http://l0velyl0or.blogspot.com/2011/03/miszpathetic-punyer-contestdefinisi.html |
Untuk contest kali ini aku telah di TAG dan dijemput menyertainya oleh salah seorang sahabat lama, seorang rakan blogger yang bersekolah di sekolah yang sama dan juga rakan sepasukan yang mewakili sekolah dalam sukan bolasepak.Beliau adalah seorang striker atau penjaring utama manakala aku adalah midfield atau perancang di bahagian tengah atau boleh juga digelar sebagai 'arkitek' di tengah padang menurut gelaran yang diberi pada masa kini untuk posisi tersebut.Rakan yang di maksudkan adalah saudara Zulkarnain atau boleh singgah ke blognya di SINI
Contest ini dianjurkan oleh seorang blogger yang menggelarkan dirinya Miszpathetic atau dalam bahasa melayu 'gadis yang sentimental', seorang pelajar dalam bidang perubatan yang kini sedang menyambung pelajarannya disalah sebuah pusat pengajian di Moscow.Semoga beliau berjaya dan kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti sebagai seorang doktor yang berkaliber sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia bahawa anak Melayu juga boleh berdiri sebaris dengan pakar dari bangsa lain.Hadiah yang ditawarkan merupakan cenderahati yang akan dibawa balik dari Moscow dan syarat yang diberikan adalah dengan menerbitkan sebuah entri bertajuk " DEFINASI CINTA " serta syarat lain seperti yang dinyatakan.Untuk lebih mengenali dan mengetahui butiran lanjut tentang dirinya sila singgah ke blognya di SINI
DEFINASI CINTA ianya boleh didefinasikan sebagai perasaan sayang yang mendalam terhadap sesuatu.Cinta pada keindahan, cinta pada kedamaian, cinta kepada tuhan , cinta pada seseorang atau kekasih dan berbagai lagi perasaan cinta yang terbit dari hati dan naluri.Antara cinta dan sayang meskipun mempunyai maksud yang hampir sama tetapi definasi dan pengertiannya adalah berbeza.Kita belum tentu lagi mencintai sesuatu yang kita sayangi tetapi kita pasti akan sayang pada sesuatu yang kita cintai.Hati kita lebih mudah tersentuh apabila berlaku sesuatu kepada yang kita cintai berbanding dengan sesuatu yang kita sayangi.
Justeru itu sekiranya berlaku cantuman antara kedua-dua elemen ini, ia akan menjadikan struktur sebuah cinta menjadi amat kukuh.Seperti ungkapan "lautan api sanggup ku renangi" merujuk kepada perasaan cinta yang mendalam sehingga sanggup menghadapi apa jua risiko.Kita biasa mendengar ramai yang menyebut ungkapan sayang tetapi kita jarang mendengar ramai yang menyebut ungkapan Cinta.Ungkapan sayang terbentuk dari lidah lalu terpancar melalui mulut tetapi mudah lenyap walau hanya pada angin yang menderu tetapi ungkapan cinta lahir dari hati dan ia akan kekal bersemadi di dasar hati dan tidak akan terpadam untuk selamanya.Hakikatnya kita boleh menipu orang lain dengan ukiran ayat atau kata-kata tetapi kita tidak akan mampu menipu diri kita sendiri kerana ia tersemat kukuh di lubuk hati.
Cukuplah itu saja DEFINASI CINTA yang lahir dari hati aku.Kalau panjang sangat nanti akan jadi macam novel Definasi Cinta pula.Untuk syarat terakhir yang perlu dibuat adalah dengan TAG contest ini pada 3 orang rakan blogger anda.Mereka yang aku Tag adalah :
1 - Cik Amy Syaquena
2 - Cik Eye_Nee
3 - Abang Long
4 - Cik hany
5 - Cik Azlina
Aku pasti kelima-lima (extra 2) yang aku Tag tersebut mempunyai definasi serta tafsiran yang ampuh dan tidak akan menghampakan berdasarkan coretan dan pengalaman mereka.Siapa tahu mungkin hadiah dari Moscow itu akan menjadi milik anda...Selamat mencuba and good luck.
ozzy - setiap dari kita mempunyai definasi yang berbeza....
fuyoo..meleleh2 ayat cinta cintun..yang tersisa sebenarnya yang berbisa.Masih meruntun jiwa..boleh cair Lisa Suriani kalau kena ayat tu..t.q sebab support tag tu...
BalasPadamDefinsi cinta: hampir sempurna keujudan nya andai ianya disertai bersama enjin kejujuran....lampu keimanan....signal tanpa dusta...kerana definasi cinta itu sentiasa harus berhemah menuju kedestinasi nya
BalasPadamTq bro bagi tag ini..namun tidak adil jika saya menjawabnya kerana sebelum ini saya telah menolak dgn cara baik pada rakan2 yg pernah mengTag..bahawa saya suntuk masa utk melakukannya..
Salam, kita dah lama tak main ayat chinta2 hehehehe...
BalasPadamperghhhh!!! en.ozzy punya ayat boleh buat ribuan aweks2 di luar sana cair ow, alamak nama ku di tag la , amy x pandai la tapi bak kata orang jangan mengalah sebelum mencubakan , amy terima tapi not now la my be petang nanti amy cuba buat ye...
BalasPadamSalam..Thanx bro coz tag aku. Dah kena tag ni kenalah gak aku mencoret pasal definisi cinta mengikut pendapat dan citarasa aku..huhu. Well, nantikan jer coretan aku tu di http://abanglongonline.blogspot.com
BalasPadamAbadi romeo - Zul > Itulah saja saki baki & sisa sisa yg meleleh..
BalasPadamEye_Nee - Tak pelah kalau itu pegangannya.
Akuanakpahang - Abg Yassin > boleh selongkar balik yg dlm gerobok lama tu hehe..
Amy - Ayat mesti power hehe..ok saya tunggu amy punya entri yg berbunga-bunga hehe..
BalasPadamAbang Long - Tunjukkan semua skill tu Abg Long..mana tau kot ada rezeki kan.
wow, definisi cinta, fuhhhh berpeluh ni. heheee ok ok nanti malam hany buat yer ozzy...
BalasPadamsalam..
BalasPadamermmm..selamat bercinta la..
he he..ada lagu pulak dalam blog ni
sekarang erkkk?
gud luck bro...
BalasPadamdpt tiket p moscow ke? heheh
saya kena tag? saya tak reti jugak benda2 contest dan tag dalam blog ni.. saya anggap bro tersilap, takde nama saya atau blog saya dalam entri ni.. atau saya yang silap??
BalasPadam