26 Mei 2011

NAK CARI APA WEHHHHH !!! SEKS POZI ??

Kata kunci digunakan ketika kita mencari sesuatu melalui enjin carian samada menggunakan tapak Google atau Yahoo.

Dengan bantuan enjin carian ini sebarang maklumat yang ingin kita ketahui dapat diperolehi dengan lebih mudah tanpa mengira maklumat tersebut sesuatu yang baik mahupun yang tidak baik bergantung pada niat dan tujuan kita.

Blog turut menjadi antara salah satu sumber atau medium yang menyalurkan berbagai maklumat dan turut terkandung di dalam enjin carian google.Kerana itu tidak dinafikan bahawa pemilihan tajuk turut memainkan peranan penting untuk menarik minat pengunjung sekaligus meningkatkan traffic pada blog tersebut.Sebagai contoh aku lampirkan salah satu entry aku yang tersenarai pada kedudukan teratas dalam enjin carian google.

Antara kata kunci yang paling popular adalah mengenai Fasha Sandha dan boleh dikatakan setiap hari pasti ada link atau carian tentang Fasha Sandha.Kerana itu jika dilihat senarai top 10 entry paling popular yang aku lampirkan di sebelah bawah blog aku ini, Fasha Sandha terus unggul berada di tempat teratas carta dan mencatatkan statistik tertinggi jauh meninggalkan catatan lain.

Carian berkenaan cara pasang 'cornice' turut menunjukkan peningkatan dan paling mengejutkan adalah entry tentang keenakan ikan patin melalui tajuk Nikmati Keenakannya yang sebelum ini tiada di dalam carta kini tiba-tiba melompat masuk dan terus berada dikedudukan yang ke 9. Nampaknya ikan patin yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang terutamanya Temerloh yang digelar bandar ikan patin kini semakin popular.

Ketika meneliti katakunci carian dari traffic yang singgah ke blog aku dan seperti yang aku nyatakan pasti ada carian untuk Fasha Sandha.Selain dari itu kata kunci 'bicaraozzy' boleh dikatakan setiap hari pasti tersenarai, mungkin beliau adalah antara sahabat aku yang tak ada blog tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dan membaca blog aku ini.Terima kasih aku ucapkan pada 'sahabat misteri' tersebut tidak kira siapa pun dia atau mereka dan ingin aku nyatakan bahawa aku amat menghargainya.

Tetapi tiba-tiba mata aku terpaku apabila melihat salah satu katakunci yang agak pelik ini.


Apa kena mengena kata kunci tersebut dengan blog aku ni?? ...Macamana kata kunci tersebut boleh tersesat ke sini?? Nak cari apa wehhh!!! hehehe..heeelllooo blog aku ni bukan kategori blog 18SX dan seingat aku tak pernah lagi aku terbitkan entry-entry lucah, kalau yang 'double meaning' atau berkias tu biasalah mungkin adalah sikit-sikit kot.

Bila aku masukkan katakunci tersebut dalam enjin carian google, yang boleh aku katakan Perrggghhhhh !!! ..dan kalau klik carian untuk imej terus jadi Fuuuuhhhhhh!!!! tapi yang pastinya imej tersebut bukanlah aku hokeyy....malam ni malam jumaat orang tua-tua kata tak baik buat fitnah, berdosa hehe.. dan pastikan anda berusia 18 tahun keatas sebelum membuat carian tersebut.Apa saja kesan yang berlaku pada emosi anda selepas melihatnya adalah tanggungjawab anda sendiri...have a nice day.

ozzy - Seingat aku cuma blogger akuanakpahang yang sering sebut nama tu.

8 ulasan:

  1. salam...
    ermmm..nampak dah ada dalam carian enjin..
    alhamdulillah..tapi kalau nak lebih mantop
    tajuk entri mesti ke depan dari tajuk blog
    pasti menjadikan entri itu lebih mesra SEO..
    contoh:
    1-Nasi Kandar Line Clear : Bicara Ozzy

    BalasPadam
  2. W'salam Zul..Terima kasih dgn teguran tersebut nanti aku cuba adjust untuk letak tajuk entry di depnan.

    BalasPadam
  3. ingat nak komen lain tadi sekali terbaca komen en.zulbo terus rasa wow bertuahnya leh belajar sama nie..

    p/s: terima kasih en.ozzy di atas teguran , but at the moment amy gunakan dulu background itu coz ia pemberian dari rakan blogger , x bagus pula kalau amy tidak mengunakanya..at ambil la hati sikit kan!insyaallah plan memang nak buat kosong je.

    BalasPadam
  4. haha..tersesat pulak dah ya kata kunci yg bukan2...anyway..bicara ozzy merupakan blog yg berkualiti nilai2 entrynya serta penulisnya seorang yg berilmu tinggi.

    BalasPadam
  5. Amy Syaquena - Boleh klik & daftar kat free SEO report yg saya sediakan tu & ianya percuma.

    BalasPadam
  6. Keli Oh Keli - Terima kasih..tapi nak kata berilmu tinggi tu jauh sangat lagi.Sekadar coretkan setakat apa yg tahu berdasarkan pembacaan & pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  7. ozzy, hihi ada plak key word cmtu kan.hurmm mcm2 la hai...

    BalasPadam
  8. Mzhany - memang macam2 yg boleh dicari dalam internet ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...