22 Jun 2011

ANONYMOUS BERI PELUANG BISNESS

Populariti hackers atau penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous' atau dalam bahasa Malaysia bermaksud 'tanpa nama' tiba-tiba melonjak dan menjadi bualan masyarakat dunia setelah mereka berjaya menceroboh bukan hanya laman web kerajaan Malaysia tetapi juga turut menyerang Sony Playstation yang berpengkalan di New York serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Walau apa jua tujuan mereka, apa yang pasti kumpulan 'anonymous' ini pastinya terdiri dari mereka yang genius dalam bidang IT jika tidak masakan begitu mudah mereka melakukan pencerobohan ini.

Satu ketika dulu dunia cyber juga heboh apabila munculnya virus yang menyerang dan merosakkan sistem computer.Ramai yang mengeluh apabila kehilangan data-data penting dan ia turut merosakkan sistem yang ada di dalam computer.Selepas itu langkah pencegahan dibuat untuk menghalang serangan virus ini iaitu dengan memperkenalkan software 'Antivirus'.Ini bermakna virus yang dicipta menghasilkan bisness 'Antivirus' yang sungguh lumayan kerana terdapat berjuta pengguna internet di seluruh dunia diperingkat global yang menggunakan computer.

Ianya tidak habis di situ saja apabila munculnya virus lain yang masih boleh menembusi kekebalan 'Antivirus' ini, lalu muncul pula versi 'Antivirus' baru yang dikatakan telah di up grade untuk menghalang virus terbaru dengan lebih effisen.Maka terhasillah berbagai versi dan jenama 'Antivirus' yang tiba-tiba muncul di pasaran.Fenomena ini menimbulkan persoalan apakah kemunculan virus sememangnya dirancang untuk menghasilkan 'Antivirus'?.

Ketika ramai pihak yang menjadi mangsa serangan hackers ini, aku percaya ada pihak sedang mencari formula untuk menghalang serangan hackers atau penggodam ini dan sedang mencongak keuntungan lumayan yang bakal mereka perolehi nanti dengan menghasilkan perisian 'Anti Hackers'.Meskipun ia telah pun berada di pasaran tetapi software ini belum lagi popular atau dianggap sebagai one of compulsary item untuk di install pada setiap computer terutamanya yang melayari internet.

Mungkin selepas serangan besar-besaran ini maka setiap pengguna terutamanya syarikat-syarikat besar akan mewajibkan setiap computer mesti di pasang dengan software 'Anti hackers'.Selepas itu barulah sasaran mereka akan ditujukan pada peringkat pengguna bawahan.Jika ianya benar ternyatalah 'Anonymous' ini telah membuka peluang bisness yang lumayan buat mereka yang juga terdiri dari golongan yang genius.

Jika kita lihat dalam kehidupan kita hari ini, ia seolah-olah turut berlaku perkara yang sama.Muncul berbagai penyakit yang mungkin sebelum ini tidak pernah kita dengar dan kemudiannya muncul pula vaksin atau ubat untuk mencegah penyakit tersebut.Bukan hanya muncul ubat malah kemunculan bomoh moden yang mengambil kesempatan turut memeriahkan lagi dunia hari ini.

ozzy - belum berpeluang untuk rebut peluang...

10 ulasan:

  1. Jika Difikirkan ada logika nyer juga kan...menghasilka virus dahulu kemudian mengeluarkan vaksin nya...Terlalu genius mereka ini memikirkan keuntungan...

    BalasPadam
  2. Cara mudah mereka meraih keuntungan , dah diorang peracunnya dan dorang juga pengubatnya. dunia2x...

    BalasPadam
  3. wah...kaya r macam tu..

    jom join.. game fat..
    http://zulfattah.blogspot.com/2011/06/jom-kita-main-main-di-bulan.html

    BalasPadam
  4. Macam Prof Klon la lebih kurang...
    hehehe

    BalasPadam
  5. en.ozzy..bila baca komen tadi rasa tak bernyawa kejap , wajah yang sebelumnya gelap jadi putih terus sebab darah tak jalan terkejut , nasib last tu cakap nyakat kalau tak kena heart attack hehe

    BalasPadam
  6. Hackers ni, kan. diaorg terlebih celik IT smpai salah guna. apa da ...

    BalasPadam
  7. memang dorang genius tapi pas ni timbul yang lg genius dr dorang agaknya..betul tu ckp anda,nanti ada yg cipta software anti hacker lak..kita boleh wait n c je..

    BalasPadam
  8. apa sahaja yang mendatangkan keuntungan..manusia akan menghalalkan cara..

    BalasPadam
  9. Kiranya macam citer cicakman 2 lah kan??? Profesor klon tu buat ape ntah tak ingat.. Lepas tu dia jugak yang buat vaksin.. Ngee :)



    Entry Terbaru : Penyelesaian Isu Laman Web Disekat

    BalasPadam
  10. software 'antihacker' yg TT cakapkan ni mmg dah ada pun..ianya dipanggil firewall,ips,ids

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...