidang penulisan ni..yg penting kepuasan dari apa yg kita lakukan.

    BalasPadam
  4. Salam Ozzy..aku plak yg last tuh i.e. panjang berjela dan ramai la yg komplen lenguh mata membaca dan lenguh jari scroll mouse haha

    BalasPadam
  5. Salam..masa sekolah dulu,kejap duduk kelas Sains,kejap tukar kelas Sastera..jadi krisis Identiti..penulisan bukanelah perkara yg baru cuma menulis supaya orang ingin terus membaca memrlukan bakat,kemahiran dan pembacaan yang luas disamping pelbagai elemmen dari segi bahasa,cara penyampaian,suspen,klimaks dan pelbagai teknik yg aku sendiri belum mahir...aku budak baru belajar...

    BalasPadam
  6. Ikut selera dan keinginan penulis sendiri...ada yg hanya nak buas janji boleh kuar N3 hari2...ada yg puas melihat hasil penulisan walaupon tidak pada sipembaca...Menulis ini sesuatu yg sgt luas perspektifnya...Terpulang pd individu bagaimana ia mencorakan hasil penulisannya....

    BalasPadam
  7. Abang Long - Betul tu, kalau panjang berjela lenguh pulak pembaca nanti

    Abadi Romeo - W'salam Zul - Aku setuju dgn ulasan & pendapat kau yg menarik tu..memang bukan mudah utk jadi seorg penulis yg berbakat..thanks zul.

    BalasPadam
  8. Aye_Nee - Setuju sgt dgn pendapat kamu..pembaca juga membaca & menilai mengikut perspektif yg berbeza..thanks

    BalasPadam
  9. salam en.ozzy ,

    Dua tiga hari ni agak busy dengan kerja , jadi masa di SR sangat la limited , ni amy usahakan diri untuk singgah di sini , kalau tak singgah rasa x sempurna hidup , amy cuma dapat singgah di blog2 fav amy je dan selebihnya sebagai silent readers je..

    Kadang amy x suka juga baca entri panjang berjela nie , naik bosan lak sebab isi x seberapa mane tapi olahanya siap nak terjemah tu termah ni tu yang jadi panjang.Tapi kan kadang2 amy juga ada menghasilkan entri panjang dan di sebabkan tue selalu letak note : mesti orang bosan baca entri aku panjang2 hahaha..

    BalasPadam
  10. W'salam Amy..

    Macam tulah kita..ada masa senang ada masa sibuk.Apapun utamakan mana yg penting dulu & terima kasih juga krn selalu singgah di sini.

    BalasPadam
  11. This piece of writing presents clear idea for the new visitors of blogging, that
    genuinely how to do running a blog.
    Also visit my homepage - Cartoon Dora The Explorer

    BalasPadam
  12. Τhis webѕite гeаlly has all of thе information I wanted about this ѕubject and
    didn’t know who to ask.

    Feеl fгee to surf to my web page - weight loss pills with ephedra

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...